Wednesday, February 25, 2015

CERITA TENTANG MAULANA SAUKAT

Maulana Usamah bercerita lagi dengan penuh emosi, tanya Maulana Usamah. Kita semua di Malaysia pasti kenal Hazrat Maulana Saukat kan? Kami serentak menjawab, Yer kami, kenal, cerita Maulana Usamah lagi. Maulana Saukat merupakan eldest Nizamuddin yang di pertanggungjawabkan ke atas negara-negara Asia, saya begitu rapat dengan beliau.

Pernah satu ketika setelah kembali dari khuruj selama 1 tahun saya telah berada bersama Maulana Saukat di dalam biliknya dan saya bertanya kepada Maulana Saukat, “Maulana, pernahkah Maulana menjadi sejuk dan tinggalkan usaha Dakwah Tabligh ini?” Hazrat Maulana Saukat menjawab, "Saya pernah tinggalkan usaha ini dan tidak datang ke Nizamuddin selama 15 tahun" Tanya Maulana Usamah lagi, “Bolehkah Maulana ceritakan kepada saya bagaimana perkara itu boleh berlaku?"

Hazrat Maulana menceritakan. Di zaman Hadtzraji Maulana Yusuf aku telah menjadi Khadim kepadanya, aku telah berkhidmat kepada Haztraji Maulana Yusuf dengan menyediakan segala keperluannya, aku lakukan dengan penuh ketaatan, aku mengasihi Haztraji dengan sepenuh hati, tiba satu masa Haztraji Maulana Yusuf telah mangkat, meninggal dunia, hati aku begitu bersedih lalu mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman ku di Lucknow.

Di kampung aku telah menjadi Imam, mengajar agama juga menjadi Kadhi, aku menjadi sibuk dengan jadual harian ku, tahun demi tahun berlalu aku tidak lagi keluar ke jalan Allah dan tidak lagi berkunjung ke Nizamuddin, sedar tidak sedar, ianya telah berlalu selama 15 tahun. 

Satu hari aku telah di kunjungi oleh Hazrat Meyaji Musa yang di utus oleh Hazratji Inamul Hassan yang telah di lantik menggantikan Almarhum Haztraji Maulana Yusuf.

Haztrat Meyaji Musa telah berkata, “Hazratji Maulana Inamul Hassan kirim salam dan beliau serta mereka mereka di Nizamuddin sangat sangat merindui kamu, “Saat mendengar perkataan mereka merindui aku, hati aku bagaikan di hiris pilu dan aku menangis teringatkan Nizamuddin dan suasananya”

Seharian bersama aku kemudiannya Hazrat Meyaji Musa pun pulang ke New Delhi. Bulan berikutnya Hazrat Meyaji Musa datang lagi dan membawa hadiah dari Nizamuddin dan membawa pesanan dari Hazratji Inamul Hasaan dengan pesanan, “Bilakah kamu akan datang mengunjunggi kami di Nizamuddin?” Sekali lagi aku menangis sedih.

Bulan yang seterus Hazrat Meyaji Musa datang lagi dengan berkata, “Aku di utuskan oleh Hazratji Maulana Inamul Hassan untuk membawa kamu pulang ke Nizamuddin, tanpa berlengah aku berkemas dan terus menggikuti Hazrat Meyaji Musa pulang ke Nizamuddin”. 

Sesampai kami di tangga Banglawali Masjid Basti Nizamuddin aku telah melihat Hadratji Maulana Inamul Hassan telah menunggu aku dan telah berlari menyambut ku sambil memeluk dengan berkata, “Apakah kesalahan kami, maafkan kami di Nizamuddin ini sekiranya kami telah berlaku salah terhadap kamu, maafkan kami”. Hazratji Inamul Hassan telah memeluk ku dengan erat sambil menanggis dan memohon maaf, kami berdua telah menanggis.

Di Nizamuddin aku telah tinggal di bilik Haztraji Inamul Hassan, bilik di mana menginapnya Almarhum Hazratji Maulana Yusuf, selama 3 hari aku tinggal di bilik itu bersama Hadratji Maulana Inamul Hassan.

Setelah 3 hari berlalu, aku memohon keizinan dari Hadratji Maulana Inamul Hassan untuk kembali ke kampung ku di Lucknow, mereka meminta aku supaya tinggal di Nizamuddin dan khidmat di Nizamuddin, maka aku telah menjawab berikan aku selama 2 minggu tempuh untuk memikirkannya.

Setelah kembali ke kampung halaman ku di Lucknow selama 2 minggu, minggu yang ke 3 aku telah datang kembali ke Nizamuddin dan tinggal serta berkhidmat di sini tanpa pulang lagi ke kampung ku sehingga ke hari ini. Allahuakhbar!!!

Betapa tingginya kasih sayang dan pengorbanan orang orang lama dan Masyeikh-masyeikh kita di Nizamuddin.

Pesan Maulana, rakan-rakan seusaha yang dah lama sejuk atau slek dan tidak datang ke markas kita kena ziarah mereka untuk bertanya khabar, tidak perlu dakwah mereka, hanya ziarah dengan membawa hadiah dan peluk mereka dengan kasih sayang, pasti dan pasti Allah akan mengembalikan mereka ke markas asbab kasih sayang yang kita tunjukkan kepada mereka.

Waallahwaalam.

Psst: Aku masih ingat salah satu rintihan Almarhum Syeikh Salim Batu Pahat di dalam doanya ialah, “Ya Allah, kembalikan lah orang orang lama dan rakan rakan lama kami ke markas kami, siapa lah kami tanpa pengorbanan mereka mereka dahulu” lalu Syeikh Salim menangis.

No comments:

Post a Comment