Friday, July 22, 2016

JALAN SUCI PARA NABI

Rasulullah s.a.w bersabda: “Org yg mengamalkan Al-Quran dikenal dgn bangun malamnya ketika org lain tidur, dengan puasa siangnya ketika org makan dan minum, dgn kesedihannya ketika orang2 bergembira , dgn tangisannya ketika org tertawa dan dgn kesendiriannya ketika org bercampur-baur”. Sheikh Abd Qadir Jailani menukilkan bahawa tasawuf di bina di atas lapan perbuatan iaitu : 

1. Sifat pemurah Nabi Ibrahim a.s
2. Keredhaan Nabi Ishak a.s
3. Kesabaran Nabin Ayub a.s
4. Isyarat Nabi Zakaria a.s
5. Kesepian Nabi Yahya a.s
6. Baju biri-biri Nabi Musa a.s
7. Pengembaraan Nabi Isa a.sdan
8. Kefakiran Nabi Muhammad s.a.w

Beliau menekankan bahawa “sebaik-baik amal perbuatan adalah menjaga hati agar tidak berpaling kpd selain Allah”. Inilah tafsir beliau terhadap ayat 77 surah Asy Syuara’: “Sesungguhnya mereka (apa yg kamu sembah) itu musuhku, kecuali Tuhan seluruh alam”.

Ini diikuti dengan mencapai keadaan fana’ seperti yang dihuraikan lagi oleh beliau  (dalam bab 79 kitab “Adab as Suluk wa atTawassul Ila Manazil al Muluk”): “Ingatlah! Fana diri adalah (proses) penafian seluruh makhluk dan kematian tabiat manusiawi menjadi tabiat malaikat , kemudian luruh dpd tabiat malaikat sehingga mencapai al Minhaj al-Awwal. Di sana Tuhan menyiramimu mengikut kehendakNya serta menanammu mengikut kehendakNya. Jika kamu mencitakan hal ini, maka Islamlah! kemudian istislam lalu kenalilah Allah, lantas kenalilah (makrifat), kemudian wujudlah bersamaNya. Ketika kewujudan dirimu sudah kamu persembahkan kpdNya, maka amalan seluruh dirimu menjadi milikNya”.

Bukti bahawa para sahabat r.a sudah mencapai ketinggian makrifat adalah hadith yg dirakamkan dlm kitab “Al Riyadh Al Nadhirah Fi Manaqib Al Asyarah” sehingga memasuki surga dgn diiringi para Nabi a.s sbg gandingan akhlak dan kesamaan dalam bentuk makrifat seperti para Nabi a.s. 

Rasulullah s.a.w bersabda “ Wahai Aisyah , maukah engkau ku beritakan tentang kabar gembira? Aisyah r.a menjawab “tentu sekali wahai Rasulullah” Baginda s.a.w seterusnya bersabda “Ada 10 org yg akan menerima berita gembira masuk surga iaitu ayahmu yg akan masuk surga bersama temannya Nabi Ibrahim a.s, Umar ibn Khattab yg akan masuk surga bersama temannya Nabi Nuh a.s, Utsman Ibn Affan yg akan masuk surga bersama temannya iaitu diriku, Ali bin Abi Talib yg akan masuk surga bersama temannya Nabi Yahya bin Zakaria, Thalhah bin Ubaidillah yg akan masuk surga bersama temannya Nabi Daud a.s, Zubair bin Awwam akan masuk surga bersama temannya Nabi Ismail a.s, Saad bin Abi Waqas akan masuk surga bersama temannya Nabi Sulaiman a.s, Said bin Zaid akan masuk surga bersama temannya Nabi Musa bin Imran a.s, Abdul Rahman bin Auf akan masuk surga bersama temannya Nabi Isa bin Maryam a.s, Abu Ubaidillah al-Jarrah akan masuk surga bersama temannya Nabi Idris a.s.”

Sedangkan kewujudan kumpulan tareqah adalah seperti yang disebut dalam sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya syariatku datang atas 313 jalan (tareqah). Setiap hamba yang menemukan Tuhan dengannya akan masuk surga” (H.R Tabrani).

No comments:

Post a Comment