Tuesday, January 5, 2010

MASJID TENGKERA MELAKA

Masjid kedua yang tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu Melaka. Masjid Tengkera dibina pada tahun 1728, Maknanya usianya masjid ni dah 292 Tahun. Pada pengamatan saya, Masjid ini mempunyai senireka Melayu Melaka, Jawa dan China. Bumbungnya berlapis 3, dengan bentuk seakan-akan piramid. 

Ruang di antara lapisan-lapisan bumbung ini membolehkan kemasukan udara dan cahaya ke dalam masjid. Mereka percaya bahawa lapisan paling atas bumbung masjid bererti iman manusia kepada tuhan, lapisan kedua, hubungan manusia dengan manusia dan ketiga membawa maksud alam semula jadi yang menghubungkan manusia dengan Pencipta. 

Struktur bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid, yang kemudiannya membawa kepada tiang-tiang penyokong yang lain. Masjid ini juga mempunyai tembok rendah yang memagarkan kawasan masjid.

Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaan China Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina.

Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment