Thursday, September 1, 2016

BENARKAH TUHAN WUJUD?

Seorang lelaki tua ke kedai gunting rambut untuk gunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan satu soalan kepadanya. 

Tukang Gunting: Pakcik Saya nak tanya satu soalan. 

Lelaki Tua: Ya, silakan nak. 

Tukang Gunting: Benarkah Tuhan itu wujud? 

Lelaki Tua: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni. 

Tukang Gunting: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

Lelaki Tua: (Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala).

Tukang Gunting: Kenapa Pacik diam?? 

Lelaki Tua: Kamu gunting rambut pakcik bagi siap dulu, Nanti pakcik akan jawab soalan tu selepas semua selesai. 

Si tukang gunting pun dengan segera siapkan rambut Lelaki Tua itu kerana ingin tahu apa jawapannya. Akhirnya siap. 

Tukang Gunting: Ok dah siap. Apa jawapannya pakcik?

Lelaki Tua: Berapa harga?

Tukang Gunting: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan dari lelaki tua itu) 

Lelaki Tua itu keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata.
Setelah membayar lelaki tua itu terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakannya. Tiba-tiba lelaki tua itu masuk kembali ke kedai tukang gunting dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis di tepi jalan dengan rambut kusut masai.

Lelaki Tua: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni?? 

Tukang Gunting: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting. 

Lelaki Tua: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus. 

Tukang Gunting: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

Lelaki Tua: Jadi, itulah jawapan Pakcik untuk soalan kamu tadi.

Tukang Gunting: "Terdiam seketika".

Lelaki Tua: Manusia yang tidak mencari Tuhan adalah manusia yang sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita, Malah sangat dekat dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti rambut yang dijaga. 

Tukang Gunting: (Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Lelaki tua itu dalam keadaan menitis air mata).

Pengajaran Kisah: Selagi kita masih bernyawa Berusahalah mengenal Tuhan, Kenali lah diri semua jawapan ada di dalam diri kita.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment