Manusia yg berada di atas jalan yg benar ada dua golongan. Golongan pertama adalah ahli fikah yg berjiwa tasauf dan keduanya adalah ahli tasauf yg berjalan di atas landasan fikah. Berpegang kpd salah satu di antara fikah dan tasauf bermakna berpegang kpd separuh dpd kebenaran. Berpegang kpd fikah semata2 dgn menolak tasauf bermakna mengambil bahagia zahir syariat shj. Berpegang kpd tasauf dan membuang fikah bermakna mengambil batin syariat sahaja. Berpegang kpd zahir syariat tanpa batinnya dibolehkan dan sudah memadai utk diiktiraf sbg org Islam ttpi pegangan yg demikian tidak sempurna. Berpegang kpd batin syariat sahaja tanpa zahirnya adalah tidak mungkin, kecuali mereka yg sdg dikuasai oleh jazbah. Mereka yg demikian dimaafkan. Kesempurnaan syariat adalah gabungan zahir dan batinnya.
Istilah syariat hendaklah diberi definasi yg lengkap dan benar. Syariat mengandungi tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat bukanlah sesuatu yg di luar syariat atau lain dpd syariat. Tindakan mengasingkan syariat, tarekat, hakikat dan makrifat menjadi jalan menjalarnya kekeliruan dlm masyarakat. Kaum Muslimin haruslah sedar bahawa tarekat adalah satu bahagian dpd syariat. Demikian juga hakikat dan makrifat. Syariat adalah umpama air yg mengalir dan menghidupkan tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat yg tidak dibasahi oleh air syariat adalah umpama pokok yg ditanam di atas batu, tidak ada air menghidupkannya. Syariat adalah umpama nyawa yg memberi kehidupan kpd tarekat, hakikat dan makrifat.
Syariat mengajarkan akidah dan peraturan yang benar. Rasulullah s.a.w menolak ketuhanan Isa al-Masih, Uzair dan patung2 kerana ia bertentangan dengan akidah yang diajarkan oleh syariat. Rasulullah s.a.w menolak keislaman puak Taqif yang meminta dikecualikan daripada mengerjakan sembahyang kerana ia menyalahi peraturan syariat. Abu Bakar as-Siddik memerangi Musailamah bin Hatib yang mendakwa menjadi nabi kerana dakwaan demikian menyalahi akidah yang diajarkan oleh syariat.
Abu Bakar as-Siddik juga memerangi kaum Muslimin yang enggan mengeluarkan zakat selepas Rasulullah s.a.w wafat, kerana perbuatan demikian menyalahi peraturan syariat. Tentera Islam berperang, membunuh dan dibunuh kerana menyebarkan syariat. Sekali lagi diperingatkan maksud syariat adalah syariat zahir dan syariat batin, meliputi perkara2 seperti Islam, iman, perbuatan tubuh badan dan amalan hati. Al-Quran mengajarkan supaya beriman dan beramal salih, jangan dipisahkan keduanya. Tidak ada amal salih tanpa iman. Tidak berdiri iman tanpa amal salih.

Rasulullah s.a.w memiliki dua jenis ilmu. Pertama adalah ilmu yg mengenai hukum hakam dan peraturan, dinamakan ilmu ahkam. Kedua adalah ilmu mengenai perkara ghaib, rahsia dan misteri, dinamakan ilmu asrar. Ilmu ahkam biasanya dipanggil ilmu fikah dan ilmu asrar dipanggil ilmu tasauf. Istilah ilmu fikah dan ilmu tasauf digunakan selepas zaman Rasulullah s.a.w. Pada zaman baginda s.a.w yg dikenali hanya satu ilmu sahaja iaitu ilmu al-Quran. Dlm ilmu al-Quran ada bahagian fikah iaitu peraturan dan hukum dan ada bahagian tasauf iaitu perkara ghaib dan kerohanian.
Rasulullah s.a.w menyampaikan kedua-dua jenis ilmu tersebut kpd sahabat baginda s.a.w secara bersama, bukan terpisah. Para sahabat pula memperturun kannya kpd generasi yg datang kemudian. Ulama yg menerima kedua-dua jenis ilmu tersebut dinamakan pewaris nabi. Memiliki satu aspek sahaja tidak dinamakan pewaris. Ulama yang mengambil bahagian hukum dan peraturan sahaja dinamakan ulama zahir, masih jauh lagi utk bergelar ulama syariat. Ulama yg mengambil bahagian zahir dan batin itulah yang benar2 menjadi ulama syariat, pewaris nabi.

Sebahagian org menyangka ilmu ttg Kebenaran Hakiki iaitu ilmu asrar bermaksud ilmu mengenai wahdatul wujud, kesempurnaan Yang Satu dlm yg banyak dan yg banyak dlm Yang Satu, fana, bersatu dgn Tuhan dan baqa bersama Tuhan. Fahaman yg demikian adalah tidak benar. Doktrin wahdatul wujud dan yg seumpama dgnnya masih terlalu rendah jika dibandingkan dgn kebenaran yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w. wahdatul wujud adalah hasil dpd kefanaan dan mabuk. Rasulullah s.a.w tidak memasuki suasana fana dan mabuk. Ilmu yg baginda s.a.w bawa adalah ilmu yg muncul dlm kesedaran bukan kelupaan. Ilmu kenabian adalah umpama lautan yg luas. Ilmu kewalian sufi yg kefanaan adalah umpama satu titik air, ttpi bagi org yg tercampak di padang pasir satu titik air sangat memberi erti kepadanya.
Ada orang menyangka kefanaan lebih tinggi daripada kesedaran. Mungkin mereka memandang kepada kesedaran orang awam. Jika mereka melihat kepada kewalian yang telah sempurna di atas jalan kenabian tentu mereka dapat melihat bahawa Kebenaran Hakiki muncul dalam kesedaran, bukan dalam kefanaan. Kewalian yg sempurna bukanlah yg fana terus menerus tetapi adalah yang kembali kepada kesedaran biasa dan meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. Ketika di dunia ini berbakti kepada Tuhan lebih utama dpd fana dalam-Nya. Ahli makrifat yang sempurna adalah yang makrifatnya dihidupkan oleh air syariat dan mereka melibatkan diri di dalam kegiatan masyarakat sehingga ke akhir hayat mereka. Golongan ini tidak mendakwa melihat Tuhan dalam dunia. Mereka mengakui bahawa melihat Tuhan hanya mungkin di akhirat. Mereka melihat maut sebagai jambatan buat mereka sampai kepada Kekasih mereka.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat beriman kepada perkara ghaib seperti beriman kepada Allah s.w.t dan sifat-sifat-Nya berdasarkan kenyataan yang dibawa oleh al-Quran. Wali-wali Allah yang sempurna juga beriman menurut iman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Bilangan wali-wali yang sampai kepada peringkat ini setelah melepasi kewalian sufi adalah sedikit. Selain mereka, ulama dan orang-orang Islam yang awam juga beriman cara demikian. Iman pada kewalian sufi pula bersumberkan kepada penyaksian, dinamakan iman syuhudi. Sufi yang beriman secara syuhudi mungkin bercampur dengan orang ramai dan mungkin juga tinggal sendirian. Walaupun sufi jenis ini bercampur dgn orang ramai tetapi tidak secara keseluruhan dirinya. batinnya atau hatinya masih memandang ke atas, mencari-cari atau menanti-nanti.
Lahirnya sibuk dengan manusia tetapi batinnya karam dgn Tuhan. Keadaan sufi yg demikian berbeza dengan keadaan Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w berhadap kepada makhluk secara keseluruhan, terlibat jiwa dan raga dalam berdakwah mengajak manusia kepada jalan Allah s.w.t. Sufi yang masih memandang atau mencari-cari ke atas menunjukkan dia belum bebas sepenuhnya dpd pengaruh kefanaan dan mabuk dan dia belum mencapai matlamat, sekalipun dia sudah boleh bergaul dengan orang ramai. Sufi yang sudah sampai ke penghujung perjalanannya menetap dlm kehidupan harian secara menyeluruh, berhadap kepada kehidupan dunia secara keseluruhan jiwa raga, tanpa mencari-cari ‘yg di atas’ atau mencungkil semula pengalaman yg telah dilalui dlm kewalian sufi dahulu.

Ketika sufi dalam proses menaik yang banyak hilang lenyap, hinggakan asma’ dan sifat juga hilang daripada alam kesedarannya, tidak ada yang disaksikan melainkan Wujud Mutlak. Tuhan kurniakan kepada sufi itu apa yang Dia kehendaki, sesuai dengan amanah dan tugas yang akan ditanggungnya kelak. Dalam proses menurun pula sufi kembali sepenuhnya kepada kesedaran biasa yang padanya ada perhatian kepada yang banyak. Dalam keadaan kesedaran semula itu tidak ada yang menarik minatnya kecuali hidup sebagai Muslim biasa. Mereka hanya menjalankan perintah Tuhan dan mengajak manusia kepada jalan Tuhan. Setelah mereka menyelesaikan tugas dakwah dan hampir kembali ke Hadrat Ilahi, mereka beralih daripada iman tanpa penyaksian kepada iman secara penyaksian (iman syuhudi).
Jangan menganggap kembali kepada kehidupan dunia sebagai kecacatan atau ditolak daripada majlis Tuhan. Jangan menyangka fana dalam Tuhan lebih baik daripada berkhidmat kepada makhluk Tuhan. Sufi yang kembali kepada dunia bukan dengan kehendaknya sendiri. Mereka turun dari kesedaran ‘alam tinggi’, keluar daripada suasana penyatuan kepada suasana perpisahan adalah dengan perintah Allah s.w.t. Sufi yang kembali kepada dunia tunduk kepada kehendak Allah s.w.t dgn melepaskan kehendak diri sendiri. Golongan sufi yg kembali kpd kehidupan dunia itu bergabung dgn golongan ulama, sama2 bekerja menyebarkan agama yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w iaitu yg menggabungkan zahir dan batin syariat. Dakwah adalah pekerjaan yg paling mulia. Dakwat ulama ditimbang dgn darah syuhada dan lebih berat.
Dlm apa juga keadaan para sahabat Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik utk semua zaman. Kelebihan para sahabat sbg generasi Muslim yg pertama tidak boleh ditandingi oleh generasi yg dtg kemudian. Generasi pertama melebihi yg lain kerana mereka memiliki iman yg dilahirkan oleh hubungan secara langsung dgn Rasulullah s.a.w. Iman yang lahir dpd penyampaian secara langsung oleh baginda s.a.w lebih berkesan dan utama dpd iman yg lahir dpd cara-cara lain. Para sahabat tidak melalui fana dan jazbah, tidak ada bersatu dengan Tuhan dan baqa bersama-Nya.
Mereka tidak menerima tajalli atau penzahiran Tuhan. Kelebihan mereka terletak pada takwa bukan pada kasyaf, tajalli, zauk dan mabuk. Kelebihan mereka adalah kerana mereka mempraktikkan Sunah Rasulullah s.a.w, berperang bersama2 baginda s.a.w dan menanggung berbagai2 kesusahan demi agama Allah s.w.t. Mereka mendapat Kebenaran Hakiki dlm kesedaran, melalui bimbingan wahyu yg disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Tarekat sufi hendaklah dijadikan jalan untuk mencapai tahap yang diperolehi oleh para sahabat Rasulullah s.a.w, bukan untuk menyingkap misteri alam dan kehidupan atau untuk memperolehi tajalli. Matlamat sufi mestilah mencari kefahaman yang jelas dan keyakinan yang teguh kepada risalat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Kebenaran yang dibawa oleh Rasul Allah adalah jelas dan muktamad, tidak boleh dicabar oleh ahli falsafah atau pun ahli sufi. Fikiran, ilham dan kasyaf bukanlah alat untuk mengadakan kebenaran yang kain daripada kebenaran yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan as-Sunah.
Risalat yg dibawa oleh Rasulullah s.a.w memperakui kewujudan benda2 alam yg memiliki sifat2 dan keupayaan, boleh bergerak dan bertindak. Tuhan menciptakan makhluk dan dlm penciptaan makhluk itu Tuhan telah meletakkan keupayaan melakukan perbuatan. Perbuatan makhluk adalah ciptaan Tuhan bukan perbuatan Tuhan. Makhluk menggunakan bakat dan keupayaan yg Tuhan bekalkan kpd mereka bukan makhluk menggunakan perbuatan Tuhan utk melakukan perbuatan. Perbuatan Tuhan tidak bersamaan dgn perbuatan makhluk. Tuhan menciptakan makhluk dan sifat2 mereka ttpi Tuhan bukanlah alat kpd sifat2 tersebut. Tuhan yg menciptakan perbuatan ttpi bukanlah Tuhan yg bergerak dlm pancaindera makhluk utk melahirkan perbuatan.
Tauhid af’al, tauhid asma’, tauhid sifat dan tauhid zat bukanlah ajaran yang terdapat dalam risalat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w tetapi ia adalah pengalaman kerohanian yang berlaku dalam kewalian sufi. Pengalaman yang demikian hanya untuk sufi yang mengalaminya sementara org ramai wajib berpegang kepada risalat Rasulullah s.a.w. Orang ramai yang sengaja berpegang kepada fahaman sufi yang dalam mabuk, yang menyalahi syariat, hukumnya adalah kufur. Orang sengaja menyengutukan perbuatannya dan dirinya dengan perbuatan Tuhan dan Zat Tuhan sama keadaannya dengan orang Nasrani yang menyengutukan al-Masih dengan Tuhan. Al-Quran mengecam perbuatan kaum Nasrani itu dan perbuatan demikian dikira sebagai perbuatan kaum musyrikin.
Risalat Rasulullah s.a.w memperakui kewujudan fitrah manusia. Dalam fitrah itu ada nilai-nilai baik dan buruk, cantik dan hodoh, sempurna dan cacat dan lain-lain. Tuhan kurniakan kepada seseorang manusia itu kediriannya sendiri untuk wujud sebagai satu individu, tidak perlu berebut pada satu kewujudan seperti Adam atau Muhammad. Tuhan ciptakan untuk manusia keupayaan memilih, fikiran, tindakan dan perasaan.
Tuhan adalah Pencipta bukan yang dikuasai oleh ciptaan-Nya. Kepercayaan manusia bukan kepercayaan Tuhan. Perasaan manusia bukan perasaan Tuhan. Tindakan manusia bukan tindakan Tuhan. Tuhan tidak dikongkong oleh kepercayaan, perasaan dan tindakan manusia. Manusia yang merasai bahagia dan manusia juga yang merasai kecelakaan. Tidak ada jalan buat manusia untuk mempersekutukan apa yang ada dengannya dengan Tuhan.

Risalat Rasulullah s.a.w memperakui ada kepercayaan yang benar dan ada kepercayaan yang salah. Risalat membezakan yang baik dengan yang jahat, yang benar dengan yang batal. Risalat dengan jelas dan tegas mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab ke atas perbuatannya, kepercayaanya dan sikapnya. Tuhan akan mengadili manusia dan akan memberi balasan kepada yang baik dan menghukum yang jahat. Risalat menolak fahaman sebahagian manusia yang meletakkan kesalahan kepada Tuhan.
Rasulullah s.a.w mengajarkan bahawa manusia adalah hamba Tuhan. Tuhan ciptakan manusia supaya mereka berbakti kepadaNya. Kehambaan atau ubudiah merupakan kemuncak perjalanan suluk orang sufi. Kehambaan yang sempurna adalah yang berbakti kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga, beriman kpd firmanNya dgn disertai oleh kepatuhan dan ketaatan, menerima peraturan syarak, berdakwah ke jalanNya dan menegakkan kerajaanNya di bumi.
Setiap Muslim, termasuklah wali Allah, mesti menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w sbg contoh tauladan. Semakin hampir dgn Sunah baginda s.a.w semakin benar dan baiklah seseorang Muslim itu. Tidak ada wali yg bebas dpd Sunah Rasulullah s.a.w atau yg boleh menyamai baginda s.a.w. Apa juga kelebihan dan kemuliaan yg diperolehi oleh seseorang wali adalah kerana syafaat baginda s.a.w dan kerana mengikuti Sunah baginda s.a.w.

Jalan sufi pada satu seginya menyamai jalan kenabian. Sufi melakukan amalan solat, puasa, membaca al-Quran, berdoa dan berzikir. Amalan yang demikian diambil dari al-Quran dan as-Sunah. Ia kemudian disusun bagi memudahkan pengikut satu-satu tarekat itu mengamalkannya bagi mendapatkan kesan yang maksima daripada amalan tersebut. Selain daripada amalan yang bersesuaian dengan ajaran al-Quran dan as-Sunah, terdapat juga bahagian yg benar2 baharu, tidak kedapatan pada jalan kenabian.
Bahagian tersebut adalah yang mengandungi fana, baqa, bersatu dgn Tuhan dan latihan kerohanian yg melahirkan pengalaman tersebut. Bahagian utama jalan kesufian adalah zikir dan tafakur. Bahagian yg paling menonjol adalah pengalaman fana dan baqa. Bahagian yang ada urusan dakwah, jihad dan berbakti kepada orang ramai diberi perhatian yang sedikit sahaja.

Perbezaan yang paling ketara di antara jalan kesufian dengan jalan kenabian adalah pada jalan kesufian terdapat dua keadaan yang terpisah. Pada peringkat pertama sufi membenamkan diri mereka ke dalam Tuhan, mengalami fana dan bersatu. Kemudian sufi mengalami perpisahan dan baqa. Seterusnya sufi kembali kpd kesedaran normal dan kepada dunia untuk berkhidmat kepada orang ramai. Peringkat naik kepada Tuhan dan turun kepada dunia merupakan dua peringkat yang berbeza dalam perjalanan sufi.
Pada jalan kenabian pula tidak ada fana dan baqa, tidak ada naik dan turun. Hubungan dengan Tuhan dan hubungan dengan sesama manusia bukanlah dua peringkat yang terpisah pada jalan kenabian. Kedua-dua peringkat tersebut tidak dtg secara berasingan. Wali pada jalan kenabian tidak hilang perhatian kepada makhluk ketika sangat hampir dengan Tuhan dan tidak membelakangi Tuhan ketika melayani makhluk. Pada jalan kenabian berkhidmat kpd sesama makhluk merupakan ketaatan kepada Allah s.w.t, didorong oleh rasa kasih dan ingat kepada-Nya. Pada jalan kenabian makhluk tidak menghijab Tuhan dan kehadiran Tuhan dlm ingatan tidak melenyapkan makhluk.

Seseorang yg mahu memasuki aliran tarekat perlulah mengetahui persamaan dan perbezaan di antara jalan kenabian dan jalan kesufian. Pengetahuan tersebut boleh membantunya untuk memilih amalan yg bersumberkan al-Quran dan as-Sunah dan menolak ajaran yg bercanggah dgn ajaran Rasulullah s.a.w. Memelihara Sunah Rasulullah s.a.w boleh mengelakkan ahli suluk daripada terperangkap di dalam pusaran wahdatul wujud. Wahdatul wujud bukanlah syarat bagi menyempurnakan perjalanan kesufian spt memperolehi fana dan baqa.
Wahdatul syuhud (menyaksikan satu wujud) sudah memadai utk melalui peringkat tersebut. wahdatul syuhud yg dialami dgn disertai oleh keyakinan kpd ajaran Rasulullah s.a.w akan membawa seseorang melepasi penyaksian, suara, gambaran, cahaya, warna dan rupa bentuk misal yg ditemui dlm perjalanan. Keyakinan kpd ajaran Rasulullah s.a.w bahawa Allah s.w.t tidak menyamai sesuatu menjadi tenaga yg kuat menarik ahli suluk keluar dpd medan wahdatul wujud.

Tidak semua sufi terlibat dengan mabuk dan hilang kesedaran. Ada sufi yang melalui jalan yang mengeluarkan pengalaman yang bersesuaian dgn al-Quran dan as-Sunah, tidak ada padanya mabuk, hilang kesedaran dan bercakap menyalahi syariat. Di antara sufi yang termasuk di dalam golongan ini adalah Ibrahim Adham, Abdul Kadir Jailani dan Junaid al-Baghdadi. Ada juga golongan sufi yg memasuki pengalaman mabuk, fana, hilang kesedaran dan mengeluar kan ucapan latah, tetapi apabila mereka kembali sedar mereka mengakui kesilapan pada kelakuan mereka.
Bila tidak dikuasai oleh jazbah mereka berpegang teguh kepada Sunah Rasulullah s.a.w. Di antara sufi yang termasuk ke dalam golongan ini adalah Abu Yazid, an-Nuri dan Syibli. Sufi golongan ke tiga pula berpegang kepada fahaman yang terang bercanggah dengan prinsip Islam. Di antara mereka adalah Abu Mansur al-Hallaj dan Ibnu Arabi. Sufi kumpulan pertama dipelihara sehingga air syariat yang mereka bawa tidak berubah warna, malah pada setiap peningkatan kerohanian air tersebut menjadi semakin jernih. Apabila mereka meninggalkan kewalian cara sufi dan masuk kepada kewalian cara kenabian, air syariat mereka sudah menjadi sangat jernih dan murni.
Sufi kumpulan ke dua pula air syariat mereka berubah warna pada satu peringkat, seumpama tuak menjadi masam dan mereka mengalami mabuk, tetapi dengan rahmat Allah s.w.t mereka dibawa melepasi peringkat mabuk itu dan kembali kepada kesedaran semula. Sufi kumpulan ke tiga hidup terus menerus di dalam mabuk. Walaupun air syariat mereka sudah berubah warna namun, zat air yang asli masih ada dengan mereka. Oleh itu mereka tetap mengerjakan sembahyang dan beristighfar.

Orang jahil yang cuba-cuba menjadi sufi ikutan mudah keliru dengan suasana sufi kumpulan ke tiga. Al-Hallaj yang selalu mengucapkan: “Ana al-Haq” kuat mengerjakan sembahyang dan beristighfar. Apa perlunya sembahyang dan istighfar kepada orang yang mengaku menjadi Tuhan? Bermacam-macam tafsiran diberikan mengenainya. Orang jahat menjadikannya hujah untuk menyebarkan kekufuran. Ada yang mengatakan bahawa ahli makrifat mengerjakan syariat bukan untuk dirinya sendiri tetapi hanyalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain yang belum bermakrifat.
Ulama syariat (zahir dan batin) mengerti apa yang menguasai hati al-Hallaj, Ibnu Arabi dan sufi lain yang seperti mereka. Mereka adalah umpama pemuda yang sedang dilamun cinta. Darah muda yang diresapi oleh arak cinta membuat mereka mabuk dan hilang pertimbangan. Yang kelihatan kepada mereka hanyalah yang dicintai, yang lain tidak kelihatan lagi. Tetapi setiap kali mendatangi Kekasih, mereka diperingatkan oleh Kekasih mereka : “Cintailah apa yang Aku cinta demi cintamu kepada-Ku!” Si pencinta memperhambakan diri kepada Kekasihnya dan berkhidmat kepada yang dikasihi oleh Kekasihnya. Si pencinta sering memohon kemaafan kepada Kekasihnya kerana dia melihat kekurangan pada apa yang dipersembahkan untuk Kekasihnya.
Sufi-asyikin bermunajat: “Wahai Kekasih. Aku larut dalam CintaMu. Air CintaMu memenuhi setiap zarah wujudku. Zarah-zarah yang hidup dengan air CintaMu hanya mendapat kepuasan dalam salat demi mengingatiMu namun, apabila hendak dipersembahkan kepadaMu tidak ada satu pun layak dipersembahkan, sekalipun mengalir darah dari mataku dalam mengerjakannya. Maaf, wahai Kekasih. Maaf sebanyak keampunanMu mendinding kemurkaanMu”. Sufi golongan ini perlu disimpati. Seberat-berat ujian bala bencana berat lagi kerinduan kepada Tuhan yang menguasai hati para pencinta-Nya. Sebagai rahmat dari-Nya sebahagian beban tersebut terangkat melalui salat.

Sebahagian sufi meletakkan segala perkara kpd takdir semata-mata. Tuhan yg memiliki kekuasaan Mutlak. Dia menguasai dan mengadakan peraturan utk semua makhluk-Nya. Tuhan telah mengadakan ketentuan awal yg mengikat segala sesuatu. Oleh yg demikian sufi tersebut enggan memanggil sesuatu itu baik atau buruk seperti yg dinyatakan oleh syariat. Mereka tenggelam di dalam Qadar Tuhan sehingga tidak ada ruang utk amr-Nya (peraturan-Nya).
Mereka asyik menyaksikan Rububiah sehingga tidak berusaha melakukan tanggungjawab terhadap UluhiyahNya. Kebanyakan mereka tidak melihat ruang untuk berdoa, berdakwah dan berjihad. Mereka percaya segala perkara perlu diserahkan bulat2 kepada Tuhan dan mereka perlu menerima apa sahaja yang sampai kepada mereka. Mereka tidak perlu mencari kebaikan dan menghindarkan keburukan. Mereka enggan memperbaiki kerosakan dan menentang kejahatan dan kezaliman. Syeikh Abdul Qadir Jailani merupakan salah seorang sufi yang tidak jatuh ke dlm fahaman yg disebutkan di atas.
Syeikh Abdul Qadir memperakui bahawa manusia boleh masuk ke dalam salah satu daripada dua golongan iaitu golongan yang berada di dalam kedamaian, keamanan dan kebahagiaan dalam melakukan ketaatan kepada Tuhan dan golongan ke dua adalah yang berada dalam keadaan tidak selamat, keraguan, keresahan dan kekacauan dalam keengkaran mereka kepada Tuhan dan peraturan-Nya. Kedua-dua nilai iaitu ketaatan dan keengkaran ada dalam diri manusia, dalam takdir yang Tuhan pertaruhkan pada manusia. Tuhan meletakkan di dlm takdir manusia itu sesuatu yg unik, iaitu keupayaan atau bakat utk membuat pilihan. Memilih utk berbuat taat atau berbuat maksiat merupakan bakat asasi manusia yg dkurniakan oleh Tuhan. Ia merupakan takdir yg Tuhan tentukan sejak azali dan ia juga termasuk dlm perkara Qadak dan Qadar.
Bakat memilih itulah yg melahirkan usaha, perasaan, fikiran, pertimbangan dan tindakan. Semua itu adalah sifat atau bakat fitrah manusia. Kebolehan manusia membuat pilihan tidak sedikit pun mencabar kehendak Tuhan kerana memang kehendak Tuhan menjadikan manusia berkeupayaan membuat pilihan, tetapi Tuhan yang memegang kemutlakan. Dia berkuasa menggunakan Kuasa MutlakNya menurut kehendakNya tanpa terikat dgn bakat manusia.

Jika manusia memilih jalan yang menjadikan kesucian, kebaikan dan keikhlasan lebih menguasai maka sifat-sifat mementingkan diri akan bertukar menjadi suasana kerohanian dan bahagian diri yang engkar akan dikalahkan oleh bahagian diri yang baik. Jika manusia memilih untuk mengikut hawa nafsunya yang rendah dan kesenangan ego dirinya, sifat-sifat engkar akan menguasai bahagian diri yang satu lagi untuk menjadikannya engkar dan jahat. Orang yang berjaya mengubah sifat mementingkan diri dan hawa nafsu yang rendah kepada cita-cita kerohanian, baginya tidak ada hisab. Dia akan memasuki syurga tanpa melalui huru-hara hari kiamat.
Orang yang menyedari kesalahannya dan bertaubat akan mengubah haluannya akan mendapati suasana engkar akan bertukar menjadi taat dan beribadat. Semoga mereka mendapat keampunan Allah s.w.t dan diselamatkan ketika menghadapi maut dan hisab. Haruslah difahami bahawa Qadak dan Qadar adalah urusan Tuhan yang berkedudukan sama seperti urusan2 Tuhan yang lain, yang manusia tidak diberi ilmu mengenainya melainkan sangat sedikit. Qadak dan Qadar Tuhan, Kalam Tuhan, rahmat Tuhan, sifat Tuhan, nama Tuhan, murka Tuhan dan apa sahaja yang mengenai Tuhan adalah ketuhanan yang sedikit sangat ilmu manusia mengenainya. Qadak dan Qadar bukanlah perkara yang mampu diolah oleh akal manusia. Jika perkara tersebut diperbahaskan berlarutan ia akan membawa kepada kekufuran dan bidaah.
Tidak ada sesiapa yang boleh menjadikan takdir untuk berbuat jahat. Iblis telah meletakkan kesalahan kepada takdir lalu dia menjadi durhaka, kafir dan dilaknati oleh Tuhan, dibuang jauh daripada keampunan-Nya dan ditutup jalan untuk kembali kepada-Nya. Adam a.s mengakui kesalahan dirinya, tidak menyalahkan takdir, dan memohon keampunan dari Tuhan. Tuhan mengampunkan Adam as. Dan menyelamatkannya. Percaya kepada takdir secara yang ditunjukkan oleh Adam a.s adalah benar beriman kepada Qadak dan Qadar. Percaya kepada takdir seperti yang telah ditunjukkan oleh iblis bukanlah beriman kepada Qadak dan Qadar yang disuruh oleh Tuhan.
Kaum Muslimin berkewajipan menjaga batas akal agar tidak berpanjangan mencari kunci teka-teki Qadak dan Qadar, sepertimana mereka tidak boleh menghujah kenyataan : “ Allah tidak serupa dengan sesuatu”. Memang benar Tuhan telah mengadakan ketentuan sejak azali, tetapi ia bukan seperti yang kita fikirkan, sangkakan, khayalkan dan angankan. Apa sahaja yg pada sisi Tuhan tetap tidak serupa dgn apa yg terlintas pada fikiran, khayalan, angan2 dan perasaan manusia. Sebab itulah iman yg paling tinggi adalah iman siddiqin, iman tanpa hujah tanpa takwil.

No comments:
Post a Comment