Monday, July 18, 2016

TUJUAN HIDUPMU UNTUK BERIBADAH

Oleh Ustaz Iqbal

Hadits Qudsi: Wahai anak Adam..! Luangkan waktumu untuk beribadah kepadaKu niscaya Aku jadikan jiwamu kaya dan Aku tutup pintu kefakiran atasmu. Jika engkau tidak berbuat demikian, sibuk terus menerus tidak menentu nescaya Aku tidak akan menutup pintu kefakiran atasmu. (HR.Tirmizi). Wahai anak Adam! Sebenarnya engkau sudah cukup bahagia memiliki apa yang perlu bagimu tetapi engkau masih menuntut yg berlebihan. Engkau tidak merasa cukup dgn yg sedikit dan tidak merasa puas dgn yg banyak. Sesungguhnya bila engkau bangun pagi dam keadaan sihat dan jiwamu tenang tenteram serta punya persediaan makanan pada hari itu maka tak perlu engkau memusingkan dunia ini lagi. (HR.Baihaqi dari Ibnu Umar).

UJIAN KEKAYAAN 

Hadits Qudsi: Aku memperlindungkan fakir miskin kepada orang kaya bukan kerana gudangKu sempit, bukan pula kerana rahmatKu tidak meluas kepada mereka. Tetapi kerana Aku ingin menguji orang-orang kaya seberapa segera mereka melaksanakan apa yang telah Aku perintahkan tentang harta mereka buat kaum fakir miskin. Jika mereka melaksanakannya nescaya aku sempurnakan nikmatKu bagi mereka dan Aku lipat gandakan nikmat itu didunia ini sepuluh kali lipat. (HR.Ibnu Najjar)

Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya dijalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. (QS.2:245).

No comments:

Post a Comment