Saturday, January 2, 2010

RAJA ALI HAJI

Al-Marhum Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad bin Raja Ali Fisabilillah. Dilahirkan pada tahun 1809 Masihi di Selangor Malaysia. Beliau adalah seorang tokoh ulama, sejarahwan, sasterawan dan penyair Melayu Bugis. Antara karya beliau yang terkenal adalah Gurindam 12 Belas.

Ayahnya adalah Al-Marhum Raja Haji Ahmad Engku Haji Tua Riau (1779 - 1874) bin Yamtuan Muda Johor - Riau lV iaitu Al-Marhum As-Syahid Raja Haji Fisabilillah - Marhum Teluk Ketapang (1727 - 1784) bin Yamtuan Muda Riau ll al-Marhum Opu Daeng Celak - Marhum Kota (1665 - 1745).


Raja Haji Fisabilillah adalah adik kepada Raja Lumu iaitu Sultan Salahuddin Shah (1705 - 1778), Sultan yang memerintah negeri Selangor pada tahun 1743 hingga 1778.  Al-Marhum Sultan Mudzaffar Shah III mengiktiraf Raja Lumu sebagai Yang Di-Pertuan Besar Selangor semenjak 1743M dan Raja Lumu dinobatkan dan ditabalkan secara rasmi menjadi Sultan Selangor l oleh Al-Marhum Sultan Mahmud Shah ll - Sultan Perak pada tahun 1765. Semenjak itu Selangor telah bebas dari kekuasaan Johor - Riau.


Kembali kepada Raja Ali Haji. Pada tahun 1822 Masihi Sewaktu Raja Ali Haji berusia 14 tahun. Beliau pernah dibawa oleh ayahandanya ke Batavia/Betawi (kini Jakarta). Ketika itu Ayahnya (Raja Haji Ahmad), menjadi utusan Riau untuk berjumpa Gabenor Hindia Timur Belanda iaitu Jeneral Baron Van Der Capellen. 


Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Betawi (Jakarta) dan ianya menjadi masa dan peluang yang berguna untuk Raja Ali Haji untuk menemui ramai ulama bagi memperdalami ilmu pengetahuan agama Islam, terutamanya dalam bidang ilmu fiqh dan falak.


Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya ketika berada di sana adalah Al-Marhum Sheikh Sayyid Abdur Rahman al-Mashri al-Betawi. Beliau seorang tokoh ulama yang terkenal dan bersahabat dengan Sheikh Abdus Samad al-Falimbani, Sheikh Daud al-Fathani, Sheikh Abdul Wahab Bugis dan Sheikh Arsyad al-Banjari.


Sekitar tahun 1827 Masihi ketika Raja Ali Haji berusia 19 tahun, beliau mengikuti ayahandanya Raja Ahmad pergi ke Makkah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara bangsawan Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Makkah dalam jangka masa yang agak lama. 


Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat berguru dengan seorang ulama tersohor Melayu iaitu al-Marhum Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau belajar beberapa bidang ilmu Tasawuf dan ilmu Usuluddin serta Ilmu Nahu dengan lebih mendalam dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.


Ketika di sana juga Raja Ali Haji bersahabat dengan salah seorang anak Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Sheikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau.


Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan fahaman Syeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasawuf pula beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat dan Doa-doa dari kitab Dalail al-Khairat karya Waliyullah dari Moroko yakni Sayyid Abu Abdillah Muhammad Sulaiman al-Jazuli Rahimahullah (1404-1465) yang diamalkan secara turun temurun dalam keluarganya.


Karya pertama Raja Ali Haji di bidang bahasa Melayu adalah kitab Bustan al-Katibin. Kitab ini mengenai tatacara atau tatabahasa penulisan bahasa Melayu yang sesuai dengan ejaan Arab-Melayu. Dan kitab ini juga pernah diterjemah ke dalam bahasa Belanda oleh Ph. S. van Ronkel dan dimuat dalam sebuah jurnal Tijdschrift van het Bataviaasch Genootschap XLIV/1909.


10 pasal utama dalam buku ini dimulai dengan mukadimah atau pendahuluan yang menjelaskan tentang kaitan antara bahasa dengan adat, adab dan budi pekerti. Untuk memahami buku ini, Raja Ali Haji mensyaratkan kepada pembacanya lima perkara, iaitu al-himmah (kesungguhan), al-mudarasah (analisa), al-muhafazah (penghafalan), al-mudzakarah (kajian lebih lanjut), dan al-muthala’ah (kajian lebih mendalam). 


Buku selanjutnya yang ditulis oleh Raja Ali Haji di bidang bahasa Melayu yaitu Kitab Pengetahuan Bahasa yang merupakan kamus bahasa Melayu, yang mula-mula diterbitkan pada tahun 1929 di Singapura. Raja Ali Haji ni banyak sumbangannya dalam bahasa Melayu jadi tidak keterlaluan jika saya mengangkat beliau sebagai Tokoh Bahasa Melayu.


Raja Ali Haji meninggal dunia dan dimakamkan di Pulau Penyengat Kepulauan Riau pada tahun 1873M ketika berusia 64 tahun. Bisirril Fatihah 


Semoga Ruhnya Dicucuri Rahmat Allah Dan Mendapat Kedudukan Yang Mulia Disisi Allah. Aamiin Ya Mujib.


Antara karya Raja Ali Haji adalah : 


1 ) Salasilah Melayu dan Bugis 1890

2 ) Tuhfat al-Nafis 1865

3 ) Bustanul-Katibin

4 ) Kitab Pengetahuan Bahasa

5 ) Gurindam Dua Belas

6 ) Syair Siti Shianah

7 ) Syair Suluh Pegawai

8 ) Syair Hukum Nikah

9 ) Syair Sultan Abdul Muluk.


GURINDAM DUA BELAS


1). Ini gurindam pasal yang pertama:


Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma'rifat

Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.

Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.

Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terperdaya.

Barang siapa mengenal akhirat, tahulah Ia dunia mudarat.'


2). Ini gurindam pasal yang kedua:


Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut.

Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.

Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua termasa.

Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat.

Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji.


3 ) Gurindam pasal yang ketiga:


Apabila terpelihara mata, sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping, khabar yang jahat tiadaiah damping.

Apabila terpelihara lidah, niscaya dapat daripadanya paedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fi'il yang tiada senunuh.

Anggota tengah hendaklah ingat, di situlah banyak orang yang hilang semangat

Hendaklah peliharakan kaki, daripada berjaian yang membawa rugi.


4 ) Gurindam pasal yang keempat:


Hail kerajaan di daiam tubuh, jikalau lalim segala anggota pun rubuh.

Apabila dengki sudah bertanah, datanglah daripadanya beberapa anak panah.

Mengumpat dan memuji hendaklah pikir, di situlah banyak orang yang tergelincir.

Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala.

Jika sedikitpun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.

Tanda orang yang amat celaka, aib dirinya tiada ia sangka.

Bakhil jangan diberi singgah, itupun perampok yang amat gagah.

Barang siapa yang sudah besar, janganlah kelakuannya membuat kasar.

Barang siapa perkataan kotor, mulutnya itu umpama ketur².

Di mana tahu salah diri, jika tidak orang lain yang berperi.


5 ) Gurindam pasal yang kelima:


Jika hendak mengenai orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa,

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia.

Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia.

Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu.

Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.


6 ) Gurindam pasal yang keenam:


Cahari olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan obat.

Cahari olehmu akan guru, yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri, yang boleh dimenyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan, pilih segala orang yang setiawan.

Cahari olehmu akan abdi, yang ada baik sedikit budi.


7 ) Gurindam pasal yang ketujuh:


Apabila banyak berkata-kata, di situlah jalan masuk dusta.

Apabila banyak berlebih-lebihan suka, itulah landa hampirkan duka.

Apabila kita kurang siasat, itulah tanda pekerjaan hendak sesat.

Apabila anak tidak dilatih, I'ika besar bapanya letih.

Apabila banyak mencela orang, itulah tanda dirinya kurang.

Apabila orang yang banyak tidur, sia-sia sahajalah umur.

Apabila mendengar akan khabar, menerimanya itu hendaklah sabar.

Apabila menengar akan aduan, membicarakannya itu hendaklah cemburuan.

Apabila perkataan yang lemah-lembut, lekaslah segala orang mengikut.

Apabila perkataan yang amat kasar, lekaslah orang sekalian gusar.

Apabila pekerjaan yang amat benar, tidak boleh orang berbuat onar.


8 ) Gurindam pasal yang kedelapan:


'Barang siapa khianat akan dirinya, apalagi kepada lainnya.

Kepada dirinya ia aniaya, orang itu jangan engkau percaya.

Lidah yang suka membenarkan dirinya, daripada yang lain dapat kesalahannya.

Daripada memuji diri hendaklah sabar, biar dan pada orang datangnya khabar.

Orang yang suka menampakkan jasa, setengah daripada syarik mengaku kuasa.

Kejahatan diri sembunyikan, kebalikan diri diamkan.

Keaiban orang jangan dibuka, keaiban diri hendaklah sangka.


9 ) Gurindam pasal yang kesembilan:


'Tahu pekerjaan tak baik, tetapi dikerjakan, bukannya manusia yaituiah syaitan.

Kejahatan seorang perempuan tua, itulah iblis punya penggawa.

Kepada segaia hamba-hamba raja, di situlah syaitan tempatnya manja.

Kebanyakan orang yang muda-muda, di situlah syaitan tempat berkuda.

Perkumpulan laki-laki dengan perempuan, di situlah syaitan punya jamuan.

Adapun orang tua yang hemat, syaitan tak suka membuat sahabat

Jika orang muda kuat berguru, dengan syaitan jadi berseteru.


10 ) Gurindam pasal yang kesepuluh:


'Dengan bapa jangan durhaka, supaya Allah tidak murka.

Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat.

Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai.

Dengan isteri dan gundik janganlah alpa, supaya kemaluan jangan menerpa.

Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.


11 ) Gurindam pasal yang kesebelas:


Hendaklah berjasa, kepada yang sebangsa.

Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela.

Hendaklah memegang amanat, buanglah khianat.

Hendak marah, dahulukan hajat.

Hendak dimulai, jangan melalui.

Hendak ramai, murahkan perangai.


12 ) Gurindam pasal yang kedua belas:


Raja muafakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh anayat.

Kasihan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.

Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.

Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.



No comments:

Post a Comment