Adakah anda tahu apa yang kita selalu sebut singkatan “OK”? Tanya orang putih pun mereka juga tidak kenal.
Thomas Stamford Raffles (1781 - 1826) pada tahun 1811 dilantik oleh Ratu England sebagai Leftenan Jeneral Hindia Timur dan dihantar ke Indonesia. Raffles juga merupakan pengarang “The History Of Java” yang terkenal dan pengasas Taman Botani Bogor. Dialah yang mengubah nama Bencoolen menjadi Bengkulu.
Raffles juga dikenali sebagai pengasas moden bandar Temasek aka Singapura. Selain itu, dia juga seorang ahli botani, penyelidik tumbuhan dan salah satu penemuannya kini dinamakan bunga “Rafflesia Arnoldi” (bunga mayat).
Pada suatu hari, Raffles ingin memasuki hutan bersama rombongannya. Kumpulan kecil yang kebanyakannya terdiri dari orang Jawa sebagai pekerja bantuan membawa peti barang diketuai oleh Raffles sendiri dan dibantu oleh penterjemah yang memahami bahasa Jawa.
Setelah Raffles memeriksa kesediaan rombongannya, dia berseru, “Are you ready?” Tidak ada yang menjawab kerana kumpulan itu tidak memahami bahasa Inggeris. Raffles meminta penterjemah untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kemudian penterjemah itu berseru, “Opo kowe wis podo siap?” Serentak kumpulan itu menjawab, “Ojo Kuwatir!!!”
Raffles bertanya kepada penterjemah maksud jawapannya dan bagi Raffles jawapannya sangat baik kerana tersirat dengan semangat dan meyakinkan. Dia ingin mengulang pertanyaan itu dalam bahasa Jawa tetapi mengalami kesukaran untuk mengucapkan kalimat “Ojo Kuwatir”, kemudian menyingkatnya.
Raffles berteriak, “Are you O.K?”
Rombongan seraya sunyi sepi tidak faham. Barulah penerjemah menerangkan maksud Raffles dan memintanya menjawab “OK” kemudian, Raffles menjerit lagi dengan kuat, “Are you OK?”
Kumpulan itu menjawab dengan lantang sekali dan penuh semangat: OK!!!!
Kemudian mereka bergerak ke hutan.
OK ertinya Ojo Kuwatir
Jadi perkataan OK sebenarnya Bahasa Jawa yang sudah bertaraf antarabangsa.
No comments:
Post a Comment