Bawang putih ni antara tumbuhan yang Allah ciptakan untuk memberi pelbagai khasiat kebaikan dari segi kesihatan kepada manusia. Semenjak kecil saya dah tengok berbagai cara orang manfaatkan bawang putih , ada yang dibakar , ada yang diperam dengan madu , ada yang dimakan mentah-mentah. Dulu masa kecik selalu tengok mak bakar bawang putih Lepastu tenyeh kat minyak zaitun untuk sapu kat dada adik-beradik kalau batuk dan selesma.
Bawang putih ni memang banyak sangat khasiatnya , Malah doktor moden sendiri akui bawang putih memang berkhasiat , Ianya bukan kategori buah atau sayuran tetapi herba. Dalam bawang putih ni ada ALICCIN & AJOENE. Ianya adalah bahan yang bersifat antikanser yang kuat khususnya kanser payudara , prostat , usus , kulit , Rahim , pundi kencing , paru-paru dan Jantung. Selain itu ianya membantu dalam masalah radang yang bertindak sebagai anti kulat dan menghalang jangkitan bakteria. Jadi ianya memang sesuai untuk batuk , selesma , demam dan sakit tekak.
Tapi lain orang lain cara penyediaannya , Saya dah tengok berbagai petua dan cara penyediaan, Bawang putih yang paling elok digunakan yang masih fresh , Tidak terlalu kering , tidak terlalu lama dalam peti ais ataupun terlalu lama disimpan. Kalau terlalu lama dipanaskan dalam oven bawang putih akan hilang khasiat sebagai anti kanser , Kalau simpan terlalu lama dalam peti ais akan hilang separuh khasiatnya , dan kalau digoreng akan hilang sepenuhnya ALICCIN bahan antikanser yang ada dalam bawang putih tu.
Jadi cara terbaik untuk dapatkan khasiat antikanser bawang putih adalah dengan cara , ketuk 3 ulas bawang putih , biarkan dalam 10 minit dan campur dengan madu atau air suam pun boleh , baru minum. Kalau bawang putih bakar memang ada khasiatnya tapi dah kurang sebab bahan khasiat dibentuk oleh tindak balas enzim , jika dibakar terlalu lama enzim belum sempat bertindak balas dan enzim akan mati sebab haba yang terlalu panas. Sebab itu perlu ketuk dan biar 10 minit untuk biarkan enzim tu bertindak balas . Ini cara memanfaatkan yang paling terbaik bagi bawang putih.
*Amalkan makan/minum bawang putih setiap hari , banyak sangat khasiatnya untuk lelaki dan wanita. Tapi jangan amal banyak sangat pulak setiap hari , cukup sekadar 3 ulas sehari . Sebab kita pun perlukan probiotik iaitu bakteria baik untuk lawan penyakit lain.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment