Naga Pelangi Yang Merentasi Lautan Dunia, Bukti Hebatnya Seni Pertukangan MELAYU.
Ceritanya bermula apabila seorang warga German bernama Christoph Swoboda yang begitu mengagumi keunikan, ketahanan dan pembuatan tradisional orang MELAYU membuat kapal. Beliau menempah sebuah kapal layar atau Perahu Pinas bernama Naga Pelangi I di Pulau Duyong, Terengganu. Ketika itu tukang kapal tersebut ialah Al-Marhum Tuan Haji Ali Ngah. Lalu Tuan Haji Ngah bersama kru beliau membina Naga Pelangi I pada tahun 1980 dengan kos anggaran RM30 Ribu.
Bahan Utama pembuatan adalah Kayu Cengal. Proses melengkungkan kayu untuk pembinaan badan kapal (Hull) dilakukan secara tradisional tanpa mesin. Proses ini sahaja mengambil tempoh selama 2 tahun dan tidak menggunakan paku, sebaliknya menggunakan kaedah tradisional seperti kunci tanggam.
Pembinaan kapal ini juga bermula daripada badan luar (hull), kemudian barulah kerangkanya dibina tidak seperti pembinaan bot konvensional yang lain yang akan membina kerangka terlebih dahulu. Kapal ini Boleh menampung sehingga 30 penumpang dan pada tahun-tahun 50-an dan 60-an, perahu seumpama ini memainkan peranan penting dalam perdagangan antara Terengganu, Thailand dan Indo - china.
Namun kapal ini tidak lagi ada di perairan negara kita dan simbol kegemilangan tamadun MELAYU hanya kekal kaku di Muzium Negeri Terengganu. Dan saya merasa bangga bila ada individu bangsa german berusaha menghidupkannya semula. Dan dalam masa yang sama turut merasa sedih kerana bukan orang MELAYU kita yang berusaha menghidupkan kembali kapal ini.
Setelah siap dibina Christoph Swoboda bersama keluarganya telah belayar mengelilingi dunia dan akhirnya sampai dan berlabuh semula di Kuala Terengganu pada tahun 2000. Setibanya di Terengganu beliau ingin bertemu semula dengan Tuan Haji Ali Ngah, tetapi Haji Ali Ngah telah meninggal dunia. Chrisoph Swoboda sangat bersedih kerana tidak sempat menceritakan kepada Tuan Hj Ali Ngah tentang kehebatan dan ketahanan kapal Naga Pelangi I.
Christoph Swoboda telah mengambil keputusan menjual Naga Pelangi I dan seterusnya menempah kapal layar baru iaitu Naga Pelangi II. Kali ini ia akan dibina oleh Ayah Chik Hassan iaitu pewaris yang merupakan anak saudara kepada Tuan Haji Ali Ngah sendiri.
Ayah Chik Hassan mula membina Naga Pelangi II pada tahun 2003 yang saiznya dua kali ganda lebih besar dari Naga Pelangi I, dan akhirnya siap dalam tempoh 3 tahun dengan harga RM2-3 juta. Seterusnya Christoph Swoboda dan keluarga belayar semula dengan Naga Pelangi II mengelilingi dunia.
Begitulah ceritanya. Seorang warga German sendiri kagum dengan teknologi pembinaan kapal tradisional MELAYU. Malangnya jutawan jutawan kita langsung tidak berminat kepada khazanah warizan bangsa yang tidak ternilai harganya dan hanya sibuk membeli kapal dari negara luar.
Adakah kita sanggup membiarkan warisan teknologi MELAYU silam ini berkubur di Tanah airnya sendiri? Sama samalah kita fikirkan demi memelihara warisan bangsa.Hidup kan semula khazanah warisan MELAYU ini untuk dipusakakan kepada generasi akan datang.
Dan secara peribadinya saya sangat mengharap pihak kerajaan berusaha membina semula kapal MENDAM BERAHI, kapal lagenda agung dan Tersohor yang menjadi kenderaan raja raja Melaka di zaman silam. Ia bukan sahaja sekadar mengenang sejarah, tetapi lebih penting dari itu ialah memelihara teknologi pembinaan kapal tradisional MELAYU agar tidak pupus ditelan arus kemodenan.
Biarlah ia terus hidup untuk 1000 tahun lagi supaya kelak anak cucu kita mengetahui bahawa bangsanya adalah bangsa yang hebat, bukan bangsa merempat yang tidak tahu apa apa.
HARGAILAH DAN MARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment