Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Zainal Abidin lll di Terengganu, Baginda Sultan sentiasa merujuk dan meminta nasihat Al-Marhum Engku Sayyid Tokku Paloh dalam segala hal termasuk pentadbiran Terengganu.
Ketika Inggeris cuba berunding meminta sedikit tanah Terengganu (Kononnya nak bantu majukan Terengganu) kepada Sultan Zainal Abidin lll, Baginda Sultan menitahkan mereka berjumpa Tokku Paloh, kerana katanya Terengganu ini ada tuannya. Kalau ingin pergilah berjumpa Tokku Paloh, Kerana beliaulah Tuan Tanah.
Ketika Inggeris cuba berunding meminta sedikit tanah Terengganu (Kononnya nak bantu majukan Terengganu) kepada Sultan Zainal Abidin lll, Baginda Sultan menitahkan mereka berjumpa Tokku Paloh, kerana katanya Terengganu ini ada tuannya. Kalau ingin pergilah berjumpa Tokku Paloh, Kerana beliaulah Tuan Tanah.
Beberapa Pegawai Inggeris pun pergi ke rumah Tokku Paloh itu untuk berunding. Tokku Paloh bertegas tidak mahu memberi walau seinci pun tanah di Terengganu. Inggeris yang berang bangun untuk menunjukkan kemarahan tetapi kerusi pula melekat dipunggung mereka. Lalu Tokku Paloh memerli mereka: "Sudahlah tanah kita mahu diambil, kerusi kita pun mahu dibawa lari…"
Selepas itu inggeris cuba mengajak Tokku Paloh berunding di atas kapal perang. Tujuan mereka adalah untuk mengugut secara halus ataupun psikologi dengan mempamerkan kekuatan angkatan laut mereka dengan meriam besar disetiap kapal yang mampu membedil pantai Terengganu, Tokku Paloh yang ketika itu berada di tepi pantai cuma menyengetkan serbannya lalu seluruh armada kapal laut Inggeris turut senget sama! Kapal mereka senget beberapa kali dan kejadian itu menjadikan mereka panik dan membatalkan niat mereka.
Pada masa yang lain pula, mereka sekali lagi datang tanpa diundang dan menghampiri perairan Terengganu serta melepaskan beberapa das tembakan meriam dan senapang menghala ke udara. Penduduk menjadi cemas dan keadaan menjadi huru hara, Sekali lagi Sultan Zainal Abidin lll menyerahkan urusan ini kepada Tokku Paloh, Tokku Paloh datang bersama Haji Abdul Rahman Limbong, Sheikh Ibrahim dan Tok Kelam.
Mereka berjalan sekitar pantai. Apa yang mengejutkan Pihak Inggeris melihat ada puluhan ribu pahlawan-pahlawan Melayu siap bersenjata disepanjang pantai. Sekali lagi Inggeris membatalkan niat mereka dan berpatah balik. Sedangkan yang ada ketika itu hanyalah Tokku Paloh dan beberapa orang. Segala peristiwa Ini menyebabkan Pihak Inggeris takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup.
Selepas Engku Sayyid Tokku Paloh meninggal dunia pada bulan September 1918, Barulah Inggeris dapat mencampuri pentadbiran Terengganu dan melantik Pegawai British-Terengganu, melalui Perjanjian pada 24 Mei 1919 diantara Sir Arthur Handerson dengan Al-Marhum Sultan Muhammad Muazzam Shah.
Sekurang-kurangnya dua kali Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh. Peristiwa pertama berlaku semasa Tokku Paloh tidak solat berjemaah bersama dengan murid-muridnyanya. Para ahli jemaah mendapati ada orang yang tidak pernah dilihat berserban hijau dan memakai jubah menjadi imam pada subuh itu. Selesai solat, orang yang tidak dikenali itu duduk bersandar di tiang hujung di sebelah kanan balai itu sambil berwirid sebelum menghilang.
Tokku Paloh tahu hal ini, lalu berkata kepada murid-muridnya, ”Kamu tahu tak siapa yang menjadi imam subuh tadi?” Masing-masing diam dan Tokku Paloh terus berkata, “Beruntunglah kamu, yang menjadi imam itu tadi ialah Nabi Khidir a.s. Dapat pahala besarlah kamu.” Kali kedua Nabi Khidir a.s. datang berjemaah Subuh di balai itu ketika Tokku Paloh menjadi imam.
Bissirril Al-Fatihah
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment