Wednesday, January 6, 2010

PENDEKAR TEMBAK MELAYU

"Tatkala kita sudah berdiri, Maka hakikatkan lah diri kita "Alif". Kemudian maka naikkanlah bedil itu kepada pipi serta kita hakikatkan bedil kita di dalam "isim alam jalil" serta kita hilangkan kepada hati kita, kehendak kita dan kita kata tiada pedaya aku dan kuasa aku, Engkau juga yang mengenakan dan juga yang tiada mengenakan. 

Kemudian samakan petik yang guru tunjukkan itu hari, barulah petik. Tatkala kita duduk hendak berdiri membadil, kita hakikatkanlah suruh panjangkan "Lam Jallallah" tuju kepada sarung bedil kita. Maka ambil alamat taruh di dalam Jalallah kita ambil peluru taruh dalam Jalallah hakikat kita."

Manuskrip Ilmu Bedil

Hebatkan tok nenek moyang kita dahulu, sehinggakan nak menembak pun menggunakan elemen tasawuf. Kalau di zaman canggih hari ini, pembuatan peluru berpandu mengejar target, Nenek moyang kita pun ada tetapi menggunakan "Mantera". Adapun sebutir peluru tepat dulu disebut sebagai "Peluru Petunang" ianya adalah peluru yang telah dimanterakan.

Jika dibedil peluru itu tepat kena pada sasaran yang dihajati dengan keyakinan yang tinggi pada Allah. Tok nenek moyang kita bukanlah orang yang ketinggalan zaman, malah telah mengadaptasi senjata api untuk memanfaatkan situasi, ruang, waktu dan jarak tanpa membazirkan sebutir peluru. 

Kebanyakan perang di Semenanjung Melayu menggunakan senjata api dalan skala yang besar, seperti Perang Kelang, Perang Musuh Bisik, Perang Kelantan (saudara), perang pahang. Perang Naning dan lain-lainnya. Cuma tidaklah semua pejuang yang menggunakan senjata api. Bermula dari Kesultanan Melaka, Johor- Pahang, sehingga abad ke 18 dan 19 kita sudah pun memiliki beribu senjata api. Malah ketika Portugis menawan Melaka dicatatkan ada 8 ribu senjata api termasuk meriam. 

Jangan ingat tok nenek moyang kita hanya tahu menggunakan keris dan parang. Mereka bahkan lebih bijak menggunakan dan memanfaatkan senjata api, malah ketika British menawan kembali kubu Jeram Ampai mereka menjumpai senjata api "Winchester Rifle" di perahu Tok Gajah. Itu bermakna Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim dan lain-lainnya juga memilik senjata api ketika menentang British. Senjata api ketika itu sangat mahal mungkin hanya separuh pejuang saja yang menggunakannya. 

Ingat lagi tak ketika kumpulan Dato Bahaman berada di Terengganu di tempat Tokku Paloh, disitulah perancangan mereka bermula dan orang-orang mereka menyeludup senjata api dari Singapura membawa masuk ke Terengganu. Rifle Winchester tu mahal, saya pun tak tahu macam mana mereka boleh beli, sebab pada zaman tu antara Rifle terbaik di dunia ketika itu adalah Winchester. Tapi tak pastilah pulak model apa yang mereka gunakan. Sebab winchester banyak model. Senjata ni hanya boleh didapati di USA ketika itu. 

So saya pun malas nak cakap panjang, Cuma saya nak beritahu janganlah lagi menganggap orang melayu ni ketinggalan zaman selalu kalah perang lawan penjajah sebab teknologi senjata. Tok nenek moyang kita dah ada semua tu, bahkan seawal kurun ke 13-14, Pahang adalah pengeluar meriam terbaik di alam melayu. Dan satu lagi jangan percaya sangat apa yang ada di buku teks sejarah tu, Banyak yang dah diubah dan diputarbelit. Sesetengah ada yang betul sesetengah ada yang tak betul. 

Akhir kata, pupuklah jatidiri sebagai seorang anak melayu Islam yang sejati dalam diri masing-masing, Berusaha buang sifat tercela yang ada dalam diri, Kerana sifat itulah yang melahirkan "Petualang" dek kerana dengki, cemburu dan gilakan harta dan kuasa. Jujur saya akui orang melayu kita ni lemah dari segi ni. Lihat saja sejarah peperangan kita menentang penjajah ada saja petualang ataupun pengkhianat yang begitu mudah dibeli penjajah. 

"Jaga Agama, Jaga Bangsa dan Negara, Jangan sampai bangsa kita tiada Negara"

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment