Friday, January 8, 2010

PENULIS TOK KENALI

Kepada yang mengenali Tuan Guru Ustaz Haji Abdullah Al Qari Bin Hj Salleh, Marilah kita sama-sama doakan kebaikan dan sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham. 

Beliau telah meninggal dunia pagi tadi dalam kemalangan kecil semasa ke masjid hendak menunaikan solat subuh. (12 Mac 2020)

Allahyarham TG Haji Abdullah AlQari lahir pada 26 December 1937. Ayahnya adalah murid tua Tok kenali Iaitu Haji Salleh bin Puteh yang mengajar di pondok Tok Kenali. Ibunya pula adalah Hajah Khadijah Binti Abdullah yang merupakan keturunan Tok Kenali. Diberi nama Abdullah Al-Qari oleh anak saudara Tok Kenali Iaitu Tuan Guru Haji Muhammad Jebeng. 

Allahyarham menjadi guru seawal usia 15 tahun dan pernah suatu ketika arwah bermimpi berhadapan dengan wajah Rasulullah Saw dan di dalam mimpi itu Baginda Nabi berpesan padanya "Anta belajarlah Islam”.

Semenjak itulah arwah mula membeli kitab-kitab dan berguru dengan murid Tok Kenali dan Tok Khurasan. Dan arwah banyak menulis dan menerbitkan buku berkaitan Tok kenali sehinggakan beliau digelar Penulis Tok Kenali.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment