Kesultanan Sulu adalah sebuah kerajaan Islam yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah berjaya meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke Borneo.
Al-kisahnya Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengIslamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashim Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengIslaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr"
Al-Marhum SULTAN SHARI'FUL-HASHIM (Sayyid Abu Bakar adalah seorang Ulama sufi dari keturunan Sayyidina Hussein Radhiyallahu Anhu. Baginda adalah Sultan Sulu yang pertama, Nama asalnya Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Ali Zainal Abidin (Ahlul-Bait dari Sayyidina Hussein R.a) yang datang dari Makkah. Kedatangan baginda ke Nusantara tidak lain tidak bukan hanya untuk meluaskan agama Islam.
Baginda pernah singgah di Melaka kemudian ke Minangkabau setelah itu meneruskan perjalanannya ke Borneo, sebelum itu baginda sempat singgah di Johor (sebab mungkin ada keluarganya di sana). Dari Borneo beliau meneruskan perjalanan ke Sulu. Beliau berjaya mengIslamkan masyarakat Sulu (Buranun, Taguimaha, Baklaya) dan kemudian diangkat menjadi Sultan Sulu yang pertama pada 1450 atau 1457 Masihi dan memerintah hingga 1480 M dengan menggunakan gelaran Sultan Shariful Hashim.
Baginda mula Membina masjid-masjid, madrasah di Sulu. Baginda sendiri yang berusaha memberi pelajaran dan kefahaman agama kepada orang-orang Tausug. Sebab itu baginda adalah ulamak yang pertama sekali memperkenalkan kaedah pembelajaran Al-Quran dan Hadith yang lebih sistematik dan telah melatih para da'i-da'i Sulu bagaimana untuk mengajar.
Baginda adalah seorang ulamak sufi yang lemah lembut dan penyayang sebab itu baginda dengan mudah dapat mengIslamkan masyarakat Tausug Baklaya dan Taguima (penduduk tinggal di pantai) dan dengan hikmah dapat mengIslamkan masyarakat Tausug Buranun (penduduk tinggal di pergunungan) yang majoritinya menganut Hindu-Buddha dan animisma.
Baginda Memperkenalkan akidah Ahlusunnah waljama'ah (Imam Al-Asy'ari r.a atauImam Al-Maturidi r.a), dan mazhab feqah Imam As-Syafi'e r.a. Dan baginda adalah pengamal tareqat muktabarah kerana beliau membawa kitab Ad-Durr Al-Manzum karangan Abu Ishak As-Syrazi ketika datang ke Nusantara.
Baginda adalah saudara kandung kepada Sayyid Muhammad Kabongsuan iaitu pengasas dan juga sultan pertama Kesultanan Maguindanao Pada Abad ke 1515 Masihi, Sayyid Muhammad Kabongsuan datang daripada johor bersama suku kaum bajau.
Baginda (Sayyid Abu Bakar) digelar Syarif oleh masyarakat Sulu adalah disebabkan kaum Tausug yang naik haji ke Makkah mengenali keturunan Rasulullah SAW hanya dengan istilah Syarif (kerana ketika itu penguasa Makkah adalah dari keluarga Syarif-syarif). Hingga hari ini kaum Tausug masih tidak berjaya menyebut dengan betul perkataan Syarif itu kecuali dengan sebutan "Salip".
Pemerintahan Baginda bertahan selama 30 tahun dan selepas kemangkatannya, anaknya Kamal-ud-Din telah menggantikannya sebagai Sultan Sulu. Makam baginda masih lagi boleh diziarah di Gunung Tumatangis.
Ketokohan dan kehebatan Baginda memimpin Kesultanan Sulu di bawah panji-panji Islam telah menukar bangsa Tausug sebagai pejuang Islam yang berani dan sanggup mati syahid bagi mempertahankan Islam dan bumi Sulu daripada penjajah ketika itu.
Oleh kerana itu, penjajah Sepanyol yang menjajah Filipina selama 333 tahun sejak kedatangan Ferdinand Magellan pada 16 Mac 1521 gagal menewaskan tentera Kerajaan Islam Kesultanan Sulu dalam peperangan yang berlarutan hampir tiga abad dan Sepanyol hanya berjaya menawan Sulu pada hujung tempoh penjajahannya dengan menandatangani perjanjian dengan Kesultanan Sulu pada 1885.
Perjanjian itulah buat pertama kalinya menyaksikan terhapusnya Kesultanan Sulu apabila Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram II bertindak menyerahkan wilayah, kerajaan dan kedaulatannya kepada Sepanyol.
Malahan Jamalul Kiram II jugalah yang bertindak menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat di bawah Perjanjianm Carpenter pada 1915 menyerahkan wilayah, kedaulatan, dan kekuasaan Sulu kepada Amerika Syarikat. Sejak itu, Kesultanan Sulu ibarat sebuah institusi beraja tanpa negara, kerajaan, kedaulatan dan kekuasaan.
Perjalanan sejarah Kesultanan Sulu sejak ditubuhkan sehinggalah kejatuhannya, penuh dengan warna-warni seperti mana kerajaan-kerajaan monarki yang lain di dunia, penuh dengan hasad dengki, pembunuhan dan perebutan kuasa.
Walaupun Kesultanan Sulu kini hanya tinggal sebagai sebuah institusi beraja, isu perebutan takhta ke atas institusi kesultanan itu masih berterusan antara waris-warisnya sampai sekarang dan mereka masih berjuang mempertahankan Islam di Kepulauan sulu.
Al-Fatihah buat pejuang Sulu yang telah Syahid.
Kalau nak cerita sejarah Kesultanan Sulu ni memang panjang mula dari kedatangan sepanyol hinggalah ke amerika, so memang banyak kekurangan lagi dalam post ini. Cuma saya ceritakan secara ringkas. Dan lebih fokus kepada Al-Marhum Sultan Shariful Hashim iaitu Pengasas Kesultanan Sulu. Jika ada kesilapan mohon perbetulkan dan kongsikan.
Dan apa yang paling saya minat mengenai Kesultanan Sulu dan Mindanao ini adalah SUNDANG . Siapa ada koleksi sundang mohon kongsikan di Ruangan komen untuk tatapan penyedap mata.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment