KUMPULAN HADITS HASAN
Hadis-hadis berikut adalah hadis-hadis yang dikatakan tarafnya hasan iaitu rendah sedikit daripada taraf hadis sahih. Hadis-hadis ini dikatakan hasan kerana para rawinya mempunyai sedikit kecacatan iaitu dari segi kekuatan ingatannya. Namun, hadis-hadisnya tetap boleh diterima kerana peribadi rawi-rawinya adalah baik dan jelas.
a). Ummu Salamah r.ha Ummul Mukminin, meriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi saw, “Al-Mahdi adalah daripada keturunanku, di antara anak-anak Fatimah."
b). Rasullullah saw bersabda, "Dunia ini tidak akan berakhir sehingga seorang lelaki dari keturunan al-Husain mengambil alih pentadbiran dunia dan memenuhnya dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan."
c). Abu Said al-Khudri ra menceritakan sebuah hadis bahawa Nabi saw mengisytiharkan, “Dunia ini akan dipenuhi dengan ketidakadilan dan penyelewengan. Ketika itulah, seorang lelaki dari kaum keluargaku akan naik dan memerintah selama tujuh atau sembilan tahun dan akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan.” (HR Ahmad)
d). Abu Said al-Khudri ra menceritakan bahawa Nabi saw bersabda, “Banyak cubaan dan bala bencana akan menimpa umatku daripada pemerintah mereka sebelum dunia ini kiamat. Akan berlaku satu bencana yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Terdapat banyak kezaliman iaitu dunia ini dipenuhi ketidakadilan dan penyelewengan yang akan memusnahkan kebaikan. Orang-orang yang beriman tidak mendapat pembelaan daripada penindasan yang berlaku itu. Pada ketika itulah Allah akan menghantar seorang lelaki daripada keturunanku untuk memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan seperti sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Seluruh penduduk langit dan bumi akan meredhai pemerintahannya. Bumi akan mengeluarkan segala isinya, dan langit pula akan menurunkan hujan selebat-lebatnya. Dia akan tinggal bersama-sama mereka selama tujuh atau sembilan tahun. Segala keberkatan dan kemakmuran akan Allah turunkan kepada bumi, sehingga mereka yang masih hidup amat mengharapkan agar orang yang telah mati dapat hidup semula.” (Ibnu Hajar, as-Sawa’iqul Muharriqah, ms 161)
e). Abu Hurairah ra berkata, dari Rasulullah saw, “Orang ramai akan berbaiat kepada al-Mahdi antara Rukun dengan Maqam (di Makkah).” (Ibnu Tawus, Kitabul Malahim wal Fitan, ms 64).
f). Daripada Abdullah ra daripada Nabi saw sabdanya, “Kalaulah tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari sahaja lagi, nescaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau dari ahli keluargaku yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.” (At-Tarmizi).
g). Dari Huzaifah ra katanya, Nabi saw bersabda: “Kalaulah tidak tinggal daripada umur dunia melainkan sehari sahaja lagi, akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga didatangkannya seorang lelaki dari ahli keluargaku, yang berdiri malaikat di antara dua tangannya dan dia akan mengembangkan agama Islam.”
Sebenarnya, hadis yang telah disahkan tarafnya sebagai hasan juga sangat banyak, tetapi oleh kerana dirasakan tidak perlu mengulang-ulang tulis hadis berkenaan untuk bahagian seterusnya, tidaklah dimasukkan lebih banyak lagi untuk mengelakkan rasa jemu membacanya.
Oleh kerana banyak pula hadis yang sampai tarafnya kepada hasan, maka tidak syak lagilah bahawa memang kisah Imam Mahdi itu tidaklah diada-adakan. Banyaknya hadis yang bertaraf hasan amat jelas membantu menguatkan lagi hadis yang dikatakan dhaif, juga menguatkan dakwaan bahawa kisah mengenai kedatangan Imam Mahdi adalah benar lagi sahih.
Adapun hadis-hadis yang dikatakan mutawatir, iaitu taraf hadis yang paling tinggi selepas al- Quran, adalah banyak sekali. Jumlahnya lebih banyak daripada yang diberikan tadi, iaitu lebih banyak daripada hadis yang sampai kepada taraf sahih. Bezanya, kebanyakan hadis itu adalah berbentuk mutawatir maknawi, iaitu sejumlah besar hadis yang sama maksud tetapi berbeza-beza dari segi susunan matannya.
Selepas hadis mutawatir, hadis sahih adalah hadis yang dikategorikan paling tinggi, kerana telah melepasi lima syarat untuk menjadi hadis sahih. Mana-mana hadis yang dapat memenuhi kelima-lima syarat itu sekali gus, barulah diiktiraf sebagai hadis sahih. Seperti yang dimaklumi, hadis sahih terbahagi kepada dua jenis iaitu sahih lizatih (mencapai taraf sahih tanpa bantuan hadis lain) dan sahih lighairih (mencapai taraf sahih dengan bantuan hadis lain yang sama kuat dengannya).
Lazim pula para ulama menyatakan bahawa hadis yang disebut sebagai sahih lighairih adalah juga hadis hasan lizatih. Dan seperti yang dimaklumi, hadis sahih adalah hadis yang mencapai taraf paling tinggi, boleh dijadikan hujah dalam bab akidah dan hukum syarak.
KUMPULAN HADITS SHAHIH
Bagaimanapun, sebagai memenuhi rasa ingin tahu kebanyakan umat Islam, terutama yang rajin mengkaji dan yang inginkan kepastian, serta yang inginkan keyakinan yang putus, berikut adalah antara hadis yang secara jelas dikategorikan oleh semua ulama hadis sebagai hadis sahih mengenai diri Imam Mahdi itu:
a). Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, “Dunia ini tidak akan hancur sehingga seorang lelaki dari kalangan ahli keluargaku, yang namanya seperti namaku, memerintah seluruh bangsa Arab.” (HR Tarmizi dan Abu Daud).
Hadis-hadis dengan matan yang hampir serupa juga turut diriwayatkan daripada Sayidina Ali bin Abi Talib, Abu Said al-Khudri, Ummu Salamah dan Abu Hurairah ra.
b). Nabi saw bersabda, “Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya al-Mahdi (iaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu cuma tinggal sehari sahaja. Dia akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan di atas muka bumi ini dan menghapuskan kezaliman dan penindasan.” (HR Ahmad)
c). Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata bahawa Rasulullah saw bersabda, “Jika cuma tinggal sehari sahaja sebelum kiamat tiba, nescaya Allah pasti akan mengutuskan seorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan penindasan." (HR Abu Daud)
d). Sayidina Ali bin Abi Talib ra berkata bahawa Nabi saw memberitahunya bahawa, “Al-Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah dari kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja.” (HR Ibnu Majah)
e). Sayidatina Ummu Salamahra, Ummul Mukminin, berkata bahawa Nabi saw bersabda, “Al-Mahdi itu adalah dari keturunanku daripada anak-anak Fatimah.” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
f). Rasulullah saw mengisytiharkan bahawa, “Al-Mahdi itu adalah dari kaum keluargaku, daripada keturunan Fatimah.” (HR Ibnu Majah)
g). Nabi SAW memberitahu, “Al-Mahdi itu adalah salah seorang daripada kami, dari kalangan Ahlulbait.” (HR Ibnu Majah)
h). Abu Said al-Khudri ra menceritakan bahawa Nabi saw bersabda, “Al-Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.” (HR Abu Daud)
i). Abu Said al-Khudri ra menceritakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda, “Al-Mahdi adalah dari keturunanku. Dahinya luas dan hidungnya tinggi. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan ketika dunia sedang dipenuhi dengan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”
j). Ummu Salamah r.ha menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Selepas kemangkatan seorang amir, akan berlaku pertelingkahan di kalangan penduduk. Ketika itu seorang penduduk Madinah akan melarikan diri dan pergi ke Makkah. Ketika di Makkah, beberapa orang penduduk akan menghampirinya antara Hajarul Aswad dengan Maqam Ibrahim dan mendesak menerima baiat mereka kepadanya.
Sejurus selepas itu, satu angkatan yang besar akan datang dari Syam untuk menyerangnya tetapi ketika mereka sampai di Al-Baidak di antara Makkah dan Madinah, mereka akan ditelan ke dalam bumi. Melihatkan peristiwa ini, puak Abdal dari Syam dan sekumpulan Asaib dari Iraq akan mendatanginya dan berbaiat kepadanya. Kemudian seorang lelaki dari suku Quraisy, yang bapa saudaranya dari Bani Kalb menghantar satu pasukan tentera untuk menyerang al-Mahdi dan cuba menguasainya, dengan izin Allah. Tentera ini adalah dari Bani Kalb. Malangnya dia tidak menerima apa-apa perkongsian dengan Kalb.
Orang ini (Imam Mahdi) akan memulakan peperangan selepas pertempuran itu. Dia akan memimpin orang ramai berdasarkan sunnah dan semasa pemerintahannya, Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dia memerintah selama tujuh tahun. Al-Mahdi akan meninggal dunia dan jenazahnya akan disolatkan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.” (HR Daud, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ibnu Hibban dan at-Tabrani)
k). Nabi saw bersabda, “Sekumpulan orang dari umatku akan berjuang menegakkan kebenaran sehingga hampir tibanya kiamat, apabila Isa anak Mariam as turun dan pemimpin mereka memintanya mengimamkan solat, tetapi Isa as menolaknya sambil berkata, “Tidak, sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang Allah telah jadikannya pemimpin ke atas yang lain dan Dia telah menzahirkannya untuk mereka.” (Sahih Muslim).
l). Diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw telah bersabda, “Apakah reaksi kamu semua apabila Isa anak Mariam turun sedangkan Imam kamu adalah daripada kalangan kamu?”
(HR Muslim dan Bukhari).
m). Nabi saw bersabda, “Apakah keadaan kamu jika anak Mariam turun di kalangan kamu dan Imam kamu adalah dari kalangan kamu?” (HR Bukhari)
n). Diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah ra katanya, Rasulullah saw bersabda, “Setelah peninggalanku nanti akan ada dua belas orang Amir (Khalifah).” Jabir berkata, “Kemudian baginda bercakap sesuatu yang tidak kufahami, lalu aku bertanya kepada bapaku, lalu dia berkata, “Mereka semuanya dari golongan Quraisy.” (HR Abu Daud)
o). Dari Mustaurid Al-Qurasyi ra berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Kiamat akan tiba (setelah) bangsa Rom membentuk sebahagian besar dari umat.” Amru bertanya kepadanya (Mustaurid ra), “Benarkah ucapanmu itu?” Jawabnya, “Aku mengucapkan apa yang aku dengar daripada Nabi saw” dan lagi sabdanya, “Kalau kamu menyebutkan demikian, sungguh mereka telah memiliki empat sifat. Pertama, mereka mempunyai kesabaran menempuh cubaan. Kedua, segera membaiki diri untuk pulih selepas kesusahan. Ketiga, menyerang balas selepas peperangan pertama dan keempat, mereka bersikap baik terhadap janda- janda, anak-anak yatim, yang lemah. Dan yang kelimanya ialah mereka bersikap baik dan mendiamkan diri sahaja terhadap penindasan oleh raja-raja.”
p). Dari Abdullah bin Busri ra dia berkata, Rasulullah saw bersabda, “(Jarak masa) antara Malhamatul Uzma (Perang Islam-Eropah) dan penaklukan kota-kotanya adalah enam tahun dan Dajjal akan keluar pada tahun yang ketujuh.” (HR Ibnu Majah)
q). Kata Abu Nadrah rah, kami bersama-sama dengan Jabir bin Abdullah ra, lalu dia berkata, “Akan terjadi penduduk Iraq tidak menghantar bahan makanan dan dirham mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana?” Jawabnya, “Dari arah bukan Arab, yang menahannya.” Kemudian dia berkata lagi, “Aku syak bahawa penduduk Syam juga tidak menghantar dinar dan mud mereka.” Kami bertanya, “Dari arah mana datangnya?” Jawabnya, “Dari arah Rom.” Kemudian dia diam seketika, kemudian berkata, “Telah bersabda Nabi saw, “Akan berlaku pada akhir zaman seorang khalifah yang menyebarkan harta sebanyak-banyaknya tanpa mengira-ngiranya.” Aku bertanya kepada Abu Nadrah dan Abu al-A’ala, “Kami menyangka dia itu adalah Umar bin Abdul Aziz.”
Jawabnya, “Bukan” (HR Muslim).
r). Daripada Sauban ra katanya, Rasulullah saw bersabda, “Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik, semuanya putera kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncul panji-panji hitam dari sebelah Timur, lalu mereka membunuh kamu dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun. Apabila kamu semua melihatnya, hendaklah bersegera membaiatnya walaupun terpaksa merangkak di atas salji, kerana padanya ada Khalifah Allah, Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah).
Ada banyak lagi hadis yang sanadnya sahih-sahih belaka tetapi penulis tidak merasakan perlu dimasukkan semua sekali. Cukuplah sekadar yang ada ini untuk perhatian kita bersama. Oleh kerana banyaknya hadis mengenai Imam Mahdi yang dikategorikan sebagai sahih, seyogialah orang-orang yang menolak mengenai kedatangan Imam Mahdi, sama ada yang menolak dengan alasan bahawa hadis-hadisnya banyak yang dhaif, atau menolak peribadi yang bergelar Imam Mahdi itu akan keluar, eloklah berfikir semula.
Hadis-hadis di atas yang semuanya telah diakui sebagai sahih, menunjukkan dengan jelas bahawa cerita-cerita mengenai Imam Mahdi itu mempunyai asas yang kukuh dalam agama kita, bukan sekadar diada-adakan atau berita yang muncul kemudian, beratus-ratus tahun selepas kewafatan Nabi Saw Ini kerana, Rasulullah SAW sendiri turut menyebutkan mengenainya, antaranya seperti yang dinyatakan di atas.
Imam Syaukani mengatakan di dalam kitab Al Fath ar Rabbani, hadits-hadits yang dapat dipercaya kebenarannya tentang Imam Mahdi al Muntazhar berjumlah LIMA PULUH BUAH, sedang riwayat yang bersumber dari para sahabat berjumlah DUA PULUH. Di dalam kitab ini, beliau menyebutkan semua hadits-hadits dan riwayat tersebut, dan selanjutnya mengatakan, “Jumlah semua hadits dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat mutawatir bila di tela’ah secara mendalam”.
MENGINGKARI IMAM MAHDI ADALAH SALAH SATU KEKUFURAN!
Jika ada mana-mana ulama atau orang perseorangan yang cuba membangkitkan masalah yang cukup khilafiah ini, reaksi-reaksi berikut akan dapat dilihat pada orang yang kita ajukan itu.
1). Menolak serta-merta. Alasan yang diberikannya ialah hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis palsu atau sangat dhaif. Mereka ini lazimnya tidak mengetahui ilmu sanad dan rawi hadis, ilmu jarah dan ta’dil serta tingkatan-tingkatan hadis.
2). Menolak mentah-mentah serta memandang rendah orang yang menimbulkan masalah ini, kerana katanya mempercayai perkara yang tidak jelas dalam masalah agama. Mereka ini adalah golongan yang banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran yang telah diacu oleh pihak penjajah sejak dahulu.
3). Menolak sebahagian hadis yang berkaitan dengan Imam Mahdi termasuk mengenai Pemuda Tamim, Pemuda Bani Hasyim, Al-Haris Harras dan lain-lain. Hadis-hadis yang ada kelihatan hanya sesuai untuk zaman dahulu sahaja, bukan pada zaman ini. Mereka ini hanya menilai hadis berdasarkan maksud zahirnya sahaja, bukan makna yang tersirat yang ada di sebalik hadis-hadis berkenaan.
4). Menolak dengan alasan menunggu ketibaan Imam Mahdi tanpa berusaha adalah perbuatan yang sia-sia. Lebih baik umat Islam bangun dan membina kekuatan sendiri dan menegakkan negara Islamnya sendiri tanpa perlu menunggu munculnya Imam Mahdi. Konsep Al-Mahdi itu sebenarnya ada di dalam diri setiap umat Islam dan Mahdi itu adalah sekumpulan umat Islam sendiri yang berusaha membawa kemajuan. Mereka yang berpendapat begini adalah dari kalangan cendekiawan Islam dan para sarjana Islam yang mengaji di universiti luar negeri, terutama di negara Barat.
5). Menolak dengan alasan sudah lebih seribu tahun, namun Imam Mahdi tidak juga muncul, dan kemungkinannya tidak akan muncul lagi ke dunia ini. Lagipun ini adalah zaman moden, bagaimana Imam Mahdi itu akan muncul pada zaman moden ini? Takkan Imam Mahdi itu nanti naik kuda dan mengacungkan pedang? Inikan zaman moden, tak sesuai sangatlah keadaannya nanti. Mereka ini banyak dipengaruhi oleh logik akal mentah mereka yang pendek semata-mata, tanpa mengetahui bahawa hadis-hadis berkenaan mempunyai maksud tersirat yang sekali-kali tidak mereka ketahui.
6). Bersikap berdiam diri kerana memang tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Mereka adalah dari kalangan orang awam yang tidak mendapat pengetahuan yang mencukupi mengenai persoalan agama, apatah lagi masalah Imam Mahdi yang khilafiah ini. Mereka serba salah hendak menjawab soalan ini.
7). Tidak menerima dan tidak pula menolak kemunculan Imam Mahdi sambil menyatakan pendiriannya bahawa semua itu mungkin saja ada dan mungkin saja tidak ada. Bersikap pertengahan adalah lebih selamat bagi mereka dan golongan seperti ini memang ramai pada masa ini.
8). Tidak menolak sepenuhnya, yakni menerima konsep Mahdi tetapi menyatakan bahawa Mahdi itu sebenarnya adalah umat Islam itu sendiri. Oleh itu, mereka perlu bangun dan membina kekuatan ummah melalui jalan politik dan ekonomi, serta dihiasi oleh akhlak yang mulia. Kebanyakan mereka ini adalah golongan pentadbir, ahli politik, teknokrat Islam dan ahli ekonomi Islam yang mendapat pendidikan formal dari Barat.
9). Menerima konsep Mahdi tetapi bertanya semula, bilakah Imam Mahdi itu akan muncul. Siapa dia Imam Mahdi itu? Sejauh mana ‘modennya’ Imam Mahdi itu nanti? Mereka ini adalah golongan yang banyak tanya tetapi tidak dapat memikirkan lebih jauh daripada itu.
10). Menerima sepenuhnya, tetapi berbeza pendapat mengenai diri Imam Mahdi itu yang jika dilihat menurut kaedah Ahlus Sunnah adalah tidak tepat sama sekali. Mereka ini adalah golongan yang cuba mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan atau ada niat yang lain.
11). Menerima sepenuhnya konsep Imam Mahdi, meyakini semua hadis yang berkaitan dengannya dan menanti-nanti kemunculan Imam Mahdi itu ke dunia ini, dengan penuh harap, penuh kerinduan, penuh kasih sayang, penuh gembira dan kadang-kala seperti tidak sabar menunggu lebih lama lagi. Mereka ini ada dua golongan yang besar iaitu Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Imam Mahdinya sendiri dan puak Syiah dengan Imam Mahdinya pula, yang jauh berbeza keperibadiannya daripada Imam Mahdi Ahlus Sunnah.
12). Golongan yang BINGUNG untuk menjawab kerana tidak pernah tahu dan tidak pernah ambil tahu. Mereka adalah golongan majoriti orang awam dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hal ini berbeza dengan Syiah yang amat mengajarkan kepada golongannya akan konsep Imam Mahdi ini. Antara sebabnya ialah Ahlus Sunnah tidak pernah menekankan peri pentingnya Imam Mahdi itu kepada masa depan dan survival umat Islam, seperti yang Syiah ajarkan kepada pengikut mereka.
Kemudian, jika kita lihat dengan lebih teliti dan saksama (jika orang itu memang mahu mencari kebenaran hakiki), akan kita dapati bahawa hadis-hadis yang menceritakan mengenai Imam Mahdi dapat dikategorikan kepada tiga bahagian, iaitu hadis-hadis yang sahih, hadis-hadis yang hasan dan hadis-hadis yang dhaif. Maka yang maudhuk itu tidaklah kita masukkan ke dalam perbicaraan kita ini.
Semua ulama kenamaan dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah bersetuju bahawa hadis-
hadis sahih mengenai Imam Mahdi adalah hadis yang sudah boleh dikategorikan sebagai hadis mutawatir maknawi. Hadis mutawatir maknawi adalah sekumpulan besar hadis yang berbagai-bagai matan, rawi dan sanadnya, tetapi semua hadis berkenaan menceritakan satu perkara atau mauduk yang sama iaitu mengenai Imam Mahdi.
IMAM MAHDI BERTAUBAT DARI DOSA APA?
Dari Ali ra, Rasulullah saw bersabda, “Al Mahdi tu dari golongan kami, ahli bait. Allah memperbaikinya dalam satu malam. (HR Ahmad dan Ibnu Majah)
Ibnu Katsir rah berkata, “Allah menerima taubatnya dan memberinya taufiq, memberinya ilham dan bimbingan setelah sebelumnya tidak demikian.”
Pertanyaannya, “Imam Mahdi diperbaiki oleh Allah dari kesalahan apa dan bertobat dari dosa apa?” Nauzubillah, Imam Mahdi tak mungkin berzina (ulama bilang orang yang menurunkan keturunan Rasulullah saw tak ada yang berzina, juga keturunan beliau yang ikhlas) atau dari dosa mencuri, manipulasi dan korupsi? Tak mungkin sekali, jangankan hasil curian, makan sedekah aja dilarang bagi keturunan Rasulullah saw.
Hari ini, hampir semua perintah syariat ada dalam kehidupan kaum muslimin walaupun berpisah-pisah, belum ijtima’iat, tidak sempurna. Sunnah Nabi saw dan amalan Nabi saw ada dalam kehidupan kaum muslimin, tetapi ada yang hilang, yaitu MAKSUD HIDUP NABI SAW yakni KERJA DAKWAH. Saat ini orang sibuk fikirkan diri sendiri, bangsa, kaum, keluarga, komunitas. Dengarkan aja do’a-do’a mereka ketika di Padang Arafah waktu naik haji. Tak ada lagi orang bagi waktu untuk agama, bahkan ketika jika seseorang keluar di Jalan Allah tinggalkan anak istri malah di bilang zalim, bid’ah dsb.
Perintah Dakwah jauh lebih penting dari amal ibadah yang lain. Kenapa? karena DAKWAH adalah UMMUL IBADAH (ibu dari semua ibadah). Tanpa dakwah, gak mungkin ada orang yang solat, haji, puasa dsb. Al Quran adalah kitab dakwah, untuk memahaminya tidak cukup dengan mempelajarinya saja tapi harus didakwahkan.
Tanpa dakwah agama akan kehilangan ruhnya. Orang-orang akan amalkan agama akan didasari atas tujuan keduniaan. Iman Ummat hari ini makin berkurang, banyak orang yang murtad. Umat Islam semakin lemah dan orang kafir bertambah kuat. Amalan agama tak mencapai hakekat sehingga perpecahan dimana-mana.
Masing-masing orang ingin perjuangkan agama dengan cara dan nafsu masing-masing. Merasa diri paling benar dan menyalahkan orang lain. Padahal yang benar adalah ikut cara Nabi saw buat dakwah dengan asaz pengorbanan dengan tujuan akhirat semata
Kemungkinan inilah yang sebelumnya dibuat oleh Imam Mahdi kemudian dalam satu malam, Allah akan fahamkan beliau (semoga Allah memeliharanya) tentang cara kerja dakwah yang sesuai dengan apa yang dibuat oleh Rasulullah saw dahulu. Allah akan fahamkan beliau suatu cara yang dapat menyatukan ummat dari berbagai suku bangsa, mazhab, dsb. Umat hanya bisa diperbaiki dan disatukan HANYA DENGAN CARA sebagaimana NABI saw terdahulu memperbaiki dan menyatukan para sahabatnya.
Abu Hurairah katakan, “Kalaulah bukan karena 2 ayat dalam Al-Quran (Al-Baqarah:159-160), maka saya tak akan sampaikan satu hadits pun”. Jadi kemungkinan dosa yang dimaksud didalam hadits diatas adalah DOSA TINGGALKAN DAKWAH. Dimana dosa tinggalkan adalah dosa yang membuat seseorang dilaknat Allah swt sebagaimana yang diberitahukan oleh Abu Hurairah ra dan Allah menerima taubatnya dan memberi taufik kepada Al-Mahdi.
“Allah SWT menjanjikan orang-orang yang beriman dari kalian dan yang beramal shaleh, bahawa mereka akan dijadikan sebagai khalifah di atas muka bumi, sebagaimana Ia juga telah menjadikan para pemimpin sebelum mereka dan Dia menjanjikan untuk menyebar dan menguatkan agama yang mereka ridhai, dan menggantikan rasa takut mereka menjadi keamanan.” (QS An-Nuur:56)
KETURUNAN YANG DIJANJIKAN
Hadis-Hadis Imam Mahdi:
“Mahdi yang dijanjikan berasal dari keturunanku, dari Fatimah.” (HR Abu Dawud)
“Mahdi adalah salah satu dari kami, anggota rumah kami.” (HR Ibn Majah)
“Dia akan datang ketika Muslim dibunuh dimana-mana.” (HR Bukhari-Muslim).
“Mahdi akan datang disaat manusia menjadi acuh dan berkata, Mahdi itu tidak ada!” (HR Bukhari-Muslim).
Maksud Allah mentakdirkan Al-Mahdi bangkit di akhir zaman, tidak lain hanya sebagai sosok penyempurna episode risalah kenabian. Beliau bukan Nabi, melainkan pemimpin yang dijanjikan, pemegang panji terakhir perjuangan tauhid para Anbiya. Sekaligus pemersatu semua nasab, mengumpulkan semua Bani Ibrahim a.s yang berselsih, kembali menjadi satu kesatuan Bani Adam a.s. Kemenangan al-Mahdi yang dijanjikan, merupakan kemenangan para nabi, kemenangan atas Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, Muhammad dan kemenangan wali-wali Abdaal.
“Al-Mahdi akan menundukkan Rom dengan meneriakkan empat kali takbir dan membunuh enam ratus ribu orang. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, Maidah Bani Israel, lembaran-lembaran Kitab Taurat, mahkota Nabi Adam as, tongkat Nabi Musa as, singgahsana Nabi Sulaiman as, alat penyukat Manna Bani Israel.”
Riwayat ini mengisyaratkan suatu tindakan pembuktian bahawa simbol-simbol Islam yang telah lama diakui sebagai milik mereka sebenarnya adalah milik Nabi-nabi yang membawa risalah Islam dan sekaligus menyingkap kebenaran ajaran tauhid yang telah lama mereka dustai.
"Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahawasanya bumi ini dipusakai hamba-hambaKu yang saleh." (QS Al-Anbiya 21:105).
WARISAN NABI NUH AS
Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu, “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).” (QS 42:13)
“Kamu (Ali) dan para Imam (silih berganti tidak akan pernah terputus sama sekali sampai kiamat nanti Iaitu putra-putraku) yang datang dari sulbimu sesudahku persis bagaikan perahu (nabi) Nuh, siapa yang naik di atasnya selamat dan siapa yang menolak, tenggelam.” (HR Bukhari, Al-Hakim, Al-Zahabi)
“Perumpamaan ahlul bait ku adalah seperti bahtera Nuh. Siapa menaikinya akan selamat dan siapa yang berpaling akan binasa” (HR Hakim dan Suyuthi)
PILIHAN IBRAHIM AS
Al-Mahdi adalah bibit terbaik dari silsilah darah kekasih-kekasih Allah, pilihan terbaik dari generasi Ibrahim a.s.
1). Imam Mahdi, Rasulullah Saw dan hubungannya dengan Ibrahim a.s, “Allah s.w.t. telah menjadikan Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya sebagai Imam (pemimpin) bagi seluruh ummat manusia.” Tertera di Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 124 (Ibnu Qoyim: Fadhilah Ahlul Bait-Jala'ul-Afham)
2). Keutamaan Ibrahim dan garis keturunannya (Ahlu baitun-Nubuwwah), “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan).” (QS. An-Nahl:120).
“Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.” (QS An-Nisa:125).
Allah s.w.t. telah menjadikan baitun-nubuwwah (keluarga Nabi Ibrahim a.s dan keturunannya hingga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya) sebagai ‘furqan’ (batas pemisah kebenaran dan kebatilan). Bahagialah manusia yang mengikuti seruan dan jejak mereka dan celakalah mereka yang memusuhi dan menentangnya. (Ibnu Qoyim: Fadhilah Ahlul Bait-Jala'ul-Afham)
3). Pembai’atan Al0Mahdi dilakukan di makam Ibrahim a.s, “Akan di bai’at seoarang laki-laki (Al-Mahdi) diantara maqam Ibrahim dengan sudut Ka’bah” (HR Ahmad, Abu dawud dan Hakim).
PERTEMBUNGAN ANTARA DUA KETURUNAN
Antara Baitun Nubuwwah Ibrahim a.s dengan persaudaraan darah Namrud/Dajjal (Brotherhood of Babylonian, Draconian Brotherhood).
"Men worshiped the DRAGON because he had given authority to THE BEAST and they also worshiped the beast and asked, “Who is like the beast? Who can make war against him?” -Revelation 13:4)
Wujud Dajjal adalah Hibrid Reptilia.
Skriptur Naga dan penculikan Dajjal:
1). Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. (Wahyu 12:4)
2). Maka timbullah peperangan di syurga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya. (Wahyu 12:7)
3). Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. (Wahyu 12:9)
4). Dan ketika naga itu sadar, bahawa ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu. (Wahyu 12:13)
5). Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. (Wahyu 13:2)
6). Dan aku melihat dari mulut naga dan dari mulut binatang dan dari mulut NABI PALSU itu keluar tiga roh najis yang menyerupai katak. (Wahyu 16:13)
David Icke dalam tesisnya menyatakan bahawa DAJJAL AKAN MUNCUL DENGAN BENTUK HIBRIDA REPTIL: Jika kita komparasi dengan literature Islam, ini sebenarnya tidak bertentangan. Istilah Reptil dalam Islam selalu di identikan dengan penjelmaan JIN, sebagaimana yang di riwayatkan banyak hadis. Dari skriptur diatas jelas sekali disebutkan tentang NAGA sebagai personafikasi Iblis JIN DAN SYAITAN. Dan juga disebutkan tentang pertemuannya dengan sang Nabi Palsu Dajjal. ROH NAJIS yang menyerupai KATAK pun menguatkan tesis David Icke, dimana katak dan roh yang serupa najis mencerminkan sifat kereptilan Dajjal.
Hipotesikal Icke tersebut sangat mirip dengan hadis ini:
"Apabila anda melihatnya dari jauh, maka ia adalah seorang laki-laki yang pendek, berbadan sangat gemuk, berkulit coklat merah yang mumi, pipinya merah, BERKEPALA BESAR, seakan akan kepalanya adalah (seperti kepala) ULAR, berambut sangat KERITING yang BERBINTIK-BINTIK, seakan akan rambutnya terbuat dari air dan kerikil, tebal berkelok-kelok, seakan-akan rambutnya itu adalah dahan-dahan pohon, dan ujung kedua tapak kakinya berdekatan, sedangkan tumitnya berjauhan." (Imam Ahmad)
Di manuskrip judaisme dan sumber-sumber alkitab banyak sekali keterangan tentang Namrud yang memiliki keterkaitan dengan Iblis. Dan disebutkan juga bahawa Namrud memiki darah ular(serpentseed) yang mengalir dalam tubuhnya. Berbagai bukti empiris berupa relif dan prasasti, juga mengidentikan Namrud dengan ular dan naga. Ada sebuah “seal” peninggalan babilonia kuno, yang melukiskan Namrud sedang berada di perahu ditemani seekor Naga. Berdasarkan komparasi diatas, sejauh ini rasanya cukup menguatkan hipotesisnya David Icke dari sisi persepsi keilmuan Islam. Dan cukup meyakinkan kita bahawa Dajjal adalah HIBRIDA REPTIL.
Dalam suatu riwayat, telah disebutkan asal usul Dajjal Lahir dari Ayah seorang dukun dan Ibunya keturunan Jin. Dan di riwayat lain disebutkan ciri orang tua Dajjal:
“Ayahnya adalah seorang laki laki yang berpostur tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang, seakan akan hidungnya adalah PARUH BURUNG. lbunya adalah seorang wanita besar, BERTANGAN PANJANG dan BERPAYUDARA BESAR.” (HR. Imam Ahmad dan At-Tirmizi)
Dalam prasasti, relief dan Patung peninggalan Sumeria Kuno, terdapat patung besar berparuh burung yang dianggap Dewa Shamash, dan juga ditemukan patung wanita berkepala ular yang sedang menyusui seorang bayi, dan ada juga ukiran patung perempuan Berpayudara Besar menyusui bayi. Riwayat islam terlalu simpang siur untuk di tarik kesimpulan, tapi pemerhati barat ada yang mengatakan itu semiramis dan namrud dan ada yang mengatakan bayi itu Annunaki. Dari komparasi dua sumber, sgt kuat untuk disimpulkan bahawa bukti-bukti empiris itu mengacu pada Dajjal. Karena kisah Dajjal memang telah popular pada masa sumeria, itu dikuatkan dengan hadis Nabi, dimana kisah Dajjal telah diceritakan oleh para Nabi sejak zaman Nuh a.s..
Skriptur-skriptur diatas, juga cukup menjelaskan bahawasanya Dajjal adalah makhluk yang telah lama ditunggu kelahirannya oleh Iblis(Draconian), dia diincar oleh bangsa Jin, dinanti kelahirannya, lalu diculik untuk di program akalnya. Dajjal telah diParsipkan sebagai raja sekaligus “monster perang” akhir zaman, ia adalah raja yang akan menerima mahkota Namrud dan kerajaan Babilonia Baru(NWO). Dia akan dibantu reptilian dan Illuminatus, memerangi keturunan para Nabi, keluarga, dan pengikut yang mengimani mereka.
KEMULIAAN KETURUNAN MUHAMMAD SAW
“Dunia tidak akan berakhir sampai seorang pria yang merupakan ANGGOTA KELUARGAKU, yang namanya adalah namaku, akan memimpin diatas orang-orang Arab.” (HR Tirmizi)
"Al-Mahdi akan muncul dan kepalanya bersorban. Bersamanya seorang penyeru yang berseru (kepada orang banyak), Inilah Mahdi Khalifatullah, karena itu ikutilah dia. (HR. Abu Nu'aim, dari ibn 'Umar r.a)
AL-MAHDI DALAM INJIL
"Kalian akan mendengar bunyi-bunyi pertempuran dan berita-berita peperangan… jika kalian melihat kebencian yang mendatangkan kebinasaan, yang diberitakan oleh Nabi Daniel, ada di tempat suci… Jika Allah tidak memutuskan memperpendek masa itu, tidak ada seorang pun yang dapat bertahan. Tapi karena mereka yang terpilih, hari-hari itu akan diperpendek… SEPERTI KOMET yang MEMANCAR DARI TIMUR, dan itu TERLIHAT SAMPAI KEBARAT, maka itu akan menjadi KEDATANGAN SANG PUTRA MANUSIA.” (Matius-24:6,12,22,27)
MAHDI DAN ISA BUKAN SATU WUJUD
Ada sebahagian ummat islam yang meyakini bahawa Al-Mahdi dan Isa a.s itu tidak akan datang kembali, tapi pendapat itu sudah lama terbantah telak. Namun ada lagi penganut paham sensasionis yang mengklaim bahawa Al-Mahdi dan Isa a.s satu kesatuan wujud. Ini sepertinya versi lain untuk mengukuhkan pendapat sebelumnya bahawa keyakinan Nabi Isa a.s akan datang kembali adalah hoax.
Penolakan mereka terhadap teori kedatangan kembali Isa a.s berlandaskan anggapan bahawa teori tersebut adaptasi dari versi “kedatangan” ummat nashrani dan yahudi. Namun Alhamdulillah pendapat-pendapat sperti itu pun telah tertolak, dan hanya sebahagian kalangan awam saja yang meyakininya.
"Tidak akan binasa suatu ummat, yang aku sebagai pemulanya, Isa ibn Maryam sebagai penutupnya dan al-Mahdi pada pertengahannya." (HR. Abu Nu'aim, Dari Ibn 'Abbas r.a)
“Sebuah kelompok orang dari ummahku akan membela kebenaran sampai dekat hari kiamat, dimana Isa anak Maryam akan turun, dan pemimpin kelompok ini akan meminta Isa, memimpin solat, namun Isa, menolaknya dan solat dibelakangnya.” (HR Muslim)
TANDA KEBANGKITAN
Apokalipsto kitab wahyu: 4 penunggang kuda
6:2 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda putih dan orang yang menungganginya memegang sebuah panah dan kepadanya dikaruniakan sebuah mahkota. Lalu ia maju sebagai pemenang untuk merebut kemenangan.
6:4 Dan majulah seekor kuda lain, seekor kuda merah padam dan orang yang menungganginya dikaruniakan kuasa untuk mengambil damai sejahtera dari atas bumi, sehingga mereka saling membunuh, dan kepadanya dikaruniakan sebilah pedang yang besar.
6:6 Dan aku mendengar seperti ada suara di tengah-tengah keempat makhluk itu berkata: "Secupak gandum sedinar, dan tiga cupak jelai sedinar. Tetapi janganlah rusakkan minyak dan anggur itu."
6:8 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda hijau kuning dan orang yang menungganginya bernama Maut dan kerajaan maut mengikutinya. Dan kepada mereka diberikan kuasa atas seperempat dari bumi untuk membunuh dengan pedang, dan dengan kelaparan dan sampar, dan dengan binatang-binatang buas yang di bumi.
Wacana 4 Penunggang kuda telah lama disebutkan dalam nubuat Injil sebagai 4 perkara yang akan menandakan alkhir zaman. Menurut tafsir Injil, 4 penunggang kuda symbol dari: War(Perang), Famine(Kelaparan), Death(Kematian), Conquest (Penaklukkan).
Di Injil di jelaskan, si PENUNGGANG KUDA PUTIH melambangkan “Penaklukan”, atau PEMBAWA KEMENANGAN. Sementara menurut tafsiran mayoritas umat nashrani, ia dilambangkan sebagai Anti Christ (Dajjal). Tapi kalau kita kalibrasikan ke literature islam, maka PENUNGGANG KUDA PUTIH, lebih menegaskan pada prediksi penaklukan yang dilakukan Al-Mahdi.
Ka’ab Ahbar rah.a seorang tabi'in yang terkenal memiliki banyak pengetahuan tetang Injil dan sumber-sumber israeliyat yang terpercaya. Pernah mengomentari penggalan skriptur wahyu diatas, menurut beliau, “Penunggang Kuda Putih” yang di maksud dalam bab wahyu tersebut adalah Imam Mahdi. Pandangan beliau juga dimuat di buku “Al Mahdi and The End Of Time”.
Ada kemungkinan Kuda Putih yang di maksud sebenrnya adalah “Zul Janah”, Kuda Putih Sayidina Hussein a.s yang diangkat ke langit dan nanti Zul Jannah akan dikirim kembali kebumi untuk di tunggangi Al-Mahdi a.s. Walahu a’lam.
Komparasi Hadis:
“Al-Mahdi akan MENAKLUKAN Kostantinopel dan Jabal ad-Dailam.” (HR Abu Nuaim)
• Komet (Bintang berekor):
“Seorang pemuda dari Ka'bah, Tuhan menguasai AL-Arz dan Al-Mahdi dalam perang dunia yang mengerikan, dengan seluruh musuh yang bergabung. Telah dekat keluarnya bersama BINTANG BERAPI yang mempunyai LIDAH API (komet). Dan tandanya adalah kehancuran Irak yang mengenaskan dalam perang dunia mengerikan dan pemuda tuhan itu sudah hampir keluar, bencana diseluruh penjuru dunia arab…” (Manuskrip Ibnu Waisha” Hiyarah Ahl az-Zaman fi anba az-Zaman(4-M), Pustaka Dar Al-Kutub Al-Yunaniyyah, dihimpun oleh M.Isa Dawud.)
2012 bukan kiamat, tapi banyak pengamat yang berspkulasi kalau di tahun itu akan terjadi peristiwa besar, mereka mencocokannya dengan ramalan kuno, kitab-kitab seluruh agama, dan prediksi nubuwwah dalam litertur islam.
Hari kedatangan dan Fenomena Bulan Merah Darah:
“Sungguh, hari tuhan akan datang… Setiap bintang dan gugusan bintang akan berhenti bersinar; matahari akan gelap pada saat ia terbit, dan bulan tak akan bercahaya lagi”. (Yesaya 13:9-10)
“Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu..” (Yoel 2:31)
Berdasarkan pengamatan nasa, tahun 2015 diperkirakan akan ada fenomena bulan merah darah. Mark Biltz seorang pastor dari El Shaddai Ministries menggunakan NASA untuk menegaskan pengamatannya, ia menyimpulkan berdasarkan Fenomena Bulan Merah Darah yang akan nampak pada 2015, sesuai dengan prophecy dua ayat diatas. Fenomena Red “bloody” Moon pada 2015 tersebut, sekaligus mengawali fase kedatangan kembali Jesus (Second Coming of Jesus). Walau sebenarnya itu lebih tepat untuk dinyatakan sebagai fase kedatangan Al- Mahdi, sesuai rentetannya. Sayangnya, pemerhati islam belum ada yang menyinggug soal fenomena ini.
TITIK TEMU SUNNI-SYI’AH PERIHAL AL-MAHDI
Tidak ada perbedaan yang mencolok dari sudut pandang Syiah maupun Sunni menyangkut persoalan ke-Mahdi-an ini. Perbedaan pandangan Sunni-Syiah terletak pada zahir Al-Mahdi, Mayoritas ulama sunni meyakini Al-Mahdi akan lahir di Makkah, sedangkan Syiah berkeyakinan Al-Mahdi sudah lahir sejak sya’ban tahun 255 H.
Tapi sebahagian ulama sunni seperti Ibnu Al-Arabi, Abu Nu’aim, Al-Baihaqi dan Ibnu Hajar, juga berpendapat sama dengan kalangan Syiah. Wallahu A’lam. Syiah pun sama halnya dengan sunni, banyak sekte dan semapalan dalam manhajnya, namun secara garis besar aqidah mereka tidak dihukumi sesat oleh sebahagian Ulama sunni. Tapi yang pasti, Al-Mahdi adalah penutup perseteruan Manhaj. Penegas Dakwah ‘ala minhajin Nubuwwah, lalu melebur kebekuan polemik Sunni dan Syiah.
No comments:
Post a Comment