ERTINYA aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain dpdku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yg disembah dgn sebenarnya melainkan Allah jua yg kaya Ia dpd tiap2 yg lain dpdNya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kpdNya. Lagi yang bersifat Ia dgn tiap2 sifat kesempurnaan yg maha suci Ia dpd segala kekurangan dan dpd barang yg terlintas Ia di dlm segala hati dpd barang yg tiada patut Ia bagiNya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada yg memperanakkan bagi-Nya. Dan tiada menyamai Ia pada zatNya dan sifatNya dan af'alNya akan seseorang maka Ialah Tuhan yg menjadi Ia akan segala makhluk yg 'ulvi-Nya dan syufliNya lagi ketunggalan Ia pada mengada kan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintahNya dan tiadalah jenis 'itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya.
Dan aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sungguhnya penghulu kita Nabi Muhammad anak Abdullah itu hamba Allah dan pesuruhNya kepada sekalian makhluk lagi sangat benar ia pada tiap-tiap barang yang ia khabarkan dengan dia daripada Tuhannya. Maka wajiblah atas tiap-tiap makhluk itu benar akan dia dan mengikut akan dia dan haram atas mereka itu mendusta akan dia atau menyalahi akan dia maka barang siapa yang mendusta ia akan dia maka orang itu zalim ia lagi kafir ia, dan barang siapa yang menyalahi ia akan dia maka orang itu derhaka ia lagi binasa ia.

(Mula menadah doa) Mudah-mudahan memberi taufiq akan kita oleh Allah bagi sempurna mengikut akan dia dan mengurnia ia bagi kita akan sempurna berpegang dengan jalannya dan menjadi ia akan kita akan setengah daripada orang yang menghidup ia akan segala hukum syariat-Nya dan memati Ia akan kita atas keagamaan-Nya dan menghimpun Ia akan kita serta perhimpunannya. Demikian lagi segala yang memperanak akan kita dan ahli kita dan segala saudara kita dan yang kasih la akan kita dan segala sahabat kita daripada segala orang yang Muslimin. Amin. Syahadat Tokku ini adalah satu amalan tambahan yang kebiasaannya di baca selepas sembahyang 5 waktu, ketika bangun tidur, mahupun bacaan amalan harian. Marilah kita amalkan syahadat ini. Moga mendapat manfaat daripadanya.
Ijazah Senaman Nafas Sejati
ReplyDeleteSanad Sunan Gunung Jati Aliran Tokku Paloh
⚔Perisai Diri & Keluarga
⚔Perawatan Diri &Keluarga
⚔Belajar Melalui Guru Bersanad.
⚔Boleh Merawat Tanpa Menggunakan Khidmat Orang Lain.
⚔Keilmuan Putih HaQ
Step1
Ijazah SNSPT Rm150.00
Ijazah SNSKT Rm150.00
(Promosi SNSPT+SNSKT Rm199.99)
*10% infaq ke tahfiz
Bertemu Lutut Dgn Guru @ Jarak Jauh
Sesi Ijazah -Tarikh Cadangan :-
7-09-2019 Sabtu Malam
05-10-2019 Sabtu Malam
* Cukup Korum 30 Org Program On
Lokasi @ KL
*Whatsapp*
https://chat.whatsapp.com/ExDOIJ4SJLq2rhi6hsWBFt
*Telegram*
http://t.me/keilmuanhaq