Ketika Nabi Ibrahim Alayhi Salam mahu dilontar ke dalam api Namrud yang marak menyala, Maka datang Malaikat Jibril Alayhi Salam bertanya: “Duhai Ibrahim, apa hajatmu padaku?.”
Berkata Nabi Ibrahim Alayhi Salam: “Kepadamu aku tidak berhajat tetapi pada Allah aku berhajat.”
Lalu berkata Malaikat Jibril Alayhi Salam lagi: “Apa hajatmu pada Allah?,” Di jawab Nabi Ibrahim Alayhi Salam: “Allah sudah tahu apa hajatku padaNya!”
Kemudian Baginda dilontar ke dalam api Namrud yang besar nyalaannya. Namun api tersebut tiada dapat membakar sedikit pun kekasihNya Ibrahim Alayhi Salam malah Baginda merasa nikmat berada didalamnya.
Ini kerana Allah telah berfirman pada api:
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ
“Kami (Allah) berfirman, “Wahai api! Jadilah kamu dingin, dan menjadi selamatlah atas Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69)
Maka api tunduk dan patuh pada Allah, Lalu ia menjadi sejuk dan penuh kenikmatan tika Nabi Ibrahim Alayhi Salam didalamnya. Api tiada membakar Baginda bukan kerana dirinya kebal, Tetapi kerana api telah diperintah sejuk dan sejahtera oleh Allah lantaran TAUHID, Cinta dan Penyerahan sepenuh jiwa Baginda kepadaNya. Namrud adalah simbol pada pembawa kesyirikan dan kerosakan, Raja yang sombong dan mengaku dirinya Tuhan.
Api adalah simbol kepada apa jua bentuk yang boleh membawa kepada Kemusnahan, Kemudharatan dan Kesengsaraan. Nabi Ibrahim Alayhi Salam adalah simbol KETAUHIDAN dan kebaikan, Bapa bagi segala Nabi dalam membawa mesej TAUHID yang bersifat penuh kefaqiran, adab dan cinta.
Hakikat Namrud masih wujud dari zaman ke zaman, Hanya bentuk sahaja yang berbeza. Hakikat Nabi Ibrahim Alayhi Salam juga masih wujud di sepanjang zaman, Hanya bentuk berbeza. Dunia akan terus berperang antara dunia SYIRIK dan TAUHID hingga ke akhir zaman.
Api nyalaan Namrud tiada dapat membakar Nabi Ibrahim Alayhi Salam, Begitu juga api Namrud kini yang telah berubah dalam bentuk senjata api, bom, nuklear dan pelbagai sistem kehidupan yang mencengkam dunia hari ini tiada akan dapat “Membakar” mereka yang benar berpegang pada Ketauhidan Nabi Ibrahim Alayhi Salam, Yang telah menyatu dirinya dengan Allah (tiada diri, hanya Allah).
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment