Sunday, January 13, 2013

ILMU NABI DAUD ALAYHI SALAM

Semua ini jauh menyimpang dari logik akal fikiran. Hanya mereka yang mempunyai ilmu dan keizinan Allah S.W.T sahaja mampu membuatnya dan mempercayainya. 

Alam MELAYU dahulu jauh berbeza dengan hari ini. Ramai penempa besi yang mewarisi ilmu besi Nabi Daud. Apa yang nak dibanggakan dengan penempa barat, sedangkan penempa besi Alam MELAYU boleh memegang besi yang sedang lebur berwarna kemerahan, memicit dan membentuk luk pada sebilah keris dan kemam besi yang panas. 

Di akhir zaman kini ilmu ilmu para Nabi semakin hilang dan jika ada hanya satu dalam sejuta yang merahsiakannya. Sejarah meriwayatkan bahawa Nabi Daud A.S telah diberi mukjizat oleh Allah S.W.T dengan kemahiran pertukangan besi, membuat baju besi dan juga senjata. Besi juga dikatakan boleh menjadi cair di tangan Baginda. 

“Dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia." (Al-Hadid, QS 57: 25)

Kerajaan Purba Kedah Tua sezaman dengan Zaman Nabi Daud, Kedah tua dahulunya adalah di bawah kerajaan Nabi Daud, dan ilmu pembuatan besi juga diwahyukan kepada Nabi Daud di Sungai Besi Batu. Tempat pertama pembuatan besi Nabi Daud adalah di Kedah Tua bagi menentang gergasi yang ada di alam MELAYU. 

Di sinilah juga Nabi Khidir as Alayhi Salam dan Iskandar Zulkarnain meneruskan Wasiat Kerajaan Kedah tua. Nusantara sangat berkait rapat dengan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Kerajaan Nabi Daud mempunyai harta yang sangat banyak yang tidak terkira, dan diwarisi oleh Nabi Sulaiman. Segala harta tersebut berada di Alam MELAYU dan akan digunakan untuk perjuangan akhir zaman apabila duit kertas yang ada hari ini sudah tidak laku. Bagi yang pertama kali mendengarnya mungkin kalian hanya tertawakan saya dan mengatakan saya ni merepek.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment