Tuesday, January 5, 2010

KALAM TOKKU PULAU MANIS

“Berjalanlah dirimu kepada ALLAH dengan berpakaian SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT dan MAKRIFAT. SYARIAT itu adalah pakaian NABI Sallahu Alayhi Wasallam, TARIKAT itu adalah perjalanan NABI Sallahu Alayhi Wasallam, HAKIKAT itu adalah Batin Nabi Sallahu Alayhi Wasallam dan MAKRIFAT itu adalah rahasia Nabi Sallahu Alayhi Wasallam. 

Berpakaian SYARIAT sahaja tanpa HAKIKAT adalah FASIQ, HAKIKAT sahaja tanpa SYARIAT adalah ZINDIQ. Seorang yang berada di Alam SYARIAT sahaja adalah masih tertipu kerana apa yang dilihat dan didengar oleh SYARIAT tidak menjamin akan kebenaran HAKIKAT, Justeru itu seseorang perlu menyelami lautan HAKIKAT dan tiada cara untuk menghubungkan antara Ilmu SYARIAT dan Ilmu HAKIKAT melainkan berilmu dan mengamalkan TARIKAT.

Apabila dadamu benar-benar memiliki rahsia Ilmu para AULIYA, engkau akan memahami kenapakah mereka itu amat kuat takut pada ALLAH, amat kuat berpegang pada SYARIAT, amat WARA’ dalam setiap pekerjaan, amat ZUHUD pada dunia, amat REDHA dengan takdir ALLAH, amat kuat IBADAH NYA, amat baik akhlak JIWA NYA, amat kuat TAWAKAL NYA, amat tinggi SYUKURNYA dan amat tinggi CINTANYA pada ALLAH dan RASUL. 

Mereka memiliki penglihatan yang tidak dapat dilihat oleh Mata Biasa, ia adalah NUR yang dicampakkan ke dalam dada oleh ALLAH SWT sehingga tembus penglihatannya pada Alam RAHASIA, FANA dan BAQA ia dengan kekasihnya. 

Fahamilah ia rahsia CAHAYA di sebalik CAHAYA. Berbahagialah mereka yang mencapainya dan merekalah yang sebenarnya telah mencapai kejayaan HAKIKI baik Dunia atau Akhirat."

BISSIRRIL FATIHAH 

TOKKU PULAU MANIS (1650-1736)

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment