Monday, July 18, 2016

ADAKAH KEBAIKKAN SELEPAS KEBAIKKAN

Huzaifah Al-Yamani rad. berkata: Orang selalu bertanya Rasulullah s.a.w tentang perkara yang baik-baik, tetapi aku selalu bertanya Baginda tentang perkara2 yang buruk kerana aku takut ianya akan berlaku kepadaku. 

Aku ada bertanya: “Wahai Rasulullah, kami pernah sesat ketika berada dalam zaman jahiliyyah dan kejahatan dahulu, kemudian Allah memberi kami kebaikan (Islam). Adakah mungkin kejahatan akan kembali selepas kebaikan ini?”

Baginda menjawab, “Ya”. 

Aku bertanya lagi: “Adakah kebaikan akan kembali selepas kejahatan itu?”

Jawab baginda: “Ya tetapi ia dikotori dengan kejahatan”.

Aku bertanya: “Bagaimanakah kebaikan itu dikotori kejahatan?”

Jawab baginda: “Akan ada segolongan manusia yg akan memimpin ummah di atas jln yg lain dpd jalanku. Kamu akan nampak kebaikan dan keburukan pada mereka”.

Aku bertanya lagi: “Adakah kejahatan akan kembali selepas itu?”

Baginda menjawab: “Segolongan manusia akan berdiri dan menyeru2 manusia di pintu neraka, barang siapa yg menyahut seruan mereka itu akan dilempar mereka ke dalam api neraka”.

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, berilah gambaran tentang mereka kepada kami”.

Jawab baginda: “Mereka adalah dari bangsa kita (Arab) dan bertutur bahasa kita (Arab)”.

Aku bertanya: “Nasihatilah apa yang harus kami lakukan sekiranya kami masih hidup di ketika itu”.

Jawab baginda: “Duduklah dalam Jamaah Umat Islam dan Pemimpin (Imam) mereka”.

Aku bertanya lagi: “Sekiranya tiada Jamaah dan Imam?”

Jawab baginda: “Asinglah diri kamu dari mereka2 ini, walaupun kamu terpaksa menggigit akar kayu hinggalah akhir hayat kamu dalam keadaan begitu”. (Bukhari, Kitab al-Fitan, 9/65).

No comments:

Post a Comment