Ingatlah kepada Zat yg mendahului ingat-Nya sebelum ingatmu, dan cintaNya sebelum cintamu. Apapun yg kalian ingatkan tidak lain kecuali kerana ingatNya kepadamu, dan tidak ada cintamu kepadaNya kecuali kerana cinta-Nya kepadamu. Ketika aku menyangka bahawa aku telah menemukanNya, pada saat yg sama aku telah kehilangan Dia. Ketika aku menyangka aku kehilangan Dia, saat itu aku menemukan-Nya. Oh Tuhanku, ketika aku meninggalkan-Mu, Engkau mencariku. Ketika aku mencari-Mu, Engkau menolakku. Padahal tidak ada tempat kecuali bersama-Mu, juga tidak ada kebahagian selain Engkau.
Wahai saudaraku yg mulia! Sesungguhnya Allah swt, menjadikan segalanya dgn kepastian dan setiap kepastian itu ada batasan, dan setiap batasan ada sebabnya, setiap sebab ada waktunya dan setiap waktu ada ketentuannya, setiap ketentuan ada perintah, setiap perintah ada maknanya dan setiap makna ada benarnya, setiap yg benar ada kebenarannya, dan setiap kebenaran ada hakikatnya, setiap hakikat ada ahlinya dan setiap ahlinya ada tandanya. Ya Allah, kasihanilah daku, kerana begitu lemahnya ketika menghadapi kehidupan yg berat, begitu bodoh dgn usaha, begitu bingung dlm mencari.
No comments:
Post a Comment