Wednesday, January 6, 2010

PERTEMUAN MAT KILAU - DATO’ BAHAMAN

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersolat Jumaat. Selepas solat, Mat Kilau membaca Quran seketika (tak pasti surah apa) dan kemudiannya arwah mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Setelah pengumuman, Mat Kilau dibawa pulang ke rumahnya semula di Batu 5 Jalan Gambang, Kuantan. Ketika itu kedengaran pula di Peramu, Kuantan ada seorang tua yang bergelar Tok Guru Peramu. Ketika itu menantu yang juga adalah murid Mat Kilau (Haji Abu Bakar) bertanya siapakah sebenarnya gerangan Tok Guru Peramu itu. 

Mat Kilau menjawab itu "Orang Hanyut". Maksud sebenar Mat Kilau Orang Hanyut adalah "Orang dari Hulu Semantan yang ke hilir ke Kuantan". Bermakna Tok Guru Peramu adalah Dato' Bahaman. Mat Kilau meminta Haji Abu Bakar menemaninya ke Rumah Tok Guru Peramu atau Dato' Bahaman. 

Haji Abu Bakar pun pergi bersama Mat Kilau berjumpa Tok Guru Peramu. Bila sampai sahaja dihadapan rumah Tok Guru Peramu, Tiba-tiba Tok Guru Peramu Peramu menuding jarinya kearah Mat Kilau dengan mengatakan Mat Kilau “orang jahat mulut” yang bermaksud Mat Kilau telah membuka rahsia dirinya.

Selepas itu mereka berdua berpelukan dengan begitu erat untuk beberapa seketika. Pelukan itu jelas adalah pelukan yang siapa memandangnya juga akan merasa sebak. Kerana Tok Guru Peramu tahu Mat Kilau akan menemui ajal tidak lama lagi. 

Mereka berdua tahu akan petanda ajal, kerana mereka bersama bersumpah bersama sahabat perjuangan yang lain. Dan pantang Sumpah Para Pahlawan itu adalah dilarang mendedahkan identiti sebenar mereka sepertimana yang dilakukan Mat Kilau kerana telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau Anak Tok Gajah. 

Jika seorang pahlawan yang engkar dan melanggar sumpah itu, maka pahlawan itu akan menemui ajalnya dalam masa yang terdekat atau beberapa hari. Ini mungkin kedengaran mengarut bagi yang tidak percaya tetapi terpulang diri anda masing-masing. Saya tak paksa anda untuk percayakannya. 

Sebelum Mat Kilau datang berjumpa Tok Guru Peramu, Tok Guru Peramu pernah berkata, “Kalau Mat Kilau hidup dia tak selamat, kalau selamat dia tak hidup”. Ada juga beberapa orang yang bertandang ke rumah Tok Guru Peramu yang bertanyakan soal Mat Kilau, jawapan Tok Guru Peramu lain-lain tetapi maksudnya tetap berkaitan ajal seperti "Agaknya Mat Kilau itu nak pendek umur." 

Semasa Mat Kilau muncul dan belum isytiharkan dirinya, Mat Kilau masih sihat dan boleh berjalan seperti biasa. Tetapi selepas saja pengakuan itu dibuat, Mat Kilau jatuh sakit, kakinya bengkak dan mulut nya herot atau senget. (Mungkin Mat Kilau telah dapat petanda besar mengenai ajalnya). Ilmu Allah tu luas. 

Dan ada satu lagi kisah di akhir hayat Mat Kilau berjumpa dengan beberapa orang. Orang itu adalah Mat Kelubi. Walaupun mengikut cerita sebenar Mat Kelubi telah mati ditembak dan dipenggal kepalanya di sungai tetapi Mat Kelubi hadir menziarahi Mat Kilau. Orangnya kecil tidak sampai 5 kaki. 

Dan menurut menantu Mat Kilau iaitu Haji Abu Bakar, ada suatu malam seorang yang tidak dikenali diiringi dua orang yang lengkap berpakaian seperti hulubalang zaman dahulu datang menziarahi Mat Kilau. Waktu itu Haji Abu Bakar agak letih. Orang itu mengucapkan terima kasih kepada Haji Abu Bakar kerana telah menjaga Mat Kilau. Mereka meminta izin untuk pulang dan terus ghaib dari pandangan mata kasar.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment