Tuesday, January 5, 2010

SARANG ANGKUT ANGKUT DAN DAUN SEMALU

Petua Penawar Sakit Kulit / Bengkak / Bengok / Kanser / Gout. 

1. Cari sarang angkut-angkut, seeloknya sarang yang dari rumah kita sendiri, tapi kalau kat rumah kita ambil kat tempat lain pun takpa. Bersihkan buang semua telur dan anak angkut-angkut, ambil tanahnya sahaja.

2. Seterusnya, ambil daun semalu dalam kiraan ganjil (Nak senang ambil 13 tangkai), lurutkan semua daun tu, campurkan dengan tanah sarang angkut-angkut yang dah dibersihkan serta campur dengan sesudu air zam-zam.

3. Tumbuk semua tu bagi lumat dalam keadaan diri kita bersih dari hadas, seeloknya semasa menumbuk tu jangan bercakap dan banyakkan berselawat. 

4. Selepas selesai tumbuk, baca al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali dan surah al-Baqarah ayat 22. Lepas tu niatlah moga ikhtiar kita ni menjadi asbab untuk sembuhkan penyakit. 

5. Sapukan di tempat yang sakit. Ulangi buat beberapa kali seadanya. Kepada Allah kita berserah. Sesungguhnya Allah lah penyembuh segala penyakit.

*Sarang angkut-angkut ni bukan sebarang tanah. Ianya adalah tanah yang terbaik dipilih oleh angkut-angkut, depa buat sarang bukan main ambik ikut dan ja mana-mana tanah. Daun semalu pula memang khasiatnya untuk mengecutkan sel kanser. Moga Bermanfaat Buat Kalian.

UBAT DEMAM PANAS

Ramai orang kita kalau nampak sarang angkut-angkut ni kat rumah, kita buang je. Sedangkan sarang ni banyak sangat khasiatnya buat ubat untuk macam-macam penyakit. Salah satunya demam panas, ada sesetengah orang yang walaupun dah pergi hospital atau makan ubat, demam panas tak turun-turun, haa kalau tak kebah-kebah tu bolehlah cuba guna sarang angkut-angkut ni. 

1. Cari sarang angkut-angkut yang biasanya melekat kat tiang rumah atau kat papan-papan. 

2. Bersihkan dan buang telur serta anak-anak angkut kat dalam sarang. 

3. Bakar sarang tu sampai jadi merah.

4. Masukkan sarang tu dalam air bersih atau air zam-zam. 

5. Biarkan sarang tu mendap kat bawah dalam beberapa minit. 

6. Minum air yang dibahagian atas. 

Insyallah panas akan turun/keluar dalam badan. Sebelum minum tu bacalah bismillah dan selawat, Niat moga Allah hilangkan panas dalam badan kita. Segala petua atau ikhtiar hanya asbab, Yang menyembuhkan adalah Allah S.W.T 

Kalau demam panas jangan mandi di siang hari.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment