Friday, February 28, 2014

SOAL JAWAB BERKENAAN HANDPHONE DAN SOLAT

1). Pertanyaan: Apa yang harus dilakukan jika handphone berbunyi pada saat solat? Perlukah kita mufarakah (keluar) dari solat? Bolehkah kita mematikan handphone (handset) yang bebunyi di dalam solat atau meneruskan solatnya dan membiarkan handphone terus berbunyi?

Jawab: Pertama kali yang perlu kita lakukan adalah mematikan handphone sebelum solat. Apabila seseorang lupa melakukannya dan handphone itu berbunyi, maka dengan pergerakan yang minimum (amaalulqaliil), dia seharusnya menekan batal panggilan pada handphone, contoh: seseorang membatalkan panggilan pada handphone dengan menggerakkan tangannya pada saku yang terdapat handphonenya dan solatnya itu masih sah. Seseorang tidak perlu mufarakah (keluar) dari solatnya. Apabila seseorang membiarkan handphone terus berbunyi solatnya tetap sah, akan tetapi dia berdosa karena menganggu orang lain yang sedang solat.

2). Pertanyaan: Apakah perbedaan antara `amaalulqaliil` dan `amaalulkatsiir`?

Jawab: Terdapat ikhtilaf (perbedaan pendapat) diantara para fuqahaulkiraam dalam menterjemahkan maksud `amaalulqaliil` dan `amaalulkatsiir`. Pendapat yang diambil oleh sebahagian besar ulamaulkiraam ialah suatu perbuatan/tindakan yang memberi kesan kepada orang yang berada di sekitar yang tidak di dalam solat ialah `amaalukatsiir`, sedangkan perbuatan/ tindakan yang tidak menimbulkan perhatian/kesan ialah `amaalulqaliil`.

3). Pertanyaan: Apa yang perlu dilakukan apabila handphonenya terus berbunyi berulang kali di dalam solat? Setelah menekan batal panggilan pada handphone, bolehkah menekan batal panggilan pada kali yang kedua jika handphone terus berbunyi?

Jawab: Seseorang boleh menekan batal panggilan pada handphone secara berulang dan ini termasuk dalam `amaalulqaliil`. Apabila suatu perbuatan/ tindakan menekan batal panggilan pada handphone secara berulangan menjadi gerakan yang jelas dapat dilihat orang yang berada di sekitar yang tidak di dalam solat, dan orang yang di dalam solat itu merasakan tidak berada di dalam solat, maka solat orang itu menjadi batal hukumnya.

4). Pertanyaan: Berapa kali seseorang boleh menekan batal panggilan pada handphone dalam gerakan yang sama? Berapa kali seseorang boleh menekan batal panggilan pada handphone sepanjang di dalam solat, dan bagaimana solat seseorang jika dia menekan batal panggilan pada handphone sebanyak 3 kali di dalam gerakan yang sama?

Jawab: Sebenarnya seseorang dibolehkan untuk menekan batal panggilan pada handphone sebanyak 3 kali dengan syarat bahawa pergerakan yang minimum (`amaalulqaliil`). Solatnya masih sah apakah gerakan itu dibuat didalam gerakan yang sama atau lebih dari satu pergerakan.

Catatan: 1-3 gerakan tersebut tidak boleh secara berturut-turut. 2-3 pergerakan itu sekurang-kurangnya harus ada jeda waktu di mana seseorang boleh membaca “Subhana Rabbial A`laa” lebih dari 3 kali. Jika 3 gerakan itu semuanya dibuat dalam jarak waktu yang sama dalam membaca 3 tasbih atau kurang, menurut satu pendapat hal ini termasuk `amaalulkatsiir` dimana hal tersebut dapat membatalkan solat. Oleh karena itu, langkah hati-hati perlu diambil.

5). Pertanyaan: Seseorang tidak mampu menekan batal panggilan pada handphone dengan perbuatan (`amaalulqaliil`). Jika orang itu membiarkan handphone berbunyi, solatnya dan solat jamaah lain akan terganggu. Dalam kasus ini, bolehkah dia mufarakah (keluar) dari solatnya dan mematikan handphonenya supaya solat disambung/diteruskan dengan tenang?

Jawab: Jika seseorang tidak mampu menekan batal panggilan pada handphone dengan perbuatan `amaaluqaliil`, maka walaupun ada gangguan dari bunyi handphone, dia tidak boleh mufarakah (keluar) dari solatnya. Mufarakah (keluar) dari solat bergantung pada keadaan tertentu. Gangguan di dalam solat adalah tidak sah didalam syar’i untuk mufarakah (keluar) dari solatnya. (namun seseorang itu bersalah karena menganggu solat berjamaah. Kerana itu, setiap orang perlu memastikan setiap handphonenya telah di `off`kan sebelum mulai solat.)

6). Pertanyaan: Adakah perintah/anjuran berkaitan penggunaan Azan atau ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone pada handphone?

Jawab: Tujuan penggunaan ringtone pada handphone ialah untuk memberitahu kita bahawa ada orang lain ingin berbicara dan menghubungi kita. Ia adalah seperti orang yang mengetuk pintu rumah kita. Untuk menggunakan Azan atau ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan memberitahu kita bahawa ada panggilan adalah tidak tepat dan tidak sesuai. Hal tersebut merupakan salah satu perbuatan yang kurang beradab/tidak sopan untuk menggunakan kalimat yang suci dengan cara ini. Inilah sebabnya para fuqaha dan ulamaulkiraam melarang penggunaan kalimat-kalimat suci ini untuk tujuan seperti ringtone dan yang kurang sesuai dengannya. Oleh karenana itu adalah salah untuk download Azan, Naat, Qasidah, Zikir dan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone.

Dengan lebih terperinci lagi, kadang-kadang handphone seseorang secara tiba-tiba berbunyi pada saat di dalam toilet. Akibatnya ringtone yang digunakan (Naat, Qasidah, Zikir dan ayat-ayat Al-Quran) berkumandang di dalam toilet. Hal ini seolah-olah tidak menghormati dan tidak beradab dengan kalimah-kalimah tersebut. Oleh karena itu setiap orang perlu melatih dan mengingatkan dirinya bahawa tidak menggunakan Azan, Naat, Qasidah, Zikir dan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone, gunakanlah hanya ringtone yang normal saja.

7). Pertanyaan: Apakah dibenarkan untuk mengguna ringtone yang berbentuk hiburan/nyanyian/musik?

Jawab: Hal ini tidak dibenarkan dan adalah dosa besar untuk menggunakan ringtone yang berbentuk hiburan/nyanyian/music pada handpone seseorang.

RUJUKAN:  `Masail - e-mobile`. Karangan Mufti Muhammad Salmaan Mansurpuri. (beliau telah merujuk pada gurunya, Maulana Mufti Irtidaa Ul-Haq Hassan Saheb dan Darul Ifta, majlis fatwa dari Darul Uloom Deoband). Mazahirul Uloom, Saharanpur, India.

No comments:

Post a Comment