Wednesday, January 6, 2010

HATI KITA DAN ALLAH SWT

Rasulullah Saw bersabda, “Allah Azzawajalla sentiasa menghadap hamba-Nya secara berdepan ketika solat selagi hamba-Nya tidak berpaling. Sekiranya hamba-Nya berpaling maka Allah berpaling daripadanya. 

Hati seseorang yang menunaikan solat hendaklah sentiasa menghadap kepada Allah SWT dan berpaling dari selain-Nya. Jika hati kita tidak menghadap Allah dalam erti kata kita masih memikirkan hal duniawi dan makhlukNya ketika solat, ia adalah suatu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang, Dan seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. 

Setiap kali selepas menunaikan Solat, jangan kalut terus nak bangun lipat sejadah. Hendaklah kita bertawajjuh dulu kepada hati dan sentiasa memastikan hati kita dalam keadaan bertawajjuh kepada Allah Subhanahu Ta’ala. Lakukan selama beberapa minit sebelum bangkit dari tempat Solat sesudah itu.

Biasakan diri selalu memeriksa keadaan hati kita pada tiap-tiap satu jam untuk mengetahui sama ada kita ingat ataupun lalai kepada Allah dalam masa-masa tersebut. Jika lalai maka hendaklah beristighfar dan berazam untuk menghapuskan kelalaian itu pada masa akan datang sehinggalah hati kita sentiasa hadir dan sedar ke Hadhrat ZatNya.
Saya tahu untuk terus kekalkan Hati kita menghadap Allah S.W.T Bukanlah sesuatu yang mudah. 

Tidak kiralah dalam keadaan solat, tidak solat, tidur dan tidak tidur, bersendiri ataupun dalam masyarakat dan lain-lainnya, Tidaklah semudah yang dikata. Ianya memerlukan mujahadah yang berterusan dan bimbingan guru mursyid. Namun jika kita bertekad dan bersungguh-sungguh Insyallah kita pasti akan beroleh kemenangan yang Hakiki.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment