Sunday, January 13, 2013

AL-FATIH DAN ANAK ANAK

Sultan Muhamad Al-Fatih (1432-1481) Iaitu Sultan Bagi Empayar Uthmaniyyah Adalah Sultan Yang Pernah Disebutkan Oleh Rasullullah Sallahu Alayhi Wasallam, Yang Akan Menawan Constantinople atau Istanbul. 

Apa Yang Rasullullah Sallahu Alayhi Wasallam Sabdakan Itu Menjadi Kenyataan, Apabila Sultan Muhammad Al-Fatih Memimpin Bala Tentera Uthmaniyyah Pada Tahun 1453 Dan Berjaya Menawan Kota Itu Sekaligus Membawa Kehancuran Empayar Byzantine Yang Telah Lama Berkuasa Di Constantinople(Istanbul). 

Apa Yang Saya Cuba Sampaikan Adalah Kata-kata Sultan Muhamad Al-Fatih Di Mana Beliau Berkata: ”Jika suatu masa kalian tidak lagi mendengar bunyi bising gelak ketawa riang kanak-kanak Dan Berlari-lari di saf-saf masjid atausurau, Maka sesungguhnya takutlah kalian akan kejatuhan generasi muda pada masa itu."

Jadi Apa Yang Kalian Dapat Tafsirkan Dari Kata-kata Beliau?Cuba Perhatikan Masjid atauSurau Di Tempat Kalian Pada Zaman Kini. Apakah Sunyi Atau Masih Riuh Dengan Gelak Riang Ketawa Kanak-kanak? 

Harap Pengurusan Masjid atauSurau Dan Ajk-ajk Yang Dilantik Di Setiap Masjid atauSurau Di Seluruh Tempat Masing-masing, Boleh Bersikap Terbuka Dan Bersikap Ramah Pada Kanak-kanak. Benarkanlah Para Anak-anak Jemaah Untuk Bermain Sesama Mereka Sementara Menunggu Para Jemaah Selesai Solat. 

Jangan Marah Dan Menengking Atau Merotan Mereka Apatah Lagi Menghalau Mereka Ketika Mereka Bermain. Cuba Buat Perbincangan Sesama Ajk-ajk Untuk Menyediakan 1 Ruangan Khas Untuk Mereka Jika Kalian Merasa Tidak Selesa Mereka Berlari-lari atauBermain Di Saf Jemaah. 

Khususnya Pada Bulan Ramadhan Kini, Sudah Pasti Ramai Ibu Bapa Yang Membawa Anak-anak Mereka Di Masjid, Biarkan Mereka Bermain, Namapun Kanak-kanak Yang Pada Usianya Hanya Berfikir Untuk Bermain Bila Berjumpa Rakan Sebaya Mereka. 

Jika Kalian Bersikap Keras Kepada Mereka Dan Menengking Mereka Kerana Bermain. Maka Takutlah Kalian Apa Yang Pernah Diperkatakan Oleh Sultan Muhamad Al-Fatih, Dimana Saat Itulah Jatuhnya Generasi Anak Muda. Jika Kalian Masih Tidak Percaya Lihatlah Anak-anak Muda Pada Masa Kini, Bagaimana Sikap Mereka. Mereka Langsung Tidak Berminat Dengan Masjid atauSurau Setelah Meningkat Remana. Sudah Pasti Salah 1 Sebabnya Ketika Mereka Di Usia Kanak-kanak Selalu Di marah Dan Ditengking Oleh Kalian.Itulah Sebabnya Sultan Muhamad Al-Fatih Berkata Sedemikian. 

Jika Nak Dibandingkan Kita Dengan Beliau, Sudah Tentu Jauh Berbeza. Beliau Menawan Kota Constantinople Ataupun Lebih Dikenali Sebagai Istanbul Pada Usianya 21 Tahun. Dan Kita Pada Usia Itu Apa Yang Kita Buat Dan Apa Pencapaian Kita Yang Terbesar? Apa Pencapaian Kita Yang Boleh Menolak Kata-kata Beliau? 

Oleh Itu. Benarkanlah Anak-anak Muda Bermain Pada Usianya.. Jangan Sesekali Bersikap Keras Pada Mereka Terutamanya Di Masjid atauSurau. Biarkan Mereka Berlari-lari Dan Bergelak Ketawa Riang Di Masjid atauSurau. 

Jika Kalian Benar-Benar Kusyuk Dan Mengenal-Nya, Mana Mungkin Kalian Boleh Terkesan Ataupun Terganggu Ketika Mendirikan Solat Hanya Dengan Gelak Ketawa Riang kanak-kanak. 

Bissirril Al-Fatihah (Sultan Muhammad Al-Fatih).

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment