Friday, February 19, 2016

SALASILAH KETURUNAN SAYYID HUSSAIN JAMADIL KUBRA

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu. Salasilah beliau adalah Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah. Ini adalah berdasarkan salsilah Tok Pulau Manis.

Ayahanda beliau Sayyid Ahmad Shah dikatakan adalah bekas Gabenor di dalam kerajaan Sultan Muhammad Tughlaq. Sayyid Hussain Jamadil Kubra dikhabarkan tiba di Kelantan pada tahun 1349M bersama adinda beliau Sayyid Thana’ullah atau dikenali juga sebagai Shaykh Saman, anak murid kepada Imam Ibnu Hajar. Menurut salasilah tersebut, Sayyid Hussain Jamadil Kubra mempunyai tiga orang putera iaitu Maulana Malik Ibrahim, Maulana Ibrahim Akbar dan Sayyid Ali Nurul Alam.

Dari keturunan Maulana Malik Ibrahim dan Sayyid Ali Nurul Alam lah lahirnya para Wali Songo seperti Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Gunung Jati, Sunan Kalijaga, Sunan Giri, Sunan Darajat, Sunan Kudus dan Sunan Muria.

Keturunan Nik, Wan, Tuan, Che, Tengku Kelantan berasal dari Syed Husien Jamadil Kubra. Beliau adalah tokoh yang terpenting di Nusantara. Terlalu penting sehingga nama beliau dipadamkan oleh British dan dipadamkan daripada buku sejarah sekolah:

1. Sayyid Hussein Jamadil Kubra dikatakan sebagai datuk kepada Wali Songo.
2. Adik beliau merupakan Adi Putera, Guru Hang Tuah.
3. Keturunan beliau ialah Sultan Brunei sekarang.
4. Keturunan beliau adalah Sultan Kelantan sekarang.
5. Beliau dikaitkan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut.
6. Keturunan beliau di Kelantan memakai gelaran Tengku, Nik dan Wan.
7. Beliau ketua Wali 7.
8. Beliau menetap agak lama di Kelantan sebelum meneruskan misi dakwah bersama-sama Wali Songo di Jawa. Bukit Panau di Tanah Merah Kelantan merupakan tempat pertapaan beliau dan tempat Wali Songo berkumpul sebelum ke Jawa.

No comments:

Post a Comment