Wednesday, July 20, 2016

DUA KALIMAH SYAHADAT (HAKIKAT DLM MAKRIFAT)

Syahadat Tauhid ialah hakikat ketuhanan iaitu diri batin (rohani) dan syahadat Rasul ialah hakikat kerasulan iaitu diri zahir (jasmani). Dua kalimah syahadat ialah rukun Islam yang pertama yang terkandung syahadat Tauhid (akidah) dan syahadat Rasul (syariah). Syahadat Tauhid (akidah) berlaku semasa kita di alam roh lagi dan kita telah berikrar dan berjanji dengan kalimah Tauhid LAA ILAHA ILLALLAH, mengaku tunduk dan patuh taat kepada Allah yang bersifat Wahdaniah, Esa, Tunggal tidak berbilang2. 

ASYAHADUALLA ILAAHA ILLALLAH merupakan syahadat Tauhid atau hakikat ketuhanan iaitu diri batin manusia itu sendiri (rohaniah) sedangkan syahadat Rasul (syariah) itu berlaku setelah kita dilahirkan yg bermaksud kita tunduk dan patuh kepada syarikat yang dibawa oleh Nabi s.a.w iaitu hukum Allah, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH merupakan syahadat Rasul atau hakikat kerasulan iaitu diri zahir manusia (jasmani).

Oleh itu kalimah Tauhid adalah kalimah awal (roh) dan kalimah akhir (mati kita) dan kalimah semasa kebangkitan (dihidupkan semula) kita di akhirat kelak. Kalimat Tauhid yang amat dicintai Allah iaitu pintu menuju keislaman (iman). Diri batin (rohani) adalah sebenar-benar diri yang menyatakan Rahsia Allah (Sirullah). Untuk menyatakan diri rahsia Allah adalah diri zahir manusia sedangkan kata Muhammad pada syahadat Rasul mengandung erti iaitu diri zahir manusia yang menanggung rahsia. Kejadian manusia adalah satu-satunya kejadian yang paling rapi (QS Attin:4). 

Kemuliaan manusia kerana manusia (insan) lah yang sanggup menanggung rahsia Allah (QS Al-Ahzab:72). Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Ahzab di atas maka kita mengucapkan dua kalimah syahadat.  ASYAHADUALLA ILAAHA ILLALLAH WA ASYAHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.

Aku bersaksi dengan diriku sendiri bahawa tiada yg nyata pada diriku sendiri hanya aku semata dengan tubuh zahir ku sebagai tempat menanggung rahsiaku dan aku akan menjaganya buat selama2nya. Hai zahirku yg aku cintai, Maha suci aku berserta Engkau, jikalau Engkau berada di dlm aku maka lenyaplah Engkau di dlm kosong. Allah itulah disebut diri yg batin dan Muhammad itulah disebut diri yg zahir. 

Sabda Rasulullah, ikuti aku… ikuti aku… Kalau Engkau tiada mengikuti aku maka engkau adalah sesat. Sebab itulah aku ajarkan engkau kalimah Tauhid (LAA ILLAHA ILLALLAH) dan kalimat syahadat (ANNA MUHAMMADUR RASULULLAH). Jika engkau berpegang kpd keduanya maka selamat lah engkau dunia dan akhirat. Engkau di dalam mukmin yang sebenar2nya. Ingatlah bahawasanya kalimat Tauhid itu ialah makam roh yang tiada lupa ia kepada yang menjadikan nya setiap saat. Maka engkau rindu selalu kpd Allah yg menjadikan seluruh alam semesta. Itulah yg disebut engkau bertubuh Nurullah. Itulah yg disebut “LENYAP DENGAN AKU”. Ingatlah juga bahawasanya asal engkau yg Aku jadikan mula-mula adalah satu. 

Rahsia Nur yang disebut Nur Zat. Nur Zat menjadi diri kemudian diri kau ghaib di dalam Nur Allah kemudian ghaib lagi yang disebut kosong kemudian berkata di dalam KUN. Kun itulah yang disebut Alif dan Alif itulah yang disebut diri. Maka ghaib lah Alif itu menjadi Laisa lalu berkata ia Haq. Yang Haq itulah yg disebut tiada berwujud dan tiada bernama. Maka engkau itu yang dinamakan Aku sebab itu bukan di luar bukan di dalam sehingga meliputi Aku semesta sekalian alam. Maka Laisa lah Aku di dalam diri engkau itu jikalau engkau mengenalkan Aku maka engkau itu adalah di dalam kalimah Ku. 

Sesudah engkau di dalam kalimah ku maka engkau itu bertubuh syahadat dan sesudah itu bernama syahadat. Jikalau engkau sudah bernama maka Muhammad zahirnya, Ahmad batinnya lalu sesudah bernama Ahmad maka engkau itu ghaib dengan HU… maka Aku lah itu. Engkau dengarkan bunyi di dalam tubuh, engkau yang berbunyi Wujud Zat dan wujud itu berbunyi HU dan zat itu berbunyi ALLAH. Oleh kerana itu yang bunyi hanya kosong maka kosong itu maknanya. Fana hanya diriku lah yang ada yang berserta melihat dan mendengar semuanya lenyap di dalam yang kosong. 

Hadist Qudsi: “Kalimah Laa Illaha Illahllah adalah bentengKu (Allah) dan siapa yang masuk bentengKu nescaya mendapat keamanan dari seksaKu”

Hadist Qudsi: “Manusia yang paling bahagia mendapat syafaatKu (Allah) pada hari kiamat ialah manusia yang menucapkan LAA ILAHA ILLALLAH dengan seikhlas hati dan setulus jiwa.”

Demikian agungnya kalimah Tauhid apabila diucapkan dengan penuh ikhlas dan jujur taat beristiqamah (berzikrullah) dengan menghayati serta yakin pada yang haq. InsyaAllah kita akan memperolehi nikmat ganjaran syurga Allah kerana anak kunci syurga diperolehi dengan iktikad dan ikrar LAA ILAHA ILLALLAH. Hidupa dalam kalimah dan mati dalam kalimah. 

No comments:

Post a Comment