Jika kita telesuri sepanjang ratusan tahun kita boleh lihat banyak Kesultanan Melayu yang dihapuskan. Satu demi satu runtuh , sejumlah kerajaan Melayu lain di Sumatera dan Kalimantan juga lenyap dihapus kolonial Belanda. Kesultanan Patani dihapuskan oleh Thai Siam. Kesultanan Sulu pula diporak perandakan Sepanyol dengan agenda murtad secara paksa dan Kesultanan Melayu Riau Lingga dimusnahkan penjajah belanda.
Pada 1946, tidak kurang daripada enam buah kerajaan Melayu di Sumatera tumbang akibat keganasan atau genosid Melayu yang diberi nama 'rasmi' Revolusi Sosial Sumatera Timur. Kezaliman pengganas komunis atau pro Republik Indonesia menyaksikan tanggal 3 Mac 1946 sebagai peristiwa berdarah bagi bangsa Melayu di Sumatera. Sentimen anti feudal tidak terbendung lagi dahagakan darah. Istana dibakar, kaum kerabat raja dibunuh secara besar-besaran bahkan para puteri diperkosa di depan sultan.
Pembantaian komunis atau gerakan anti kesultanan bukan sahaja memangsakan orang Melayu Islam yang menghuni di wilayah pesisir. Malah, orang Karo dan Simalungun di kawasan pedalaman juga tidak terkecuali. Tragedi 1946 yang memusnahkan kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera berulang lagi pada 1964. Tapi kali ini nun di Pulau Borneo dengan bentuk kekejaman sama!
Tragedi Bultiken menghapuskan Kesultanan Bulungan di Kalimantan. Kekejaman berlaku mulai waktu Subuh 3 hingga 18 Julai 1964 apabila pasukan tentera Indonesia mengepung dan membakar istana yang terdiri daripada dua tingkat, merampas harta benda milik Kesultanan Bulungan. Kerabat diraja Bulungan diculik, ditangkap dan dibunuh termasuk dengan cara diikat dengan pemberat lalu ditembak dan dibuang ke laut!
Demikianlah nasib sejumlah kesultanan Melayu di tangan penjajah Sepanyol, Belanda , Siam dan pro republik.
Senarai nama Kesultanan Melayu ini hanya tinggal sejarah yang mengalirkan banyak air mata dan darah...
1. Kesultanan Melayu Singapura (1299-1930an)
2. Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511)
3. Kesultanan Melayu Sulu (1457–1917)
4. Kesultanan Melayu Patani (1516–1902)
5. Kesultanan Melayu Langkat (1568-1946)
6. Kesultanan Melayu Deli (1632-1946)
7. Kesultanan Melayu Serdang (1726-1946)
8. Kesultanan Melayu Asahan (1632-1946)
9. Kesultanan Melayu Siak Sri Inderapura (1723-1946)
10. Kesultanan Melayu Pelalawan (1725-1946)
11. Kesultanan Melayu Indragiri (1347-1963)
12. Kesultanan Melayu Jambi (1687-1904)
13. Kesultanan Melayu Pagaruyung (1347-1833)
14. Kesultanan Melayu Riau-Lingga (1824-1911)
15. Kesultanan Melayu Acheh (1496-1874)
16. Kesultanan Melayu Pontianak (1771-1950)
17. Kesultanan Melayu Banjar (1526-1860)
18. Kesultanan Melayu Kutai Kartanegara (1300-1960)
19. Kesultanan Melayu Bulungan (1731-1964)
20. Kesultanan Melayu Sambaliung (1810-1960)
21. Kesultanan Melayu Makassar (1512-1945)
Kesemua kesultanan Melayu di Nusantara di atas sudah runtuh. Sekarang hanya berbaki 10 kesultanan Melayu dengan institusi beraja paling lama bertakhta di Nusantara masih ada di Malaysia (Semenanjung Tanah Melayu) dan Brunei Darus Salam.
1. Kesultanan Perak
2. Kesultanan Kedah
3. Kesultanan Pahang
4. Kesultanan Johor
5. Kesultanan Selangor
6. Kesultanan Perlis
7. Kesultanan Kelantan
8. Kesultanan Terengganu
9. Kesultanan Negeri Sembilan
10. Kesultanan Brunei
Insyallah selagi hayat dikandung badan, saya sedia mengorbankan nyawa demi mempertahankan Kesultanan Melayu yang masih wujud sehingga hari ini! Kita orang melayu sudah menghadapi berbagai ancaman dan cubaan untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, namun dengan izin Allah kita masih dapat mempertahankan Instituti Raja-raja Melayu sehingga hari ini.
Kesultanan adalah berasal dari ISLAM. Para Pendakwah terdahulu mengislamkan Raja-raja Melayu di Nusantara dan diberi gelar Sultan dan nama Islam. Kerajaannya pula ditukar menjadi Kesultanan, jadi selagi kita masih bergelar Melayu - Islam kita wajib mempertahankan Raja-raja Melayu kita hari ini. Janganlah hendaknya ada diantara kita yang sanggup menjadi Pengkhianat demi Harta Kuasa dan Darjat. Biarlah kita mati kerana berjuang daripada mati sebagai Pengkhianat Agama bangsa dan negara!
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia Selagi Berpegang Teguh Pada Islam."
"Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara."
Nama tuah kian terbilang,
Digeruni lawan serta kawannya,
Islam dan melayu sangat terbilang,
Kuat dan hebat akan kesatuannya.
Anak melayu penduduk asal,
Sejarah terbukti akan kuatnya,
Pertahan hak penduduk asal,
Islam dan melayu kuat perpaduannya.
Harimau lapar jangan diganggu,
Bila diganggu buruk padahnya,
Perlembagaan islam teguhkan Melayu,
Siapa langgar buruk padahnya.
Mahamar Qubra kianlah hampir,
Tanda kiamat hampirkan jelas,
Kemenangan islam semakin hampir,
Sembojan jihad terdengar jelas.
Tuah jebat satu agama,
Agama islam berbangsa melayu,
Pertahan islam mempertabatkan agama,
Kita satu rumpun melayu.
Nabi Muhammad pesuruh Allah,
Kita berasal Nur Muhammad,
Berdoa, berusaha kerana Allah,
Berjaya islam jiwa tersemat."
Takbir Allahhuakbar!!! 3x Solu'alan Nabi…
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment