Friday, September 2, 2016

KIASAN ORANG TUA DULU

Orang-orang tua dulu khususnya mereka-mereka yang mendalami tentang Tasawuf dan Tauhid selalu menyampaikan kepada mereka yang berjalan di jalan makrifat dengan menggunakan suatu Istilah atau Simbol atau Kiasan atau perumpamaan yang bertujuan untuk memudahkan akal dalam memahami hakikat dan makrifat sebelum memasuki Alam Rasa.

Dan yang lebih sering kiasan yang di gunakan adalah, “Kiasan tentang Air”. Dikatakan bahawa lautan yang luas sejauh mata memandang itu jika di tela’ah maka tiada lain adalah “Air”. Ombak yang bergulung-gulung di laut yang di sebut juga dengan Gelombang, maka itu pun tiada lain “Air”. Banyaknya buih yang berada di pesisir pantai, itupun tiada lain “Air”.

Hancur buih menjadi “Air”, hilang ombak kembali menjadi “Air” dan lautan yang luas itu pun pada hakikatnya adalah “Air”. Asalnya “Air” maka kembali menjadi “Air.”

Begitupun jika “Air” dimasukkan dalam Freezer (Tempat Pembekuan Air), beberapa jam kemudian “Air” tersebut akan berubah bentuk menjadi sebuah bongkahan “Air” yang padat yang di sebut dengan “Ais Batu”. Di katakan bahwa Ais Batu tetaplah Ais Batu walaupun berasal dari pada “Air”, akan tetapi jika Ais Batu itu mencair maka kembalilah ia pada ujud asalnya iaitu “Air”. Asalnya Air kembali menjadi “Air”.

“Air” itu ada dua jenis, iaitu “Air” yang kotor atau keruh dan “Air” yang Jernih atau Bening. Walaupun jenisnya berbeza tetap saja hakikatnya adalah “Air”. Tetapi, agar “Air” itu boleh bermanfa’at yang baik, maka sudah seharusnya lah “Air” itu di olah dan di proses sehingga “Air” yang kotor atau keruh boleh menjadi jernih atau Bening.

“Air”….. ya! “Air”, apapun jenisnya Air itu dan apapun perubahan bentuk yang terjadi dari “Air” itu, dia tetaplah “Air”. Asalnya dari pada “Air” maka kembalilah menjadi “Air”.

Satu titis “Air” dalam Gelas, itu pun adalah “Air”, lautan yang luas, itu pun adalah “Air”. Maka dari segi hakikatnya tiada beza satu titis “Air” yang berada dalam Gelas dengan “Air” yang luas pada lautan. Lalu bagaimanakah agar di “Air” dalam Gelas itu boleh ada gelombangnya, ada buihnya, ada kapal diatasnya dan ada ikan didalamnya? 

Jawapannya ada pada dirimu.

Selain Kiasan tentang “Air”, ada juga kiasan tentang “Kapas”. Dimana pakaian yang kita pakai walau bermacam-macam bentuk dan rupa tetaplah sama asalnya iaitu “Kapas”. Kapas jadi benang jadi kain jadi pakaian. Setelah jadi pakaian maka tidak lagi di sebut “Kapas” melainkan di sebut dengan Pakaian. Akan tetapi Pakaian itu tiada lain berasal dari pada “Kapas”. Bukan “Kapas” tetapi tiada lain dari pada “Kapas”. Asalnya dari pada “Kapas” maka kembali kepada “Kapas”.

Benarkah Kiasan-Kiasan atauPerumpamaan-perumpamaan demikian?

Jawabannya ada pada dirimu.

Mari kita sama-sama untuk mencari kebenarannya di balik kiasan atau perumpamaan tersebut, bukan untuk mencari kesalahan dan perbezaan. Kerana sesungguhnya segala sesuatu yang Allah ciptakan semuanya mengandung Hikmah di dalamnya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Buat pegangan hidup kembali kepada yang hidup kekal Abadi Amin, AKU. Salam Sejahtera Dan Salam Tauhid.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment