Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek lahir yang terkemuka lahir pada 100 AD telah melukis sebuah peta pada awal abad kedua Sebelum Masehi yang dinamakan "Golden Chersonese" yang bermaksud Semenanjung Emas.
Nama Golden Chersonese ini diberikan kerana Semenanjung ini mempunyai emas yang terbanyak di dunia, Dimana Semenanjung Emas yang dimaksudkan? Dimana lagi kalau bukan Semenanjung Tanah Melayu, yang pada waktu itu sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.
So maknanya? 2000 Tahun Lebih yang lepas, Nenek Moyang kita sudah melombong emas dan membekal emas. Beberapa loji-loji emas kuno dijumpai berselerak di Semenanjung Melayu, Dan negeri Pahang adalah sumber emas yang paling banyak, Beberapa loji emas kuno juga telah dijumpai oleh Hugh Clifford di tembeling.
Nabi Sulaiman juga pernah mengambil emas dari Mount Ophir iaitu Gunung Ledang. Malah di dalam kitab injil hebrew versi raja james juga ada menyebutkan tentang mount ophir. Tu belum cerita gedung emas Nabi Sulaiman yang ada di tanah Melayu.
Bangsa Melayu ini adalah bangsa yang penuh misteri dan mempunyai sejarah yang panjang, Malah sebelum kelahiran Nabi Muhammad Saw, Bangsa Melayu telah meyakini Tuhan itu SATU tiada duanya. Bangsa Melayu adalah bangsa Tauhid. Sebab itu bangsa kita mudah menerima dakwah Islam yang dibawa oleh sahabat Nabi dan Para Ulama Pendakwah serta Para Waliyullah seperti Wali Songo.
Siapa sebenarnya Bangsa Melayu? Apa rahsia Bani Jawi? Mengapa kita menggunakan huruf Arab dalam bahasa Jawi? Mengapa bangsa lain yang menganuti agama Islam tiada Bahasa Jawi seperti kita? Mengapa bangsa kita susah untuk murtad dari Agama? Mengapa bangsa kita mudah menerima dakwah Islam? Mengapa Syarat Bangsa Melayu adalah Beragama Islam? Mengapa Claudius Plotemy boleh melukis Peta Semenanjung Emas sebelum kedatangan Portugis, Belanda Dan British ke Tanah Melayu?
Fikirkan....Kita sebagai Bangsa Melayu kena tahu sejarah bangsa kita. Agar JATIDIRI kita Teguh. Saya jarang kongsi bab ni sebab ramai kata saya mengarut ! Tapi itu tidak mengapa masih ramai lagi yang percaya dan turut mengkaji bangsa ini seperti saya sendiri.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment