Wednesday, January 6, 2010

AKU MATI DALAM IMAN

“Jis aku tak mahu itu wang, aku tidak mengejar wang, Tapi aku buat ni semua untuk masyarakat melayu”.

Kita semua sedia Maklum Kebanyakan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ada Isi bukan kosong, Sebab apa? Cuba lihat Kebanyakan sindiran dan babak-babak dalam filem Allahyarham, Banyak yang benar-benar terjadi pada hari ini bukan? 

Dan Korang ingat lagi tak babak dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok" yang ajis tanya pramlee "Eh kenapa kau mati senyum? P.Ramlee Jawab "Aku mati dalam iman". 

Cuba bandingkan babak tu dengan perkongsian Dato Dr Ahmad Nawab ketika beliau ditemuramah. Waktu Ahmad Nawab pergi menziarahi jenazah Allahyarham, beliau antara orang yang terawal, Ketika melihat wajah Allahyarham, “P.Ramlee sedang tersenyum”. 

(Ramai rakan-rakan artis yang lain tak dapat lihat Jenazah Allahyarham P.Ramlee, kerana sebelum beliau meninggal dia dah siap pesan kat Allahyarhamah Saloma jangan bagi diorang tengok jenazahnya) .

Allahyarham Pramlee ni orang yang sangat baik, sama seperti Allahyarham Abam Bocey. Dia suka sedekah dan tolong orang. Kak ipar Allahyarham iaitu Mariani pernah cerita, dulu takde ATM, kalau nak ambik duit kena pergi bank. Kecuali hari Ahad je tak boleh sebab cuti. Masa tu Mariani, Allahyarham dengan isterinya Saloma keluar, ada orang datang kat P.Ramlee mintak tolong nak balik kampung tengok mak tengah sakit Tapi takde duit.

Tahu apa Allahyarham buat? Dia buka wallet dia bagi semua duit yang ada masa tu ada dalam RM200 (Tahun 60-70an, 200 tu banyak), isteri Allahyarham masa tu membebel kat P.Ramlee bila dia nampak Allahyarham bagi semua duit. Saloma kata kenapa bagi semua sedangkan hari ini hari Ahad, mana ada bank bukak. Allahyarham P.Ramlee jawab "Takpa la itu rezeki dia”. 

Bayangkanlah betapa pemurahnya Allahyarham. Dah la orang tu dia tak kenal tapi dia bagi jugak. Mariani dan kawan-kawan arwah kat Jalan Ampas cerita P.Ramlee ni pantang tengok orang susah mesti dia nak tolong. Waktu dia senang semua kawan-kawan dia tolong termasuk menjadi penjamin untuk loan. 

Tapi sayangnya lumrah dunia, waktu senang je orang baik dan rapat dengan kita, bila kita susah dan takde duit semua menjauh dan menyepi. Kawan-kawan dia hampir semua buat tak tahu bila Allahyarham tengah susah. Last Allahyarham Aziz Satar datang melawat, dia sebak sebab tengok kawan dia cuma makan nasi dengan telur. 

Allahyarham begitu kecewa di akhir hayat dia. Dia kata semua orang taknak dia dah, takde orang dah peduli pasal dia. Semua syarikat rakaman dan filem reject dia, TV dan radio takde yang bagi job untuk dia. Bila dia buat persembahan kena “Boo” dengan orang melayu kita. Allahyarham terpaksa mencari nafkah untuk anak bini dengan menjadi DJ dan menyanyi di majlis-majlis kahwin. 

Saya begitu kecewa pada orang-orang yang berpengaruh masa tu. Syarikat yang dia majukan macam EMI dan Shaw pun reject dia. Kawan-kawan semua hilang ntah ke mana. Rakyat pula dah tak minat dengan persembahan beliau. Kerajaan masa tu pun buat tak tahu je pasal Allahyarham. Bila dah meninggal baru sibuk nak sanjung nak buat kutipan dana lah, baru nak bagi Tan Sri lah. Begitulah lumrah dunia, Bila dah kehilangan baru tersedar. Bila dah takde baru nak nangis. Baru nak ambik tahu.

Begitulah sedikit sebanyak kisah Allahyarham. Tapi saya yakin apa yang terjadi semua ni ada beribu hikmah. Cukuplah saya dapat tahu Allahyarham meninggal dalam keadaan tersenyum itu sudah cukup buat saya tersenyum kembali bila merasa sebak dengan kisah hidupnya. 

Al-Fatihah buat Seniman Agung Melayu kita, Allahyarham Tan Sri P.Pamlee, tiada penggantinya, tiada duanya. Dialah satu-satunya.  “Ajis kalau aku mati nanti, aku tetap hidup seribu tahun lagi” (P.Ramlee). 

Wahai pejuang seni Melayu kami, Allahyarham Tan Sri Pramlee. Segala apa yang kau katakan memang benar. Kau masih hidup di hati kami. Kau masih hidup pada jiwa anak melayu hari ini. Walaupun pemergianmu dah berpuluh tahun, jangan risau kami akan pastikan anak cucu kami semua mengenalimu.

Tenanglah dikau di sana, semoga Allah merahmati ke atas mu. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah pada mu. Kami akan menyambung perjuangan mu untuk memartabatkan warisan melayu sehingga ke akhir hayat kami. 

Pergimu Tiada Pengganti, Terima kasih Allahyarham, kerana meninggalkan semua karya-karya lagu dan filem yang hebat buat kami dan generasi akan datang.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment