Monday, July 18, 2016

JENIS JENIS NAFSU

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin dan Mukhtashar Ihya Ulumuddin menyebut nafsu itu ada 3 Martabat iaitu:

1) Nafsu al-Ammarah: Iaitu nafsu yang menyuruh melakukan segala maksiat dan kejahatan, dan tidak pernah menyuruh melakukan kebaikan serta tidak pula mencela (kesal) melakukan kejahatan. Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. Inilah martabat nafsu yang rendah sekali.

2) Nafsu al-Lawwamah: Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan di lubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Golongan ini beramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.

3) Nafsu al-Muthmainnah: Seseorang yang telah istiqamah dalam melakukan ibadah dan tidak lagi tergerak hati untuk melakukan maksiat, sama ada zahir atau batin, hatinya telah suci dan nafsunya telah fana daripada terdorong kearah perkara keji. Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa, mereka adalah wali kecil. Antara sifat-sifat maqam ini adalah:

● Taqwa yang benar
● Arif
● Syukur yang benar
● Tawakkal yang hakiki
● Kuat beribadat
● Redha dengan ketentuan Allah
● Murah hati dan seronok bersedekah
● Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Al-'Arif Billah Syaikh Qasim al-Halaby dalam kitabnya Sair al-Suluk, menyebut nafsu itu ada 7 martabat, selain 3 yang di atas ditambah 4 lagi iaitu:

4) Nafsu Mulhamah: Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yg sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat2 hati yg tercemar melalui beberapa latihan. Sifat org yg telah sampai pada tahap ini ialah rindu, menangis, susah hati, enggan terhadap semua makhluk, sibuk beribadah. Antara sifat2 yg bernafsu mulhamah:

● Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
● Tak sayangkan harta
● Qanaah
● Berilmu laduni
● Merendah diri/tawwadu’

5) Nafsu al-Radhiyah: Maqam ini dinamakan radhiyah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dgn pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kpd ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dgn Tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil, malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya. Sifat-sifatnya:

● Ikhlas
● Warak
● Zahid
● Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6) Nafsu al-Mardhiyyah: Pada peringkat ini segala yg keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata2nya, diamnya semuanya dgn keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbatkan secara langsung kepada af'al Allah semata2. Jiwa mereka betul2 sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah dari nya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri. Sifat2nya:

● Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
● Lemah lembut pergaulannya
● Elok dan tingginya budi
● Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini

7) Nafsu al-Kamaliah: Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sbg "baqa billah", Kamil Mukamil",  Al Insan Kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kpd Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mrk sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sbgnya.

No comments:

Post a Comment