Wednesday, January 6, 2010

CERMINAN HATI

Sahabatku yang dikasihi sekalian. Asalnya Hati kamu bagaikan cermin yang berkilat. Sekarang cermin itu telah kotor dan penuh debu dan kamu mesti membersihkannya sedaya upaya kamu. Kerana cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya Rahasia ilahi. 

Bila cahaya mula menerangi hati kamu, lampu hati akan menyala, lampu hati itu ada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seperti bintang berkilauan terang benderang jika disuluh cahaya padanya. Mana mungkin tidak menyala jika cahaya Ilahi menyuluhnya. 

Sekiranya cahaya ilahi ini bersinar pada hati kamu, lampu rahasia ilahi akan menyala di dalam batin kamu, tabir-tabir akan terangkat dan kebenaran akan membuka tutupan mukanya. Hikmah kebijaksanaan akan muncul. Cahaya ilahi ini akan memancar pada hati-hati hamba-Nya yang Allah Berkehendak pada hamba-Nya yang berusaha dan berhajat. 

Namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment