Berhati-hatilah teman-temanku, Tipu daya Syaitan & Jin Tu Licik. Puak Ni Boleh Menyerupai Dan Menyamar Siapapun Yang Kau Hajati Sangat Nak Jumpa, Kecuali Rasulullah S.A.W.
Contoh Kau Pergi Bertapa, Lepastu Muncul Lah Seorang Lelaki Yang Sasa Badannya Dan Berpakaian Seperti Hulubalang Melayu Zaman Dahulu. Dan dia Mengaku dialah Hang Tuah. Dan Korang Pun Terimalah dia Jadi Pendamping Kononnya.
Macam Mana Korang Nak Pastikan? dia Tu Hang Tuah Ke Atau Syaitan @Jin? Ada yang lebih dasyat mengaku, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani selalu menemani dia.
Korang jangan taksub dengan pendamping ni, Konon penjaga lah apa lah . Percayalah pada diri korang sendiri, Diri korang tu lagi hebat dari Jin, Percayalah pada Allah. Tak perlu nak ada khadam ke apa . Perisai Syahadah tu lagi ampuh, Lam Jallallah di tubuh korang tu lagi baik dari Khadam dan Jin tu Semua.
Jangan sibuk nak kejar ilmu Sakti, Ilmu kebal, Ilmu jurus angin dan sebagainya. Ada perkara lebih utama untuk korang kejar iaitu Pembersihan diri dari sifat Mazmumah, Buat penyerahan diri secara Mutlak, Wujukan rasa Kehambaan dalam diri . Bergantung sepenuhnya kepada Allah, Korang tak perlu penjaga khadam ka atau jin syaitan . Cukuplah Allah sebaik-baik pelindung.
Ramai anak muda yang main redah je, Kejar semua ni. Sedangkan Tauhid pun masih tunggang langgang, Akidah pun samar-samar, Solat pun masih tak betul. Ilmu pernafasan, Ilmu perubatan, Ilmu syahadah ni semua perlu. yang tak perlunya Bantuan Syaitan dan Jin.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment