Thursday, January 14, 2010

ADAB



Pada zaman dahulu pemandangan seperti ini kita sering melihatnya. Bila berjalan ataupun lalu didepan guru ataupun orang tua, kita akan meminta izin untuk lalu dan berjalan dengan membongkokkan badan sedikit sambil hulurkan sebelah tangan kehadapan, sebagai tanda menghormati mereka. 

Bila terjumpa dengan orang lebih tua di luar kita akan bagi salam dan jabat tangan mereka. Namun adab seperti ini semakin jarang dilihat pada zaman sekarang. Pendek kata ianya sudah dilupakan dan hilang ditelan arus kemodenan. 

Tidak dinafikan segelintir remaja ataupun anak muda generasi kini semakin hilang adabnya. Bukan saja pada orang yang lebih tua darinya malah pada ibu bapanya juga tidak beradab. Dulu walaupun kita di rumah jika didepan kita ada orang tua kita, kita akan meminta izin dulu nak lalu betul tak? Lepas tu jalan sambil membongkok. Tapi sekarang kebanyakan kita tengok main lalu macam tu je. Mungkin sesetengah orang tua tidak kisah tapi dulu memang dianggap kurang ajar bila kita main lalu je masa orang tua tengah duduk. 

Kalau nak makan pun, tunggu ayah dan mak dulu ada baru makan sama-sama. Senduk nasi dan ambil lauk mesti akan dimulakan dengan ayah dahulu barulah kita sebagai anak akan senduk nasi dan ambil lauk. Bila habis makan kita sebagai anak akan bantu mak kita angkat pinggan dan basuh pinggan. Betapa beradabnya orang melayu dahulu berbanding sekarang. Masih banyak lagi kalau nak diceritakan adab kita sebagai anak ataupun sebagai orang muda menghormati mereka yang lebih tua. 

Pada ibu-bapa ajarkanlah kembali kepada anak-anak kita tentang adab dan akhlak seperti zaman kita dahulu, jangan pandang tak kesah perkara yang melibatkan adab, kerana adab seseorang anak itu bergantung pada didikan kedua orang tuanya daripada kecil. Kita mesti selalu dengar bila ada anak muda yang kurang ajar "Ish anak siapalah ni kurang ajar sangat" Betul tak? orang akan fikir orang tua budak tu dulu. "Mak bapak dia tak ajar ke bersopan"? 

Zaman dahulu memang ni lah perkataan yang kita selalu dengar. Sebab tulah bila kita bersikap kurang ajar dan kurang adab orang tua kita akan bantai kita cukup-cukup dengan rotan, getah paip dan sebagainya. Itu bertujuan untuk mendidik. Tapi orang tua hari ni manjakan sangat anaknya. Saya malaslah nak komen bab ni, fikir-fikirkanlah. 

Islam mengajarkan kita untuk utamakan adab dahulu baru ilmu, biar tak cerdik dalam pelajaran asalkan berakhlak baik, tahu hormat orang tua dan berbicara dengan sopan santun. Kalau nak kira cerdik lebih penting, Iblis tu lagi berilmu.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment