Monday, July 18, 2016

PENGERTIAN AQIDAH DALAM ISLAM

Aqidah merupakan kata serapan bahasa arab iaitu kepercayaan, keyakinan. Sedangkan menurut Istilah Aqidah Islam adalah sesuatu yang dipercayai dan diyakini kebenarannya oleh hati manusia sesuai ajaran Islam dengan berpedoman kepada Al Quran dan Hadits Nabi Muhammad saw. Berikut ini pengertian Akidah secara terminologis atau istilah:

● Menurut Hasan al Banna dalam kitab al majmu'ah ar rasail disebutkan sebagai berikut:

اَلعَقـَـائِـدُ هِـيَ الاُمُـوْرُ التيْ يَــجِبُ اَنْ يَـصَّدقَ بِـــهَا قَلْــبُكَ وَتطْمَـئِنُّ اِلَــيْهَا نَفْسُــكَ وَتَـكُوْنَ يَقِـيْنًا عِنْـدَكَ لايُـمَازِحُه ُرَيْـبُ وَلا يُـــخَالِـطُهُ شَـــكٌّ

Aqidah adalah beberapa perkara yang wajib diyakini kebenarannya oleh hati, mendatangkan ketentraman jiwa, menjadi keyakinan yang tidak bercampur sedikitpun dengan keragu-raguan.

● Menurut Abu Bakar Jabir Al Jaziry:

اَلْعــَقِيْدَةُ هِيَ مَجْمُوْعَةٌ مِنْ قَضَايَا اْلحَقِّ اْلبِدَهِيَّةِ المُسَلَّمَةِ بِاْلعَقْلِ وَالسَّمْعِ وَالفِطْرَةِ يَعْقِدُ عَلَيْــهــَا الانسان قَلبَهَا وَيُثْنِيْ عَلَيْهَا صَدْرَهُ جَازِمًا بِصِحَّتِهَا قَاطِعًا بِوُجُوْدِهَا وَثُبُوْتِهَا لا يَرَى خِلافِهَا اَنَّهُ يَصِحَّ اَنْ يَكوُنَ اَبَدًا

Aqidah adalah sejumlah kebenaran yang dapat diterima secara umum oleh manusia berdasarkan akal, wahyu, fitrah dan kebenaran itu dipatrikan oleh manusia di dalam hati serta diyakini kesahihan dan keberadaannya secara pasti dan ditolak segala sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran itu. Berdasarkan pengertian ulama-ulama di atas, dapat disimpulkan bahwa Aqidah adalah suatu keyakinan yang dikaitkan dengan Rukun Iman dan merupakan asas dari seluruh Ajaran Islam. dapat juga dipahami, Aqidah merupakan suatu keyakinan yang muncul dari Hati Nurani, tanpa ada keraguan. 

Dasar2 ajaran Islam dapat dibahagi menjadi tiga aspek iaitu, AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAK. Dari ketiga aspek tersebut aspek Aqidah merupakan pokok Ajaran Islam dan Aqidah berkaitan dengan keyakinan (keimanan) kita terhadap yang ghaib. Aqidah berhubungan dengan masalah hati. Adapun aspek Syari'at berkaitan dengan amal ibadah kita, mengenai hukum perintah dan larangan Allah swt. Adapun aspek Akhlak adalah berkaitan dengan persoalan norma, etika, moral dan segala bentuk perilaku sehari-hari. Ada beberapa istilah yang hampir sama dengan Aqidah, yakni Iman dan Tauhid (keesaan). Aqidah meliputi Ilmu Kalam, Ushuluddin dan Fikh Akbar. 

Ruang lingkup pembahasan Aqidah Islam meliputi : ILLAHIYAT, iaitu pembahasan tentang segala sesuatu yang berhubungan dengan Ketuhanan (Allah SWT), nama-nama dan sifat Allah, perbuatan2 Allah dan lain-lain. NUBUWAT, iaitu membahas tentang segala sesuatu yang berhubungan dengan Nabi dan Rasul, pembicaraan mengenai kitab-kitab Allah, mukjizat, wahyu dan lain-lain. RUHANIYYAT, iaitu pembahasan tentang segala sesuatu yang berhubungan dengan alam metafisika, seperti halnya malaikat, jin, setan, roh, iblis dan lain-lain. SAM'IYYAT, iaitu pembahasan tentang segala sesuatu yg hanya dapat diketahui melalui sami' (dalil naqli al Qur'an dan Sunnah), seperti pembahasan tentang Alam Kubur, Akhirat, tanda-tanda Kiamat, Alam Barzah, Surga, Neraka, dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment