Thursday, January 14, 2010

PEDANG-PEDANG JEPUN

"Kenshin Himura"

Kenshin Himura dalam filem "Rurouni Kenshin/ Samurai X" sebenarnya bukanlah watak rekaan semata , Watak yang dilakonkan itu adalah seorang Samurai yang memang wujud pada akhir era edo. Nama sebenar beliau adalah "Kawakami Gensai".

Beliau lahir di Perkampungan Kumamoto pada 25 Disember 1834 dan meninggal pada 13 Januari 1872. Beliau adalah salah seorang legenda battosai daripada empat pembunuh yang terkenal pada era bakumatsu. Dan diantara keempat pembunuh ini , beliau adalah yang paling terpantas dan handal dalam seni permainan samurai.
"Pedang Sakabatou" 

Pedang Sakabatou adalah pedang milik Kenshin Himura yang digunakan ketika beliau bertekad tidak mahu membunuh lagi , Pedang ini sangat unik kerana mata tajamnya berada dibelakang , dan tumpul bahagian hadapan. Jadi walaupun ketika kenshin Himura bertarung dengan pedang ini, dia hanya akan menyakiti lawannya tanpa membunuhnya. 

Pedang ini ditempa oleh seorang pandai besi yang sangat terkenal di era bakumatsu yang bernama Arai Shakku, Kebanyakan pahlawan samurai yang handal menggunakan pedang yang ditempa olehnya. Antara pedangnya yang terkenal selain Sakabatou adalah Renbato , Mugenjin , Dan Hakujin No Tachi. 

Pedang Sakabatou merupakan pedang terakhir yang dia buat oleh Arai Shakku di akhir Era Bakumatsu , Sempena Era Meiji dimana kedamaian merupakan hal yang utama kerana pada Era bakumatsu terlalu banyak berlaku pembunuhan dan keganasan. Beliau sengaja membuat pedang Sakabatou dengan mata tajam berada dibelakang kerana mahu tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban oleh pedang yang dibuatnya. Walaupun pedang itu memiliki mata yang tumpul dibahagian hadapan , Tetapi itu menjadi pedang terhandal Kenshin Himura yang mengalahkan Oniwabanshu, Aoshi, Jin-E, Sasonusuke, dan ramai lagi. 

Arai Shakku sebenarnya telah membuat dua pedang Terakhir Sakabatou , Yang pertama Sakabatou milik Kenshin Himura adalah "Sakabatou Kageuchi". Namun, pedang tersebut telah patah saat pertarungannya menentang Soujiro. Walaupun Sakabatou Kageuchi merupakan sebuah pedang Terakhir yang hebat ditempa oleh Arai Shakku, Tetapi sayangnya ianya telah ditakdirkan patah. 

Seperti yang saya katakan Pedang Sakabatou yang dibuat oleh Arai Shakku ternyata ada dua bilah. Sakabatou Kageuchi yang digunakan oleh Kenshin Himura telahpun patah , Namun siapa sangka pedang Sakabatou yang satu lagi jauh lebih hebat dan keras ditempa oleh Arai Shakku , Nama pedang itu adalah Sakabatou Shinuchi. Arai Shakku membuat pedang tersebut khusus untuk diberikan kepada kuil Hasukan di Kyoto, sebagai salah satu pedang suci dari kuil tersebut.

Ketika Kenshin Himura pergi ke kuil tersebut , Anak Arai Shakku iaitu Arai Seiku telah memberikan keizinan kepada Kenshin Himura untuk menggunakan pedang terhebat yang ditempa oleh ayahnya iaitu pedang "Sakabatou Shinuchi" . Dengan pedang ini Kenshin Himura berjaya mengalahkan lawannya yang jauh lebih handal iaitu Sawagejo Chou, dengan menggunakan jurus pedang "Hiten Mitsurugi-ryĆ«: RyĆ«kansen Tsumuji". 

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai pedang "Sakabatou" milik Kenshin Himura yang ditempa oleh seorang pandai besi yang sangat terkenal bernama Arai Shakku. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah mata pedang yang tajam berada di belakang dan tumpul bahagian hadapan.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment