Friday, September 2, 2016

RAHSIA ALLAH

Tuhan mentajallikan Cahaya-Nya. Cahaya Tuhan itu bernama Nur. Jadi, Nur itu Cahaya Tuhan. Itulah Rahasia Tuhan. Rahasia Tuhan itulah juga dinamakan Muhammad yang awal dan Nur Muhammad itu juga dinamai titik Nur yang awal. Nur Muhammad sudah “lahir”, baru bersuara. Inilah suara Allah langsung pada Muhammad.

Dari mana awal suara dari mulut dan lidah kita ini? Tentulah dari hati. 

Dari mana awal suara dari hati ini? Tentulah dari sirr.

Dari mana awal suara dari sirr hati ini? Tentulah dari Zat.

Dari mana awal suara dari Zat ini? Tentulah dari Allah.

Dari Allah Zat [Rahasia Allah] sirr hati lisan
Renungkanlah perjalanan suara ini. Dengan sirr ini kita dapat membezakan mana suara dari syaitan, mana suara dari Allah. Tuhan menjadikan kita punya zahir dan punya batin. Yang batin itu ruh dan yang zahir itu tubuh. Ruh ini Zat tubuh ini sifat. 

Kelakuan zahir ini kelakuan dari mana? Dari batin. 

Kelakuan batin itu kelakuan siapa? Kelakuan Zat. 

Siapa yang berkelakuan pada Zat itu? Tentulah Zat-nya Zat.

Itulah Tuhan maka ilham Allah pada Ruh yang musyahadah pastinya benar, namun bukan zat Allah bersatu dalam ruh kerana Ruh adalah makhluk sedangkan Allah adalah Qadim laisa kamislihi syaik. Maka ketika orang tauhid sudah mengetahui jalan ini, dirasakannya semua dari Allah, Minallah. Kalau sudah dirasakan oleh batinnya semua dari Allah, berarti batinnya sudah karam musyahadahnya pada Allah dan ketika melihat zahirnya itu, dirasakannya rasa isbat saja.

Pengetahan usul ini penting diketahui dan dipahami kerana usul itu kesempurnaan. Kalau tidak ada usul, bagaimana kita akan mendapatkan kesempurnaan? Jadi, belajar itu hendaklah sampai pada pemahaman yang tidak dimakan oleh usul. [tidak tertolak atau bertentangan dengan usul]

Ketahuilah bahwa Zat itu Diri Makrifat. Diri Makrifat itu menghimpunkan semua Af`al, semua Asma, semua Sifat, dan semua Diri. Sederhananya, Diri Makrifat itu menghimpunkan semua tubuh-hati-nyawa-rahasia.

Diri Makrifat itulah yang menggerakkan Zat-Sifat-Asma-Af`al. Diri Makrifat ini Rahasia Tuhan yang ada pada Adam (kita). Kalau sudah paham ini, bagaimana lagi kita mau menyangkal bahawa tiada perbuatan baharu lagi?

“Jika bukan kerana engkau Muhammad, tiada Ku-ciptakan alam ini”. Apa hikmah perkataan (hadis qudsi) ini dari sisi hakiki? Kalau tidak ada engkau Diri Makrifat, tidak akan ada pergerakan jasad. Inilah isyarat dua kalimah syahadat.

Jadi Diri Makrifat itu Sifat Tuhan juga Rahasia Tuhan. Jadi diri Makrifat itu jadi apa pada kita ini? Jadi ruh. Cahaya Diri Makrifat inilah yang menjadi firasat, sedangkan Nur Muhammad itu menjadi PERINGATAN. 

Mengapa Nabi Khidr a.s. dapat mengetahui semuanya dan perbuatannya bertentangan dengan syarak? Kerana Nabi Khidr mengetahui Diri Makrifat itu firasat. Sedangkan Diri Makrifat itu mustahil berbohong. 

Maka orang tauhid hakiki tidak bingung dengan kelakuan Nabi Khidr a.s. sebagaimana kisah dalam Q.S. al-Kahfi kerana orang tauhid hakiki tahu soal firasat dan per-ingatan ini. Dari sini diketahui bahawa Nabi Khidr itu Allah kurniakan firasat yang tinggi (ilmu hikmah). Sebenarnya ilmu firasatan ini menggunakan bahasa Cahaya, Cahaya Ilahi. 

Timbulnya ingatan itu dari firasat. Timbulnya firasat itu dari Tuhan. Ciri bahasa Cahaya Ilahi itu "laa raiba fiihi hudan lil muttaqiin” (QS Al-Baqarah:2) *tidak ada keraguan satu zarah pun!

Nabi Khidr a.s. itu ahli bahasa Cahaya ini. Jadi, tidak usah hairan kalau para wali Allah itu banyak mengetahui hal-hal yang tidak diketahui orang awam kerana para wali Allah itu belajar dan menguasai ilmu firasat bahasa Cahaya Ilahi ini dari Nabi Khidr a.s. Sang Murabbi.  “Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki” (QS Nur:35)

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment