Al-kisah tentang Al-Marhum Sayyid Soleh bin Muhammad Al-Ja’fari ini berlaku ketika beliau menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 1952, Ketika berada di depan Ka’bah beliau berdoa kepada Allah S.W.T agar memperkenannya doanya untuk dapat pergi menunaikan Haji setiap tahun, Dan Alhamdulillah doanya dimakbulkan Allah S.W.T.
Setiap tahun hingga beliau wafat, Beliau tidak pernah terlepas menunaikan haji setiap tahun kecuali pada musim Haji tahun 1962. Situasi tahun itu benar-benar rumit dan tidak memungkinkan beliau untuk berangkat dari Kairo ke Makkah. Kemudian Beliau pergi ke Sudan dan berniat untuk berangkat dari sana ke Makkah.
Namun ternyata keadaan untuk pergi dari Sudan ke Makkah pun tidak mengizinkannya. Setelah berbagai usaha dan upaya dilakukan, Akhirnya beliau memutuskan untuk pulang ke kampung halamannya di Dunqula, Sudan, Kerana kebetulan beliau sedang berada di Sudan.
Ketika sampai saja di rumah, Ibunya tiba-tiba meluru ke arah beliau dan memeluk beliau dengan erat sambil berkata, “Maafkan ibu nak. Ibu telah membeli seekor kambing untuk dikorbankan pada raya haji tahun ini, Dan ibu berdoa kepada Allah supaya engkau dapat makan masakan ibu dari daging korban itu.”
Maka mengertilah Sayyid Sholeh mengapa tahun ini beliau merasa begitu sukar untuk pergi Haji hingga akhirnya terbatal sama sekali.
Demikianlah hebatnya doa seorang ibu untuk anaknya yang lebih hebat dari doa seorang Ulama bahkan Wali sekalipun. Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam pernah bersabda, “Kedudukan doa seorang ibu untuk anaknya, laksana kedudukan doa seorang Nabi untuk umatnya.”
Sayyid Soleh Al-Ja’fari adalah Ulama dan Wali besar pengasas Thariqah AL-JAAFARIYAH serta Imam dan Khatib di Masjid Al-Azhar, Mesir. Beliau adalah dari keturunan Rasulullah Sallahu Alayhi Wasallam, Dan juga merupakan guru dari Ulama-ulama besar dunia. Diantara muridnya yang terkenal adalah Syeikh Ali Jum’ah dan Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment