Soal: Allah itu apa dan Muhammad itu apa?
Jawab: Adapun daripada Allah itu asal dan Muhammad itu usul.
Soal: Apa asal dan apa usul?
Jawab: Adapun asal itu Hakikat Muhammad dan usul itu Hakikat Insan yakni Adam.
Soal: Mana yang bernama Diri?
Jawab: Hakikat Al-Fatihah (Bismillah: Aku Zat yang bernama Allah, Ar-rahman: Engkau Muhammad Rahman Ku, Ar-rahim: Engkau jua Muhammad Kekasih Ku, Alhamdulillah: Ya Muhammad, solat mu solatKu. Tempat Aku nyatakan pujian kebesaran Diri Ku, Rabbil’alamin: Aku Tuhan pada sekalian alam, Arrahmanirrahim: Yang membaca pun Aku, yang memuji pun Aku, Maalikiyau middin: Aku Raja yang Maha Besar dan engkau kerajaan Ku, Iyya kana'budu waiyya kanasta'in: Solatmu itu solatKu, puji mu itu puji Ku, Ihdinassira tolmustaqim: Engkau yang Awal dan yang Akhir keadaan Ku, Siro tollazi naan'am ta'alaihim: Aku suka dan Aku kasih kepada mu kerana mu itu kekasihKu, Ghoiril maghdu bi'alaihim: Aku murahkan kepada mu kerana mu kekasih Ku, Waladdoolin : Tiada Aku tiadalah mu, Amiin: Rahsia mu Ya Muhammad rahsia Ku, Aku rahsia mu.
No comments:
Post a Comment