Saturday, January 2, 2010

MELAYU YANG GAGAL DIMURTADKAN

Kedatangan Paderi Francis Xavier ke Kota Melaka pada Tahun 1545, Bukanlah sekadar lawatan, Beliau cuba menyebarkan Agama yang dibawanya. Dakwahnya begitu berkesan di tempat-tempat lain, Kerana beliau sememangnya seorang Paderi yang berpengaruh dan terkenal. Namun malangnya Dakyahnya tidak mendapat sambutan di Melaka.

Maka setelah itu beliau berlayar pula ke Pulau Amboina selama 5 Bulan, Setelah itu beliau mengunjungi pulau maluku dan kembali semula ke Melaka pada tahun yang sama. Tapi tetap saja beliau tidak berjaya memurtadkan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Kejayaannya meluaskan agama di Nusantara hanyalah di Wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia, Dan kini di sana hampir 91% penduduknya adalah beragama Kristian. Mengapa agaknya beliau gagal di Tanah Melayu? Tidak seperti di Timur Indonesia dimana beliau Berjaya membuatkan semuanya menganut agama Kristian. 

Kerana apa? Kerana Bangsa Melayu adalah Bangsa TAUHID ! Sejahat-jahat atau senakal segelintir Melayu, Tidak sesekali akan MURTAD . Melainkan pada zaman ini, Itupun hanya 1% yang Murtad. Orang Melayu lebih rela MATI daripada keluar dari agama Islam. Begitulah Rahmat Dan Berkat yang Allah berikan kepada Tanah Melayu dan Bangsa Melayu. Sudah ditakdirkan Kebangkitan Akhir Zaman akan muncul dari Kepulauan Melayu. Sebab itulah para Penjajah berusaha cuba menjajah Tanah Melayu kita.

Selain ingin memiliki kekayaan emas di Semenanjung Tanah Melayu, Mereka datang dengan Agenda mereka. Kalau British nak serang kita boleh je, Tapi mengapa british bersusah payah untuk membuat perjanjian sahaja? Kerana mereka ada agenda mereka dan cuba menggunakan cara yang halus tanpa dilihat. Pada bangsa lain British begitu kejam tetapi mengapa pada bangsa Melayu mereka berlembut berbanding bangsa lain? Bab Raja-raja Melayu dan Agama Islam, British memang jarang nak berkeras sebab mereka tahu orang Melayu pantang berdiam bila dikacau Agama dan Raja-rajanya. Mungkin saja mereka pernah Menyaksikan "AMUK" Melayu seperti apa.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment