Wednesday, July 20, 2016

CAHAYA BERLAPIS CAHAYA (8 NUR BATIN)

1) NUR AL-IMAN: Cahaya keimanan ialah cahaya kebenaran yang dapat menembusi segala kegelapan di dalam hati di mana keagungan dan keEsaan Allah s.w.t menyinari hati insan.

2) NUR AL-QALB: Cahaya hati ialah cahaya yg wujud dgn sempurna memperoleh sinarah cahaya dpd Nur Al-Iman. Apb hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati inilah dinamakan Nur Al-Qalb. Nur Al-Qalb akan menerangi akal dan akal akan dapat memikir, merenungi ttg hal-hal ketuhanan yg menguasai alam dan menguasi diri. 

3) NUR AL-RUH: Cahaya roh ialah cahaya (Nur) yang tinggi yang diperolehi dengan kepatuhan bersungguh2 kepada Allah s.w.t dalam menyucikan peribadi daripada kelakuan liar dan sikap yang merugikan sehingga roh nya dapat berhubung dengan alam malaikat. 

4) NUR AL-NAFS: Cahaya peribadi yg wujud dgn sempurna memperolehi sinaran cahaya dpd Nur Al-Ruh.

5) NUR AL-SIRR: Cahaya rahsia yg diperoleh dgn mengenal Allah sebenar2 kenal kpd Maha Pencipta sehingga dapat menyaksikan keajaiban kebesaran Allah di alam malakut, alam mulk dan alam syahadah. 

6) NUR AL-AQAL: Cahaya akal yg wujud dgn sempurna memperolehi sinaran cahaya dpd Nur Al-Sirr. 

7) NUR AL-QURAN: Cahaya Al-Quran. Kalam-kalam Allah merupakan Nur Allah s.w.t berhubung rapat dengan Zat Allah yang Maha TInggi. Hakikat Nur Al-Quran ialah mukjizat agung dari Allah s.w.t. Nur Al-Quran ialah kunci kepada Nur Al-Sirr dan nur nur yang lain. 

8) NUR AL-KASYAF: Cahaya singkapan iaitu Nur Al-Kasyaf merupakan makan Nur yang paling tinggi. Nur ini dapat mengilap cermin hati insan dgn ikhlas beramal, berpuasa, makan makanan halal, meninggalkan sesuatu yg syubhah, amalan membaca ayat2 suci Al-Quran, zikrullah, sentiasa membersihkan diri dan peribadi, mengekalkan wuduk dalam taat untuk berbakti kepada Allah. 

Mata lahir (nazariah) melihat benda2 di alam. Mata hati (basariah) melihat kepada hakikat2. Banyak benda alam dilihat oleh mata lahir (nazariah) kerana banyaknya cermin yang membalikkan cahaya matahari sedangkan cahaya hanya satu sahaja yang datangnya dari matahari yang satu. Banyak hakikat dilihat oleh mata hati (basariah) kerana banyaknya cermin hakikat yang membalikkan cahaya Nur Allah sedangkan Nur Allah hanya satu sahaja yang datangnya dari Allah yang satu iaitu Zat Yang Maha Esa. 

Kegelapan menutupi mata hati menyebabkan hati terpisah dari kebenaran. Apabila Nur Allah sudah membuka tutupan, cahaya terang terlah bersinar maka mata hati dapat memandang kebenaran, hakikat yang selama ini disembunyikan oleh alam maya, hakikat yang selama ini bersembunyi di sebalik diri sendiri. Nur-nur Allah ialah tentera hati sementara kegelapan ialah tentera nafsu. Tatkala Allah s.w.t berkehendak menolong hambaNya maka dibantu dengan tentera Anwar iaitu Nur-nur Allah. Dihilangkan kegelapan titik-titik hitam noda dosa dari hati dan diterangi hati dengan Nur-nur Allah sehingga terbuka nya hijab mata hati sehingga mampu menyaksikan keajaiban, kebesaran dan keagungan Allah sehingga mencapai makam Nur yang paling tinggi iaitu Nur Al-Kasyaf. 

Menurut para sufi, Nur Al-Kasyaf dapat mengangkat pandangan kepada Arasy dan Kursi dan menyaksikan segala Nur-nur yang indah sehingga terbuka segala rahsia-rahsia alam, diri dan Allah dan pelbagai rupa alam ghaib. Hakikatnya Allah s.w.t hanya dapat dikenal apabila Allah sendiri mahu dikenali. Tatkala Allah mahu memperkenalkan diriNya kpd hambaNya maka hati hamba itu akan dipersiapkan dgn mengurniakan hati hambaNya itu dengan Warid (Nur). Hati hamba akan diterangi dengan Nur Allah dan tidak mungkin dapat mencapai Allah s.w.t tanpa dorongan yang kuat dari Nur Allah. Nur Allah ialah kenderaan bagi hati untuk sampai ke hadrat Allah. 

Hati adalah umpama jasadNya, roh adalah umpama nyawanya. Roh (ghaib) amat hampir berhubung dgn Allah s.w.t (yg Maha Ghaib) dan inilah yg dinamakan As-Sirr (Rahsia). Hakikat kepada hati ialah roh sementara roh menjadi nyawa kepada hati. Hakikat kepada roh ialah sirr sementara Sirr menjadi nyawa kpd roh. Sirr atau rahsia sebenarnya yg sampai kpd Allah s.w.t dan masuk ke hadrat Allah. Mengenal Allah s.w.t ialah hakikat kpd sekalian yg maujud. Hakikatnya Nur-nur Allah ialah anugerah Allah yg menerangi hati, roh dan Sirr dan menyingkap segala tabir hijab yg sebenarnya membuka segala rahsia2 hakikat kerana amal dan ilmu tidak mampu membuka rahsia2 hakikat. 

No comments:

Post a Comment