Menurut ahli keluarga dan bentara-bentara yang berkhidmat dibawah panji Kesultanan Selangor di era pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad menyatakan bahawa Almarhum Sultan Abdul Samad telah menyolek sendiri hiasan hulu kepala Almarhum dan melayarkan hujung kain yang lebar ke arah kiri menunjukkan arah tanah ibunda leluhur Almarhum di Tanah Luwu.
Luwu merupakan tanah asal Onyang Almarhum iaitu Sultan Salehuddin atau Raja Lumu ibni Raja Chelak yang merajai Kesultanan Selangor sekitar tahun 1743 dan selepas itu tak lagi balik ke tanah asalnya.
Potret Almarhum semasa memerintah hanya menggayakan ikatan solek yang di sebut "BUGIS TAK BALIK" sebagai mengenang tanah asal Almarhum. Kerana itu Almarhum amat menjaga anak-anak Bugis di Bandar Langat dan mengutamakan orang bugis berkhidmat di perkarangan Istana Almarhum.
Salasilah Almarhum adalah “Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Tengku Panglima Besar Abdullah ibni Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Salehuddin atau Raja Lumu ibni Almarhum Paduka Sri Raja Chelak (Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau ke-2) Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga ibni Opu La Madusalat (La Madu Saleh)”.
Gambar kanan bawah menunjukan potret Almarhum tidak dapat menyolek hiasan hulu kepala "Bugis Tak Balik" ketika persidangan DURBAR sekitar tahun 1897 kerana kegeringan pada usia 92 tahun dan Feb 1898 Almarhum telah mangkat pada usia 93 tahun.
Penceritaan yang diperturunkan dari generasi ke generasi di perkarangan Istana oleh ahli keluarga.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment