KELUARGA DAN TEMPAT KELAHIRANNYA
Di bahagian barat wilayah utara Uttar Pradesh di sebuah bandar yang diberi nama Muzaffar Naqar di negara India terdapat dua buah desa yang masyhur dengan panggilan Jihinjanah dan Kandalah di dalam dua buah desa ini telah menjalani kehidupan sebuah keluarga ilmuan yang memiliki kemulian nama dengan kefaqihan dan keilmuan dalam sumber hukum dan perundangan Islam serta ketekunan dan ketabahan servival (perjuangan) dalam mengimplimentasi agama yang sempurna dalam kehidupan mereka secara keseluruhannya.
Moyang keluarga ini ialah seorang ulama yang tersohor pada ketika itu yang bernama al-Syeikh Muhammad Ashraf di mana beliau berkesempatan hidup di zaman Shah Jahan raja India pada masa itu. Para ulamak di zamannya telah bersepakat bahawa beliau adalah pengamal agama yang istiqamah, warak dan pengikut sunnah yang setia.
Keluarga yang mulia ini telah melahirkan ramai alim ulama yang ulung lagi tersohor, di kalangan mereka adalah al-Syeikh al-Mufti Ilahi Baksh al-Kandahlawi yang masyhur di benua kecil India dengan kelebihan dan kebijaksanaanya. Beliau merupakan salah seorang di antara murid-murid al-Syeikh Abd al-Aziz anak lelaki kepada al-Syeikh Waliullah al-Dahlawi yang intelektual dan juga anak murid kepada khalifah al-Imam al-Shahid al-Saiyyid Ahmad al-Brilwi. Beliau telah mengarang lebih dari 60 buah buku ilmiah di dalam Bahasa Arab dan Urdu. Allah s.w.t telah mentaqdirkan pada tahun 1245H beliau meninggal dunia di kalangan mereka juga adalah al-Syeikh Abu Hasan dan al-Syeikh Nur al-Hasan, al-Syeikh Muzaffar Hussin, al-Syeikh Muhammad Ismail, al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas dan al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Muhammad Ismail rah.a. Kesemua mereka adalah pendakwah-pendakwah agama Allah s.w.t yang mukhlis dan dari golongan alim ulama yang ulung di zaman masing-masing.
KELAHIRAN
Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum, Saharanpur.
Al-Syeikh Abu Hassan Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana Muhammad Zakariyya.
PEMBESARANNYA
al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta nindanya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara
Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis.
Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.
Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya.
KEHIDUPAN MAWLANA ZAKARIYA
Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya.
Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar.
Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.
PENDIDIKAN
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M di antara masyeikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas, Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas.
Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ.
Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua.
Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan.
Tawaran berharga yang diberikan oleh grunya itu tidak dipersia-siakan begitu sahaja ini kerana selain dapat membantu syeikhnya menghasilkan kitab yang berstatus tinggi ini beliau dapat mengasah dan mempertingkatkan kemahiran penulisannya dengan lebih ivovatif, kreatif dan efektif.
Peranan yang dimainkan beliau dalam membantu gurunya menghasilkan penulisan Baz al-Majhud ialah dengan mencari kitab-kitab dan artikel-artikel ilmiah yang ditetapkan oleh al-Saharanpuri samada yang berada di maktabah atau di kutab yang terdapat di Mazahir al-Ulum dan di luar madrasah kemudian menukil fakta-fakta yang sesuai lalu dibentangkan kepada al-Saharanpuri untuk disemak dan dikaji serta dibuat penyusunan fakta.
Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya dengan semangat juang dan kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat disempurnakan dan diterbitkan. Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut seperti mana berikut:
Apabila fakta dan komentar tersebut telah siap disusun al-Saharanpuri akan mengimlakannya kepada al-Kandahlawi dan beliau akan menulisnya mengikut apa yang dibaca oleh gurunya dengan semangat juang dan kometmen serta ketekunan yang gigih dalam penulisan ini maka kitab ini dapat disempurnakan dan diterbitkan. Semenjak daripada itu al-Kandahlawi memperolehi keberkatan dan kebaikan dari syeikhnya di mana beliau menjadi khalifah dan naib kepada al-Saharanpuri serta namanya diabadikan di dalam prakata kitab tersebut seperti mana berikut:
Saya telah meminta tolong beberapa orang sahabat saya yang ternama di antaranya adalah saudara dan penyejuk mata serta hati saya Haji Hafiz Mulwi Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dalam menghasilkan kitab Baz al-Majhud dan beliau menyetujuinya. Saya tidak terdaya menulis dengan tangan disebabkan sentiasa mengeletar serta minda dan semangat yang lemah. Oleh itu saya akan mengimlakan kepadanya dan dia akan menulisnya dialah yang mencari maklumat dan fakta yang rumit ditemui di dalam sumber rujukan. Saya bermohon kepada Allah s.w.t dengan usaha dan komitmen yang diberikan agar mengurniakan kepadanya ganjaran dan keberkatan yang terbaik atas usaha yang telah beliau sumbangkan dalam menjayakan penerbitan kitab ini.
PERJALANAN KE TANAH SUCI
Pencinta dan penjaga sunnah Rasulullah s.a.w. ini berkesempatan dan berpeluang pergi ke tanah suci iaitu Makah dan Madinah. Beliau telah telah mengerjakan rukun Islam yang kelima ini beberapa kali. Kekerapan beliau datang ke tempat ini meninggalkan kesan yang mendalam dan luar biasa ke atas jiwa raga serta keintelektualannya. Pada tahun 1338 H beliau pergi ke tanah suci mengiringi guru beliau al-Saharanpuri. Ketika berada di sana al-Saharanpuri terjumpa sebuah manuskrip Musnad Abdul Razak, ini menimbulkan keinginan yang mendalam untuk memilikinya tetapi terpaksa dibatalkan hasrat dan keinginannya yang mendalam untuk memilikinya disebabkan penjual mengenakan harga yang melebihi wang yang dimilikinya. Untuk tidak menghampakan gurunya al-Kandahlawi membuat satu inisiatif yang di luar jangkaan al-Saharanpuri di mana beliau meminjam manuskrip tersebut dan menyalinnya semula dengan mengunakan tulisan tangan. al-Kandahlawi berjaya menyalin semula manuskrip tersebut dengan kerjasama yang diberikan oleh kawan-kawanya. Usaha ini mengambil masa selama sepuluh hari bagi menyiapkannya.
KEPERIBADIAN DAN CIRI-CIRI KHUSUS
Keadaan yang positif serta semulajadi pada ketika itu telah mencorakkan kehidupan beliau dari remaja hingga dewasa di bawah rahmat ilahi dan tarbiah serta pengawalan yang komprehensif lagi realistik menerusi para pendidik dan pembimbing yang memiliki spiritual yang konkrit lagi intensif dalam mengaplikasi arahan Allah S.W.T dalam kehidupan mereka. Ini telah menjadikan beliau seorang yang tenang dan mempunyai rohani yang suci lagi bersih, cita rasa yang menepati kehendak Allah S.W.T dan cenderung kepada semua kebajikan seperti ibadah, taqwa, pengajian, mengarang dan kesempurnaan sifat-sifat mulia yang dapat dibaca menerusi wajah beliau, sentiasa bersedia menemui Allah S.W.T. memiliki hati yang mulia, sangat memuliakan para tetamu dan mempunyai tabiat semulajadi yang mulia.
Beliau memiliki bentuk tubuh badan yang sasa, warna kulit yang putih dan mempunyai bibir mulut yang merah. Beliau sangat rajin tanpa mengenal erti kemalasan. Jiwanya yang halus, bermanis muka, peramah penyayang, banyak bersenda gurau dengan mereka-mereka yang berlembut atau mereka yang menyukai untuk berlembut, mudah menitiskan air mata dan mudah tersentu perasaan ketika mana disebut mengenai sesuatu dari kisah Rasul s.a.w., sahabat, awliya’ atau mengeluarkan bait syair yang merdu. Beliau akan mengalirkan air mata dan tidak dapat mengawal tangisan. Jika beliau diselubungi perasaan hiba maka beliau akan menitiskan air mata.
Di antara sebesar-besar kebanggaan yang dimiliki oleh beliau yang boleh dibanggakan di dalam kehidupannya ialah beliau telah mengahabiskan seluruh masanya untuk perkara yang berguna serta tidak mencuaikan masanya yang penuh berharga dengan sia-sia. Kehidupanya penuh dengan perkara-perkara yang boleh diambil contoh dan intisari ibadat, zikir, mengajar, mengarang, memperbaiki rohani, memberi tunjuk ajar dan nasihat.
MANHAJ DAN METODOLOGI PENULISAN
Al-Kandahlawi bergiat aktif dalam arena penulisan semenjak di alam persekolahan lagi. Beliau berkarya mengunakan Bahasa Urdu dan Arab di mana kepakaran dan kefasaihannya dalam bahasa tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi. Seperti mana para cendiakawan Islam yang lain, mereka menulis dalam pelbagai bidang dan pengkhususan ilmu agama seperti hadis, fiqh, aqidah, kelebihan amalan, perundangan islam dan lain-lain lagi begitu juga beliau yang mana telah menghasilkan pelbagai kitab yang berkaitan dengan ilmu di atas. Kitab yang ditulisnya dibaca dan menjadi rujukan samada dari golongan alim ulama dan orang yang jahil ilmu agama. Oleh yang demikian matlamat sasaran pembaca penulisan beliau terbahagi kepada dua iaitu orang yang alim dalam bidang agama dan orang awam biasa yang mana kitab yang ditulis untuk kedua-dua sasaran ini berlainan dan berbeza dari segi metode, uslub bahasa dan fakta.
Kitab kelebihan amal yang mengandungi enam bab iaitu kelebihan solah, zikir, al-quran, Ramadhan, sedeqah, haji dan umrah, tabligh dan hikyah sahabah diterbitkan untuk dibaca oleh orang awam yang tidak mahir dalam ilmu agama bagi tujuan memberi ransangan dan mewujudkan semangat yang berkobar-kobar di dalam sanubari mereka menjalankan amalan agama serta perundangan Islam. Kitab Awjaz al-Masalik syarah kitab al-Muwatta’ Imam Malik, Lami’ al-Dirari Ala Jami’ al-Bukhari, Al-Abwab wa al-Tarajim al-Bukhari, Juz Haj al-Wida’ wa Umrah al-Nabi, Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi, Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal dan lain-lain dihasilkan untuk orang-orang yang ingin mendalami ilmu agama, para pelajar agama dan alim ulamak sebagi sumber rujukan.
Apakah pegangan al-Kandahlawi mengenai permasalahan kebenaran beramal dengan hadis daif? Pendapat al-Kandahlawi dalam perkara ini sama dengan pendapat jumhur ulamak iaitu dibolehkan beramal dengan hadis daif dalam permasalahan taghib, tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan manaqib sahaja dan tidak dibolehkan dalam permasalahan halal haram dan aqidah. Bagaimana sistem yang diaplikasi oleh beliau ketika proses pendidikan? al-Kandahlawi mengikuti sistem dan kaedah dirayah dan riwayah serta mengekalkan sistem sanad dari awal hingga penulis kitab hadis khususnya kutub sittah. Bagi menghasilkan buku untuk tatapan orang awam al-Kandahlawi menulis dan mengeluarkan hadis taghrib dan tahzib yang mana beliau mengunakan kitab hadis (Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasai & Sunan Ibn Majah), kitab al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Munziri, kitab Majma’ al-Zawa'id oleh al-Haitsami dan kitab Jami' al-Sagir oleh al-Suyuti.
Dalam penulisan hadis al-Kandahlawi mengunakan metodos sanad, matan dan hukum hadis tersebut dalam meriwayatkan dan menukilkan sesebuah hadis dalam kitabnya beliau akan menyatakan sanad hadis tersebut dari pembuku hadis sehinggalah kepada Rasulullah s.a.w seperti dalam kitabnya Awjaz al-Masalik, selepas menyatakan matan hadis tersebut beliau menjelaskan jenis dan hukum hadis tersebut samada mursal, munqati’, daif, sahih dan sebagainya. Seperti mana dalam kitab Awjaz al-Masalik beliau menyusun tajuk mengikut bab-bab fiqh seperti salat, wudu’, taharah dan sebagainya. Sebagai seorang yang alim dalam ilmu fiqh beliau akan cuba membuat perbandingan pendapat mazhab yang empat dalam sesuatu permasalahan yang terdapat di dalam hadis yang beliu nukillkan dalam penulisannya sehingga pembaca tidak mengetahui beliau dari mazhab yang mana dalam empat mazhab tersebut.
KARYA-KARYA
Penyusunan kitab dan usaha yang gigih dalam menghasilkan bahan ilmiah yang tinggi mutu, kualiti dan nilainya merupakan satu bab dalam kehidupan al-Syeikh Muhammad Zakariyya rah dan kalau dikaji dengan kajian lapangan bahawa berkat daripada penulisan beliau masih melimpah hingga sekarang walaupun beliau telah meninggal dunia 28 tahun yang lalu. Berikut disenaraikan karya penulisan ilmiah yang komprehensif dihasilkan oleh beliau;
a). Tarikh Mazahir dan Tarikh Masyeikh.
Dua buah buku di atas adalah permulaan karya beliau. Makna buah buku ini ialah 50 Tahun Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyeikh.
b). Awjaz al-Masalik.
Kitab Aujaz al-Masalik
Kitab yang mempunyai enam jilid serta ditulis dalam Bahasa Arab ini merupakan salah satu dari kitab-kitab beliau yang masyhur dan bersifat kontemperari pada ketika itu. Awjaz al-Masalik ialah syarah kitab al-Muwatta’ Imam Malik hasil usaha serta titik peluh beliau selama kira-kira 40 tahun. Kitab ini merupakan salah satu dari kitab komentar al-Muwatta’ Imam Malik yang paling komprehensif yang mana mengandungi sains hadis, ilmu perundangan Islam dan komentar hadis.
Dalam kitab ini Maulana menukil kesimpulan yang nyata serta intelek daripada komentar-komentar yang dibuat oleh para cendiakawan hadis lain samada pendapat yang sepakat atau khilaf beserta dengan dalil mereka berhubung sesuatu isu. Kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh-tokoh ulama Hijaz.
Di antara tokoh ulamak tersebut ada seorang yang berkata “Seandainya pengarang kitab ini tidak menyatakan di dalam muqaddimahnya bahawa beliau bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bahawa beliau bermazhab Maliki secara terperinci. Selain itu, beliau dapat mengumpulkan banyak masalah-masalah fiqhiyah mazhab Maliki di mana penjelasan masalah tersebut sukar untuk ditemui dalam mana-mana kitab mazhab Maliki sekalipun."Alim ulamak dari negara Arab khususnya Arab Sacudi, semoga Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kemulian dan keagungan yang tinggi serta alim ulama dari Damsyik sangat berharap kepada al-Kandahlawi agar kitab ini dapat diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang yang kaya raya dari Mekah al-Mukarramah telah menerbitkan kitab ini dengan pembiayaan peribadinya sendiri.
c). Lami’ al-Dirari ‘Ala Jami’ al-Bukhari.
Karya ini mula penulisannya pada hari Rabu 7 Muharram 1376 dan disempurnakan pada 10 Rabic al-Awwal 1388H dan ditulis dalam Bahasa Arab serta mengandungi 3 jilid. kitab syarah Bukhari ini merupakan hasil usaha Syeikh Rashid Ahmad dan bapanya Syeikh Yahya al-Kandahlawi. Maulana Muhammad Zakariyya berperanan mengedit, mentahqiq dan menjelaskan perkara yang perlu diperjelaskan.
d). al-Abwab wa al-Tarajim Li al-Bukhari.
Sebuah penerangan dan penjelasan tentang setiap tajuk yang terdapat di dalam kitab Sahih Imam al-Bukhari. Buku ini mengumpulkan pendapat para sarjana dan ilmuan hadis keunikan dan reasional serta hubungan di antara hadis dan tajuk yang diberikan bagi hadis tersebut. Perkara ini perlu dijelaskan kerana ulama pensyarah Jamic Sahih al-Bukhari menyatakan bahawa fiqh Imam al-Bukhari terletak pada tajuknya.
Kita akan mendapati di dalam kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih hadis yang ditulis secara berulang dan ketidak sesuaiaan hadis dengan tajuk yang diberikan dari segi pemahaman biasa dalam kitab ini al-Kandahlawi bukan sahaja mengambil pendapat daripada imam-imam hadis seperti Ahmad bin ‘Ali bin Hajar al-‘Asqalani dan Shah Wali Allah al-Dehlawi tetapi beliau membuat perbandingan di antara komentar mereka dan cuba mendapatkan korelasi berdasarkan research yang beliau jalankan.
e). Juz’ Haj al-Wida’ wa ‘Umrah al-Nabi
Kitab ini mula dihasilkan pada Jumaat 22 Rabi al-Awwal 1341H pada jam 12 tengahari dan selesai penulisannya pada jam 01.30 malam hari Sabtu pada mulanya kemudian disunting untuk diterbitkan pada 15 Rejab 1390. Sebuah kitab bahasa Arab yang komprehensif yang menerangkan mengenai jumlah Nabi Muhammad s.a.w mengerjakan haji dan umrah, cara dan panduan mengerjakan haji, lokasi-lokasi yang akan dilawati semasa mengerjakan haji dan umrah dan lain-lain.
f). Khasail Nabawi Syarh Shamail al-Tirmidhi.
Kitab ini mula ditulis pada 1343H dan berakhir pada 1344H. Kitab syarah al-Syamail al-Muhammadiyyah ini mengandungi koleksi-koleksi hadis yang berhubung sifat dan ciri yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s.a.w. Kitab ini telah diterjemah ke pelbagai bahasa.
g). Fadail al-A’amal dikarang pada 1348 H.
h). Fadail Ramadan ditulis pada 1349 H.
i). Fadail Tabligh dihasilkan bertarikh 1350 H.
j). Fadail Namaaz (Solah) diterbitkan pada 1358 H.
k). Fadail Haj, selesai pada 1367 H.
l). Fadail Sadaqah, karya pada tahun 1368 H.
m). Fadail Zikr
n). Fadail Durood Sharif, 1384 H.
o). Fadail Tijarah, 1401 H.
p). Hikayah al-Sahabah, 1357 H.
q). Al-I’tidal fi Maratib al-Rijal, 1357 H.
r) Daari Ka Wujoob.
s). Aap Bieti, mempunyai 5 jilid, 1388-1391 H.
t). Syari’ah wa Tariqah, 1398 H.
u) Um al-Amrad.
v) Fitna al-Maududiah
w) Mowt Ki Yaad
GURU-GURU MAULANA
Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dirahmati dan dikasihi kerana dapat bertalaqi dan berguru dengan para alim ulamak serta ilmuan yang tinggi ilmu dan keperibadiaanya serta mempunyai tahap kerohaniaan yang agung di benua kecil India di antara alim ulamak tersebut ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail yang lahir pada 1287 H. Beliau seorang sarjana yang mahir serta berpengalaman dalam lapangan hadis juga perundangan islam.
Hasil daripada pukulan dan hukuman serta kata-kata nasihat daripada ayahandanya beliau menjadi seorang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap hadis dan mempunyai ketabahan yang amat luar biasa dalam menguasainya. Al-Kandahlawi telah menghafal al-Quran semasa berumur 7 tahun. Ayahnya memerintahkan supaya membaca ayat al-Quran yang telah dihafal sebanyak 100 kali.
Selain daripada Maulana Muhammad Yahya, al-Kandahlawi berkesempatan berguru dengan bapa saudaranya al-Syeikh al-Da’ei Maulana Muhammad Ilyas dalam bidang hadis. Beliau berpeluang berguru dengan sarjana hadis yang masyhur dan merupakan muhtamim(pengetua) madrasah Mazahir al-‘Ulum Saharanpur serta penulis kitab Bazl Majhud, di mana di bawah bimbingan dan asuhannya beliau memperolihi kemahiran dan metode dalam penulisan hadis serta gelaran Syeikh al-Hadis.
Selain daripada mereka bertiga al-Kandahlawi dimuliakan dan ditinggikan kerohaniaanya natijah daripada korelasinya dengan para ulama yang berikut yang mana telah menjadi sumber inspirasi, pemangkin semangat kerohanian dan berlakunya anjakan paradigma bagi menjadi seorang yang calim dan faqih dalam aliran hadis nabawi.
a) Maulana Qasim Nanotwi.
b) Maulana Khalil Ahmad Saharanpui.
c) Maulana Rashid Ahmad Gangohi.
d) Maulana Qasim Nanotwi.
e) Maulana Imdadullah
f) Maulana Mahmud al-Hassan
g) Maulana Asyarf Ali Thanwi.
h) Maulana Hussain Ahmad Madani.
i) Maulana Syah Abd al-Qadir Raipuri.
j) Maulana Abu al-Hassan ‘Ali Nadwi.
k) Maulana Sulaiman Nadwi.
l) Maulana ‘Ashiq Ilahi.
m) Shah ‘Abd al-‘Aziz Dahlawi.
n) Maulana al-Haj ‘Abd al-Latif Sahib
o) Maulana Zafar Ahmad Thanwi, Syeikh al-Islam Pakistan, 1310 H.
p) Maulana ‘Abd al-Wahid, 1290 H (tarikh dilahirkan).
q) Hadrah Nazim Sahib.
KERJAYA DAN MURID-MURIDNYA
Al-Kandahlawi telah dilantik menjawat jawatan sebagai tenagan pengajar di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharapur dari tahun 1335 H-1916M ketika berusia 20 tahun sehingga 1388H-1968M ketika berusia 72 tahun iaitu dalam jangka masa 52 tahun beliau berbakti dalam arena pendidikan dan pengajaran. Sungguhpun beliau pernah mengajar dan mendapat tawaran mengajar di beberapa buah institusi agama yang lain, Mazahir al-‘Ulum, Saharapur merupakan tempat paling lama beliau mengajar dan berkhidmat. Mazahir al-‘Ulum merupakan sekolah lama beliau di mana selama 11 tahun beliau belajar di situ.
Al-Kandahlawi adalah seorang yang zuhud dan tacat serta patuh kepada sunnah nabi s.a.w. Beliau tidak mengunakan agama untuk mendapatkan kekayaan dan kesenangan hidup walaupun peluang ke arah kesenangan terbentang luas baginya. al-Kandahlawi tidak mengambil upah atau gaji dari kerjayanya sebagai tenaga pengajar di Mazahir al-‘Ulum walaupun pihak madrasah telah memperuntukan baginya gaji bulanan tetapi beliau akan memulangkannya semula pada keesokan harinya sebagai sedeqah kepada madrasah. al-Kandahlawi pernah ditawar bertugas sementara di Institut Da-iratul Ma’arif sebagai penulis kitab Asmac al-Rijal bagi kitab hadis al-Imam al-Baihaqi dengan gaji bulanan sebanyak 800Rp, sebuah kereta kerajaan dengan pemandu kereta dan minyak petrol yang dibayar oleh kerajaan serta tempat tinggal yang juga disediakan oleh kerajaan Hyderabad. Namun begitu beliau menolaknya dengan jawapan “aku tidak ingin hidup di bawah ihsan orang lain”.
Terdapat pelbagai bukti memperlihatkan beliau mengambil berat dan perhatian yang mendalam terhadap institusi agama ini. Semasa di madrasah ini, al-Kandahlawi telah mengajar lebih kurang tiga puluh lima buah kitab ilmiah seperti tatabahasa ‘Arab, ilmu morfologi, sastera, ilmu perundangan Islam, kitab hadis seperti kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih dan Sunan Abu Daud, Bahkan al-Kandahlawi telah mengajar seluruh kitab yang menjadi sillabus di madrasah tersebut. Beliau telah membuat percapaian yang hebat apabila berjaya menamatkan beberapa buah kitab primier Islam dalam pengajarannya iaitu kitab Nur al-Anwar sebanyak tiga kali, kitab Misykat al-Masabih tiga kali, Sunan Abu Daud sebanyak tiga puluh kali, kitab Bukhari jilid awal sebanyak lima puluh kali dan kitab al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih keseluruhannya sebanyak enam belas kali.
Abu al-Hasan Nadwi berkata meskipun al-Kandahlawi adalah salah seorang guru yang paling muda di Mazahir al-‘Ulum dia telah dipilih untuk mengajar pelajaran yang belum pernah ditugaskan kepada guru lain yang sama umur dengannya pada ketika itu. Beliau bukan sahaja menunjukan kebolehannya menjadi seorang guru yang berdidikasi dan berketerampilan malah mampu menghasilkan hasil karangan yang mempunyai kauliti dan nilai yang abstrak. Pada tahun 1345H al-Kandahlawi berkesempatan pergi ke kota Madinah al-Munawwarah selama setahun di sana beliau telah ditugaskan mengajar kitab Sunan Abu Daud di Institut Agama al-Sharicah, Madinah al-Munawwarah. Semasa di sana al-Kandahlawi memulakan penulisan Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik pada ketika itu beliau berumur dua puluh sembilan tahun.
Apabila beliau kembali ke tanah airnya beliau telah diminta untuk menjawat semula menjawat jawatannya sebagai pengajar di Mazahir al-‘Ulum. Sillabus yang diberikan kepadanya ialah mengajar kitab Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasaei, Muwatta’ Imam Muhammad dan sebahagian kitab al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min Hadith Rasulullah Wa Sunnah Wa Ayyamih, tetapi selepas kematian pengetua Mazahir al-‘Ulum beliau ditugaskan mengajar seluruh sahih al-Bukhari. Al-Kandahlawi menjadi tenaga pengajar Mazahir al-‘Ulum sehingga 1388H dan menamatkan kerjayanya sebagai guru hadis disebabkan matanya ditumbuhi katarak.
Ramai di kalangan penuntut beliau telah berjaya menamatkan pelajaran hadis melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka di hadapannya iaitu sistem talaqi. Ramai juga di antara mereka yang menceburkan diri dalam arena pendidikan dan berkhidmat untuk agama yang syumul dan ilmu agama di pelbagai tempat. Selain dari itu, ramai murid-murid beliau telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yang hati sanubari mereka disinarai makrifah Allah sehingga mereka telah berbai’ah dan janji setia melalui tangan beliau yang mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dengan nikmat Allah s.w.t telah berjaya mencapai darjat kerohanian yang tinggi dalam ilmu tersebut.
Terdapat juga di antara mereka mewaqafkan seluruh kehidupan mereka untuk usaha atas agama Allah s.w.t dengan perantaraan bermujahadah, melapangkan masa keluar di jalan Allah s.w.t menemui orang-orang islam yang jauh dari agama Allah supaya mengamalkan dan menjalankan seluruh perintahnya dalam kehidupan serta menjadi dacei Allah (penyeru Allah) agar orang-orang Islam faham bahawa masa, harta dan diri mereka bukan kepunyaan mereka tetapi kepunyaan Allah s.w.t serta keluar di jalan Allah s.w.t seantero dunia agar dengan mujahadah dan susah payah yang ditunjukan akan membuka kerahiman Allah s.w.t dan hidayah dapat tersebar ke seluruh alam. Berikut senarai nama-nama murid-murid al-Kandahlawi yang telah menjadi ulamak yang masyhur dan disegani seantero dunia:
1. Al-Syeikh Maulana Muhammad Yusuf bin Maulana Muhammad Ilyas (ketua Jemaah Tabligh yang kedua).
2. Maulana Inamul Hasan (ketua Jemaah Tabligh yang ketiga)
3. Maulana Izhar al-Hassan dan para pelajar di Madrasah Kashif al-cUlum.
4. Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadis di Dar al-cUlum, Deoband.
5. Maulana Munawwar Husein, Syeikh al-Hadis di Dar al- ‘Ulum Lathifi Kethar.
6. Maulana ‘Abd al-Jabbar, Syeikh al-Hadis di Jami’ah Qasimiah Shahi Muradabad.
7. Maulana Akbar 'Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum dan juga pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Karachi, Pakistan.
8. Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadis di Madrasah Kashif al- ‘Ulum, Delhi.
9. Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadis dan wakil Madrasah Mazahir al- ‘Ulum, Saharanpur.
10. Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syeikh al-Hadis Madrasah Mazahir al- ‘Ulum Saharanpur.
11. Maulana Muhammad ‘Aqil, pengajar hadis di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahir al- ‘Ulum Saharanpur.
12. Maulana Muhammad Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadis di Madrasah Dar al- ‘Ulum Karachi.
13. Maulana Muhammad Salman pengajar hadis di madrasah Mazahir al- ‘Ulum, Saharanpur.
14. Maulana Taqiyuddin, pengajar hadis.
15. Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadis di Dar al- ‘Ulum Tanbu di Rangoon
DI MAKAMKAN
Hadith dari Aisyah r.ha berkata, “Adalah Nabi saw pada tiap malam gilirannya bersamaku, Baginda keluar pada tengah malam kekuburan Baqi’ lalu berkata, “Assalamualaikum penghuni perkampungan Islam, nanti pada waktu yang telah ditentukan kamu akan menemui apa yang dijanjikan dan insyaAllah kami akan menyusulmu dibelakang. Ya Allah berilah ampunan bagi ahli kubur Baqi’ yang berbahagia ini” (HR. Muslim).
Pada malam giliran Baginda bersama Aisyah r.a., Baginda akan keluar pada waktu tengah malam untuk ke kubur Baqi. Giliran Baginda bersama Aisyah menjadi dua malam kerana Saudah r.a. telah menyerahkan gilirannya kepada Aisyah.
Rasulullah saw telah mengahwini Saudah rha setelah kematian Khadijah rha. Saudah rha berumur 52 tahun ketika Rasulullah saw mengahwininya. Pada suatu ketika Saudah bimbang Rasulullah saw menceraikannya lalu beliau berkata, “Wahai Rasulullah, tidaklah saya termasuk di kalangan isteri-isteri tuan di dalam Syurga nanti. Oleh sebab itu, janganlah ceraikan saya. Saya serahkan giliran saya pada ‘Aisyah rha”. Rasulullah saw telah menerima permintaan itu. Oleh sebab itu, hari giliran beliau telah diberikan kepada ‘Aisyah rha.
Di dalam hadith disebut bahawa orang yang ditanam di kubur Baqi’ mendapat keamanan daripada azab kubur. Maulana Zakariya yang mengasaskan gerakan tabligh juga telah dikebumikan di kubur Baqi’, bersebelahan kubur Imam Malik dan beliau juga telah mensyarahkan kitab Muwatta Imam Malik.
Wafatnya seorang alim besar.
Maulana Zakaria rah selalu berharap untuk bertemu dengan Allah swt sementara beliau tinggal di bandar Rasulullah saw iaitu Madinatul Munawarah, akhirnya Allah swt mengabulkan keinginan dan impian beliau, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sana pada hari Isnin, 1 Syaban 1402 bersamaan 24 Mei 1982 M dan di kebumikan di Perkuburan Baqi dalam kalangan para Sahabat Baginda Saw dan ahli keluarga Baginda saw. Majlis pengebumiannya diikuti oleh sejumlah besar orang dan jenazah beliau telah diimamkan oleh Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi iaitu Syeikh Ibn Baaz rah, beliau juga dikebumikan disebelah pusara gurunya iaitu Maulana Khalil Ahmad Shaharapuri rah. Kira-kira ada10 ribu sahabat yang meninggal dunia dikebumikan di Baqi’ (Imam Malik).
No comments:
Post a Comment