Waliyullah itu tidak pernah mati, Jangan anggap mereka telah dikebumikan berpuluh-puluh tahun lepas mahupun beratus tahun, bermakna mereka telah mati. Waliyullah selalu dianugerahkan keistimewaan dan kelebihan ataupun lebih tepat digelar sebagai “karomah”.
Banyak cerita yang sahih membuktikan bahwa mereka itu tidak pernah mati walaupun telah dikebumikan. Contohnya seperti "Tuan Tulis". Waliyullah Tanah Melayu.
Tuan Tulis ataupun nama sebenarnya Haji Ismail bin Hussein adalah seorang yang sangat suka menulis. Beliau berasal dari Kampung Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada tahun 1840 dan meninggal dunia pada tahun 1923.
Pada tahun 1925, TUANKU MUHAMMAD IBNU TUANKU ANTAH telah di ziarahi oleh Tuan Tulis ketika terlantar uzur di London. Mereka sememangnya saling mengenali kerana Kuala Talang tempat tinggal Tuan Tulis berdekatan dengan istana Sri Menanti yang juga dalam daerah Kuala Pilah.
Dalam pertemuan di London itu,Tuan Tulis meminta segelas air lalu membaca ayat suci Al-Quran. Air jampi itu kemudian disapu ditempat sakit Tuanku Muhammad dan selebihnya di suruh minum oleh Tuan Tulis.
Dengan izin Allah, dalam sekelip mata Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhammad yang uzur tiba-tiba merasa bertenaga dan sembuh dari penyakitnya. Kemudian Tuanku Muhammad masuk kedalam bilik untuk mengambil sesuatu (mungkin hadiah). Apabila keluar dari bilik, Baginda mendapati Tuan Tulis telah ghaib.
Dalam kehairanan itulah Tuanku Muhammad berfikir dan baru tersedar bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah meninggal dunia 2 tahun lepas pada tahun 1923. Pada masa itu juga dalam hati baginda berniat, apabila kembali di tanahair baginda akan menziarahi makam TUAN TULIS.
Niat Yang Dipertuan Besar itu ditunaikan beberapa tahun kemudian. Baginda juga menitahkan supaya di bina bangunan di maqam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga sekarang. Demikianlah kejadian luarbiasa yang merupakan karamah yang dikurniakan oleh ALLAH kepada TUAN TULIS.
Kelebihan seumpana itu ALLAH kurniakan kepada hamba hamba yang dikehendaki dan disayangi. Mereka bukan sahaja dapat menolong orang yang dalam kesempitan dan kesusahan secara kerohanian, bahkan kelak mereka akan membantu tentera Islam di medan peperangan menghadapi tentera kafir musyrikin.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment