Wednesday, January 6, 2010

JANGAN TERLALU PERCAYA SEJARAH SEKARANG

Sejarah di Tanah Melayu kita ni banyak yang direka dan cipta oleh Puak Penjajah, malah orang-orang Melayu yang mempunyai kepentingan sendiri pun turut serta mengubah bagi mengekalkan tampuk pemerintahan mereka yang dibantu oleh puak penjajah. Kerabat-kerabat Raja yang dapat selamatkan diri dari kekejaman mereka ni ada yang hidup sebagai rakyat biasa.

Makam-makam mereka ini tidak semegah dengan makam-makam pengkhianat yang bersekongkol dengan puak penjajah. Kebenaran terus tertimbus dek ditelan zaman. Kalau korang nak mengetahui sesuatu kebenaran mengenai sejarah, Buat lah solat hajat dan mohon pada Allah agar dibukakan dan dipermudahkan jalan. 

Banyak kisah-kisah sejarah yang sebenar disimpan oleh orang-orang tua yang diceritakan oleh nenek moyang mereka turun temurun. Hanyalah merekalah yang menyimpan kebenaran itu dan ada juga sedikit yang dibukakan pada pengkaji sejarah yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran yang tidak menerima sejarah bulat-bulat sepertimana orang lain. 

Ada sesetengah makam hari ini adalah makam palsu yang direka oleh penjajah bersama rakan subahat mereka iaitu orang-orang kita sendiri yang mempunyai kepentingan tersendiri. Malah penulisan dan catatan sejarah pun banyak yang direka dan diputarbelit.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment