Selepas Al-Marhum Che'gu Jantan Bin Dato Bahaman tiba-tiba muncul semula pada awal Tahun 80-an. Dimana sebelum itu arwah didapati menghilangkan diri pada tahun 1945 yang ketika itu arwah dipercayai telah ditangkap oleh Tentera Bintang Tiga.
Arwah Che'gu Jantan Bin Dato Bahaman sering berkata, “Dari Nur Allah memancar menjadi Nur Muhammad tajjali kepada Adam. Maka bersifaflah lembaga Adam. Ia dah semula jadi dah” dan setiap kali diajukan soalan atas apa yang telah berlaku selama berpuluh tahun arwah menghilang, itulah jawapan yang akan keluar dari mulut Arwah Che'gu Jantan bin Dato Bahaman.
Seperti yang kita tahu Arwah Che'gu Jantan ni anak kepada seorang pahlawan iaitu Arwah Dato Bahaman, Pahlawan terkenal Pahang. Sudah semestinya arwah Che'gu jantan juga handal dalam persilatan. Tetapi macam mana askar gerila Bintang Tiga boleh tangkap Arwah?
Ceritanya begini Arwah ni selalu melindungi orang kampung dari Askar Bintang Tiga dan pada suatu hari. Gerila Bintang Tiga ni merasakan Cikgu Jantan sangat berbahaya dan mesti dihapuskan. Mereka datang ke Kampung Durian Tawar dan memeras ugut penduduk tempatan supaya menunjukkan di mana lokasi rumah Cikgu Jantan.
Kerana ketakutan, penduduk memberitahu lokasi rumah Cikgu Jantan. Akan tetapi apabila sekumpulan gerila itu datang ke rumah Cikgu Jantan, mereka hanya menemukan hutan tebal. Mereka kembali menangkap dan menyiksa penduduk dan bertanya di mana letaknya rumah Cikgu Jantan. Mereka datang semula ke tempat yang di katakan itu, tetapi masih menemui kegagalan. Mereka hanya nampak padang datar tak bertepi. Mereka tangkap lebih ramai penduduk dan bertanya di mana rumah Cikgu Jantan, dan kali ketiga mereka hanya nampak sebuah tasik yang luas tak bertebing.
Kali ini, orang yang rapat dengan keluarga Cikgu Jantan di minta menunjukkan rumahnya. Gerila Bintang Tiga menjanjikan keselamatan dan sedikit upah. Maka barulah gerila gerila itu berjaya masuk dan menggeledah ke rumah Cikgu Jantan. Anak-anak dan isterinya di ikat di suatu sudut. Kejadian tersebut berlaku pada waktu maghrib dalam hujan renyai. Waktu itu Cikgu Jantan turun ke tebing sungai berhampiran rumahnya untuk berwudhu'. Apabila Cikgu Jantan naik ke rumah beliau melihat anak anak dan isterinya telah diikat.
Walaupun Cikgu Jantan boleh menewaskan sekumpulan gerila itu, tapi beliau bimbang akan keselamatan keluarganya pula. Cikgu Jantan berhelah dan mengatakan beliau sanggup menyerah tapi beliau meminta izin kepada gerila tersebut untuk turun ke sungai berwudhu' dan solat bagi kali terakhir. Cikgu Jantan turun semula ke tebing untuk berwudhu' sekali lagi sambil di pantau seorang gerila Bintang Tiga. Apabila naik kerumah dan solat, Cikgu Jantan menyerah diri dan beliau diikat dan dibawa ke sebuah markas Bintang Tiga di kawasan Mengkarak. Cikgu Jantan diikat pada sebatang tiang bersama dua lagi mangsa. Seorang daripadanya berbangsa Cina dan seorang lagi India.
Mereka bertiga disiksa, dipukul dan akhirnya mereka menembak bertubi tubi sehingga berkecai tubuhnya. Akan tetapi badan Cikgu Jantan tidak menampakkan apa apa kesan cedera. Cuma Cikgu Jantan tak bergerak. Kemudian Cikgu Jantan ditanam hidup hidup sehingga paras leher dan dibiarkan dalam hujan lebat pada malam itu. Keesokannya apabila gerila gerila itu bangun dari tidur dan mendapati Cikgu Jantan tiada lagi di situ dan tanah di tempat Cikgu Jantan ditanam itu mendap.
Mereka menggali tanah tempat Cikgu Jantan ditanam itu dan hanya mendapati batang pisang di dalamnya yang telah di kerat. Gerila gerila bergegas mencari Cikgu Jantan dan mereka menembak apabila ternampak kelibat Cikgu Jantan menyelinap di sebalik daun daun pokok hutan itu. Akan tetapi senapang yang digunakan mereka tidak meletup.
Semenjak dari itu Cikgu Jantan tidak diketahui ke mana hilangnya. Kejadian tersebut berlaku pada penghujung tahun 1945. Tiada siapa tahu kemana Arwah Che'gu Jantan menghilangkan diri dan bila ditanya jawapan hanya sama. Nur Allah menjadi Nur Muhammad Tajalli Kepada Adam, maka bersifaflah lembaga Adam. Ia dah semula jadi dah.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment