Thursday, March 6, 2014

KISAH KETAQWAAN SEORANG PEMUDA

Seorang telah makan buah yang hanyut di sungai. Tetapi ia menyesal kerana tak izin pemiliknya, setelah ikuti arus maka dia dapati sebuah kebun dan langsung temui pemiliknya setelah cerita ehwal dan minta keikhlasannya maka pemilik kebun terkesan dan katakan, “Saya akan memaafkan kamu tetapi kamu harus berkhidmat kepada kebun saya selama setahun dan setelah itu harus kawin dengan anak saya yang buta tuli dan buntung kai tangan. Pemuda itu setuju yang penting dosanya di maafkan, maka lepas setahun dia telah dikahwinkan dengan wanita normal yang cantik.

Dia kata apakah ini tidak salah? Pemilik kebun katakan Tidak!! inilah anak saya yang tak pernah melihat barang haram dan tak dengar haram dan tak berjalan menuju tempat haram. Dari perkahwinan lahirlah Abdul Qodir Jaelani Rah.

Seorang Pemilik kebun telah perintah penjaga kebun yang telah khidmad 10 tahun, agar ambilkan delima yang manis. Setiap kali disodorkan selalu yang kecut. Pemilik marah dan katakan, “Kamu jaga kebun 10 tahun tetapi tak tahu delima manis dan kecut?”

Khadim itu katakan, “Ya Tuan saya hanya disuruh jaga dan telah saya jalani selama 10 tahun tak pernah mencicipi delima yang saya jaga kerana tak ada perintah dari tuan”.

Pemilik kebun takjub dan akhirnmya menikahkan dengan puterinya dan dari perkawinannya lahirlah Abdullah bin Mubarak, Ulama Hebat yang mempunyai tertib hidup setahun berjihad dan setahun berhaji.

Sewaktu Abdullah bin Mubarak mengajar hadits maka dia bersin sehingga ucapannya Alhamdulillah telah dijawab oleh ratusan ribu muridnya dengan YarhamukAllah sampai terdengar oleh Raja Harun Arrasyid. Beliau kirim orang untuk selidiki apa yang terjadi, tetapi pelayan katakan tak ada apa apa kecuali kerana Syeikh telah bersin. Allah Akbar!! Inilah dia menunjukkan bahawa Taqwa mendatangkan Rizki dari arah yang tak disangka.

No comments:

Post a Comment