Ku-untai-kan puisi lembaran kasih di bawah cahaya kasih-Nya Adalah kita sang pencari lembah fitrah di antara sela hari yang penuh pancaroba.
Dari ke-azalian hakiki kita diutus datang menatap mentari dan bulan atas satu tujuan mem-persaksikan wujud Tuhan. Telah di-bentangkan jalan fitrah ke-insanan dan di-utus rasul membimbing ke-arah ke-sempurnaan ke-percayaan. Namun telah di-hiasi juga tipuan-tipuan di sepanjang jalan buat menguji setia akan lafaz per-janjian
Apakah kita pernah memikirkan atau bertanya akan hakikat per-jalanan ini sedang warna kekeliruan telah mem-bentang luas di ufuk sangkaan. Dan kita semakin jauh terhasut menyimpang dari jalan fitrah yang di amanah-kan, sehingga ter-hakis ke-insanan di celah gemuruh hilai tawa keserono-kan dunia sementara.
Hai burung-burung dari sarang ke-sucian. Telah dikau lumur-kan pandangan-mu dengan debu kotoran kekeliruan sangkaan.
Kembali-lah ke sarang fitrah ke-Hambaan-mu selagi masih ber-sisa angin nafas,sebelum talinya di-rentap oleh Yang Maha Merentap. Kau harus pulang suci tanpa kotoran dan daki. Kerana Tuhan adalah Maha suci dan ke-kotoran tidak me-layakkan dikau berada di majlis para ahli kesucian. Lalu di lubang mana akan dikau tempati se-belum diri-mu fitrah dan ter-suci kembali..
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment